Wednesday 12 September 2012

Sakan Renovate

Assalamualaikum...

Pulang dari sekolah kebiasaannya saya terus bergegas menyalin pakaian dan ke dapur. Itu rutin saya kerana apa-apa hal pun saya perlu sediakan makanan untuk suami bila dia pulang dari pejabat nanti. Bukan perlu masak yang hebat sangat pun, sekadar dua menu pun sudah memadai untuk dinner kami (makna dinner bagi saya dan suami adalah makan mlm dalam pukul 6 -7pm).

Jiran sebelah rumah saya sedang rancak renovate rumah. Hampir 90% rumah beliau dalam proses pengubahsuaian. Sedang leka memasak tu saya terkejut dengan bunyi baldi jatuh di tepi dapur rumah saya. Terkejut jugak bila terpandang bancuhan simen yang bersepah atas lantai dan dinding serta tingkap dapur saya. Adik (adik atau abang entahlah..) kontraktor yang buat kerja tu lekas-lekas menjerit "kak, nanti saya cuci lepas ni" tanpa meminta maaf. Saya yang tak mahu bising-bising kerana ketika itu suami tiada di rumah menggangguk aje lah. Saya teruskan kerja sehinggalah suami pulang dari pejabat. Simen yang tumpah semakin mengeras, tapi adik kontraktor tu tak juga-juga datang. Akhirnya suami yang bersihkan kerana takut simen tu keras dan tak boleh ditanggalkan lagi.

Terasa macam nak minta jiran sebelah ganti cat semula kerana banyak kerosakan berlaku pada rumah kami sejak kerja-kerja pengubahsuaian rumah jiran tu dibuat. Tu belum lagi 'penderaan emosi' yang kami terpaksa harungi kerana kontraktor tersebut buat kerja hingga lebih pukul 6 petang. Kadang-kadang lajak sampai ke malam. Malah, hari cuti Sabtu dan Ahad pun mereka bekerja juga. Memang sepanjang tempoh ini saya dan keluarga terpaksa dengar bunyi orang menggerudi dan menukul.

Saya juga pernah renovate rumah dulu, tapi suami memang letakkan syarat kerja-kerja tu mesti dihentikan sehingga pukul 5 petang sebab menghormati jiran yang kebanyakannnya sudah pulang dari kerja. Begitu juga pada weekend dan public holiday. Mahu membina tembok pagar pun kami bertanya persetujuan jiran jika membabitkan rumah mereka.

Saya tidak salahkan jiran saya dalam hal ini..bukan salah beliau pun. Apatah lagi jiran ini jiran baru saya. Tapi sepatutnya kontraktor tersebut perlu lebih berhati-hati dalam kerja-kerja yang dilakukan. Kalau kerja yang dibuat teliti dan hasilnya cantik, pasti ramai lagi pelanggan yang akan meminta khidmat. Kalau buat kerja kasar dan tidak peka pada hak orang lain, kami pun tak rekomen kan mereka pada orang lain. Betul tak? fikir-fikirkan lah.

wallahualam..

 

Alhamdulillah...kalut-kalut pun ini je lah yang dapat saya sediakan untuk dinner kami.
Bergedil (resepi dah pernah bagi), Sayur kacang buncis ditumis dengan daging, Gulai lemak telur masin (resepi pernah tempek kat sini) dan sosej untuk anak-anak. 


Saturday 1 September 2012

Muffin Coklat Untuk Jamuan Hari Raya

Apa la tajuk...jenuh pikir ini yang keluar..

Makanya entry kali ini lebih banyak gambar dari cerita berjela. 

Hari Khamis lepas kelab guru dan staff sekolah saya buat jamuan raya. 

Kitaorang makan-makan tengah hari. Juadah tambahan masing-masing dipersilakan bawa dari rumah atau kedai untuk banyakkan lagi juadah kat meja tu.

Yang bestnya masak-masak lemang juga. Lemang sangat sedap dan lembut.

Saya bawa muffin coklat. Senang nak buat muffin ni.





 


Ini muffin coklat yang saya buat...