Friday 31 August 2012

Wow, Ini Sangat Menarik!


keratan akhbar BH Rabu, 29 Ogos 2012
Menarik tak? kalau yang gemar memasak memang suka..macam budak tadika dapat buku mewarna baru beli. Apa lagi la org2 yang suka makan macam saya nih hehehe. Seronok kan kalau kita dapat belajar resepi lama-lama org dulu-dulu. Org dulu-dulu kalau memasak memang sedap walaupun kelengkapan di dapur tak lah lengkap dan canggih macam zaman kita sekarang. Segalanya ada 'pembantu', nak uli doh buat karipap pun sekarang dah ada mesin. Betul tak? saya ingat lagi pada arwah Mak Tok saya (side ayah di Penang), kalau dia masak...hmm...memang sedap. Kalau raya-raya ni saya teringat ketupat daun palas arwah dan juga biskut Arab yang arwah buat. Tanpa bantuan okeh. Kalau yang menolong pun arwah Tok Wan aje lah. Tapi arwah memang teliti dan pembersih masa menyediakan makanan. Ketelitian tu bak kata Mak saya sampai lunch pun dah boleh lajak sampai pukul 2 ptg hahaha, Sebab arwah memang giling cili sendiri dan memang lama menghabiskan masa di dapur, Tapi hasilnya memang tiada tandingan hingga kini. 

Saya masih ingat arwah pernah ajar saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak. Arwah suruh saya tumbuk guna lesung segala cili dan kunyit hidup tu sampai la jadi lumat macam yg dia mahukan. Selagi tak kuning dan lumat macam yang dia mahu, saya kena tumbuk lagi. Bila saya dah letak santan semua, arwah pun masuk dapur semula nak tengok hasil yang saya masak tu..sudahnya nak tau apa arwah kata? "hang masak dah jadi macam kari!" (maksud arwah saya letak santan terlebih) huhuhu nanges la kan...punya la lama nak masak satu menu tu je pun. Teliti weh. Buku resepi arwah dengan tulisan tangan jawi arwah masih ada saya simpan di rumah Mak saya. Sangat nostalgia dan sangat bernilai pada saya. Walaupun sukatan resepi tu ada yang saya tak faham dan belum lagi ambik kira bab merangkak-rangkak nak baca tulisan jawi arwah tu hahaha tapi insyaAllah saya akan simpan buat kenangan.

Sembang balik pasal buku Nostalgia Medan Selera ni, apa yang saya faham ialah merupakan sebuah naskah masakan pada tahun 1950-an oleh penulis asal iaitu Allahyarham Ahmad Yaakub Al-Johori yang diberi nafas baru dengan penyusunan semula oleh tujuh orang cucu beliau. Penyusunan baru termasuklah menggunakan sistem ukuran metrik yang sesuai dengan generasi sekarang. Kalau berminat uolls boleh lah ke laman web ini www.medanselera.shakespot.net dan buku ini dijual dengan harga RM130.00 (termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia) dengan pelbagai resepi dalam buku setebal 216 muka surat. Boleh beli secara online di laman web tersebut. Okeh!

SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

Thursday 30 August 2012

Daging Salai Masak Lemak Cili Api

 

Ni menu makan malam semalam...paling feberet bagi saya lah...
resepi campak-campak aje..
Oleh kerana resepi campak-campak aje..jadi macam biasa le saya tak ada sukatan yang standard. Saya main sedap lidah je hehehe..

Jadi, sila baca dan hafal resepi ni dgn satu nafas aje..*pang!!!*

Daging yg sudah dicuci rebus dulu ok..kasi empuk. Pastu bakar. Saya guna pan yang Cosway tu je. Tanpa minyak dan kunyit garam tau. Kemudian kisar bawang merah dalam 5 ulas, cili padi ikut kesukaan pedas anda nak macam mana dan kunyit hidup sebagai pewarna. Lepas kisar, satukan bahan kisar tu bersama daging dan sedikit air dalam satu periuk. Masukkan juga serai yang dititik dan lengkuas dalam 1 inci (dititik). Bagi semua bahan tadi sebati, macam segala rasa dia serap kat daging tu la. Bila menggelegak sekejap dan kemudian baru masukkan santan. Last sekali, masukkan tomato (guna belimbing buluh pun lagi sedap), garam dan perasa jika suka. Sentiasa kacau supaya santan tidak pecah. Angkat dan sedia dihidang.

Ok, semput tak hafal??? senang je kan?  cubalah..mesti bertambah-tambah nasi tu. Nak-nak pulak geng dengan ikan goreng kuah asam ke..fuh! Alamak, lapar......

 
-gambar google-

Saya guna pan yg ni le..tu pun yg saya punya dah ada terkikis sikit dasar dia. Jadi bila membakar selalu je cepat hangit. Lama dah pan ni berkhidmat kat saya (sedih je ala-ala nak mintak beli yg baru hehe).


Sunday 12 August 2012

Terima Kasih Lizahanum...

Assalamualaikum...

Sepatutnya hari Jumaat tu lagi saya update pasal nih. Nak ucap terima kasih kat blog beliau pun saya tak sempat. Ingat tak lagi saya ada join GA ni? Link pasal entry tu boleh klik kat sini. Alhamdulillah, berkat Ramadhan ni saya terima GA nya..Terima kasih ye Lizahanum. Saya dapat senaskah al-Quran warna putih dan mathurat. Tak lupa juga kad raya pertama hehehe tahun ni yg saya terima. Alhamdulillah.


 



TQ!

Tuesday 7 August 2012

Woit, Sihir Tu Dosa Besar Tau!

 
Gambar ihsan Google images


Kelmarin mak dan ayah saya datang ke rumah. Saja datang nak main-main dengan cucu katanya. Mak saya membawa bersama berita yang menyentap perasaan saya serta buat saya termenung panjang. Baru-baru ni dalam bulan Ramadhan yang mulia ni salah seorang saudara kami (saudara jauh) meninggal dunia kerana disihir orang. Alkisahnya penyakit yang dideritai selama berbulan itu tak dapat dikesan punca dan ubatnya oleh doktor. Puas berubat dan akhirnya ajal datang menjemput. Saudara saya itu (perempuan) baru saja dinaikkan pangkat dan perkara itu tidak disenangi oleh salah seorang rakan sekerja beliau. Rakan tersebut datang mengugut melalui kata-kata berbaur negatif dan ada menyebut saudara saya ini akan 'pergi'. Tidak lama kemudian, saudara saya ini jatuh sakit. Sakit yang pelik. Namun arwah sempat menceritakan hal rakannya itu kepada rakan rapatnya. Namun Allah lebih sayangkan beliau. Mudah-mudahan rohnya tenang di sana. 

Saya hairan...adakah terlalu penting harta, pengaruh dan pangkat dunia ini sehingga sanggup ketepikan hukum Allah? Saya rasa sudah ramai ustaz dan ustazah yang bercakap soal ini di TV dan sebagainya betapa perit seksaan Allah pada orang yang bermain sihir ini. Tapi masih ada lagi yang sanggup 'membunuh orang lain secara diam' sebegini. Semua ni pada saya disebabkan sentiasa timbul rasa dengki dan cemburu melihat kejayaan orang lain, melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Sedangkan diri mereka sendiri juga punya keistimewaan lain yang mereka tidak nampak, lalu sering berasa tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Jika mangsa yang dianiayai itu telah meninggal dunia bersama sihir yang anda berikan..atau anda sendiri yang meninggal dunia terlebih dulu tanpa sempat meminta maaf...bagaimana ye? Fikir-fikirkan lah...kepuasan hati kerana berjaya membuatkan orang yang anda sakit hati tu lemah dan sakit hanya sementara saja. Itu bukanlah kemenangan sebenarnya. Kerana jika tidak sempat bertaubat..berdosa besar.

Semua orang ada perasaan cemburu, tapi gunakanlah dengan cara yang positif. Jika ada rakan yang dinaikkan pangkat/gaji atau pun anugerah..jadikanlah itu satu cabaran untuk kita juga mendapat yang serupa juga kelak tapi biarlah dengan cara yang positif. Bukannya dengan sihir atau apa jua cara yang jijik seumpamanya. 

Baginda SAW bersabda, Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”  (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

-wallahualam-



Thursday 2 August 2012

Fruit Salad

Terjemah...salad buah. Ngada-ngada kan nak tajuk omputih jugak..

Yang bestnya letak dalam peti ais kemudian balik terawikh dah boleh ngap! Sejuknya anak tekak..

 Saya cuma guna buah-buahan macam epal merah, epal hijau, jambu air, buah pear dan paling kegemaran dalam salad buah ni ialah makaroni yg direbus bagi lembut dulu. Lepas tu  saya campur dengan mayonis (yg memang utk salad buah, lupa nak snap gambar), sedikit yogurt (optional ni) dan boleh juga letak sedikit aje susu cair (dalam gambar kat atas susu cair elek sbb stok x ada dlm umah). Gaul aje lah. Masuk peti ais.

 

daa...