Thursday 15 November 2012

Kek Kukus Lapis Masam Manis

Salam Maal Hijrah semua...

Hari ni saya buat kek lapis. Sebenarnya hari tu masa jumpa kawan En. Wan, secara bergurau En. Wan cakap lah kat kawan dia yang saya tau buat kek lapis sambil kenyit-kenyit mata kat I. Cis, ni saja je nak cabar saya sebenarnya sebab saya dah lama sangat tak buat kek lapis ni since kahwin lagi. Dolu-dolu time muda remaja ada lah jugak buat kek lapis tapi saya ni tak rajin lah nak ratakan kek tu line dia kurus-kurus je cantik macam pakar-pakar kek buat. Resepi kek masa tu saya dapat dari kawan kat Sabah nama Kak Yan. Dia memang jaguh di dapur antara kami semua la. Asal raya je memang saya akan buat. Kalau malas nak lapis, saya buat jadi kek corak zebra pastu kukus. Dasar pemalas aku ni. Kertas resepi kek tu yang saya tulis tangan sekarang entah kemana, maybe dah secara tak sengaja ter 'tereban' (loghat Perak yg maksudnya udah kena buang/campak) masa pindah rumah dulu.

Akhirnya, baru-baru ni masa menjenguk blog Kak Diana @ Melly Mey  terjumpa lah resepi Kek Lapis Masam Manis ni. Konon-konon nak membuktikan pada suami ku itu bahawa aku pernah buat kek lapis la...bukan tipu punya.

 

walaupun rupa paras I tak jelita..tapi I sedap ye..err, kek tu.



Resepinya kredit utk Kak Melley Mey .


Bahan :

5 biji telur
2 cawan biskut Cream Crackers yang telah di kisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan mentega
1/2 tin kecil ( yang 388g tu yer ) susu krimer manis. Kak Melley guna Cap Junjung, saya guna cap Teko.
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
 Haw Flakes secukupnya Saya beli yang bulat-bulat 10 ketul RM0.90 kat kedai tempat saya
Pewarna hijau, merah dan kuning Saya 2 kaler ajer


** Untuk sukatan cawan.. Besar cawan yg di pakai = cawan tu bila di isi dengan air ..1 cawan = 7 oz air. 

Cara-cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula di putar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu krimer manis dan putar sebati.
  5. Setelah itu.. masukkan biskut kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  7. Ambil sedikit adunan merah.. ratakan di atas tin pembakar yang telah di lapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan merah masak.. cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  8. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning. Buat begini sehingga adunan habis.
  9. Masuk peti ais boleh tahan lama dan lagi sedap.



No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)