Friday 30 December 2011

Selamat Datang 2012


Salam semua..
Sedar tak sedar kita sudah makin menghampiri tahun 2012. Masya Allah..cepatnya ye masa berlalu. Rasa macam baru je sangat lagi saya menempuh 2011 dengan pelbagai suka dan duka. Baru tadi saya pulang dari mesyuarat pertama guru di sekolah. Biasalah, dah diberi senarai tugas untuk saya pikul sepanjang 2012 nanti. Sebagaimana saya, tidak kisah berat atau susah pun tugas tu atau terasa ada yang lain bakal duduk bergoyang kaki, insya Allah saya akan cuba melaksanakan tugas-tugas tu dengan baik. 

2011...saya selalunya menempuh tahun baru tanpa azam yang terperinci untuk dicapai. Apa yang penting, saya mahu jadi lebih baik dari dulu. Itulah azam saya setiap tahun. Jadi, maybe disebabkan itu..bila ditanya adakah azam saya pada 2011 telah tercapai, entahlah. Cuma secara peribadi, saya telah berjaya melakukan beberapa perubahan positif dalam diri saya. Alhamdulillah. Oh, kenangan paling manis 2011 sewaktu saya menunaikan umrah bersama suami tercinta pada bulan Mac hari tu. Alhamdulillah syukur. Mudah-mudahan jika ada rezeki saya dapat lagi menjadi tetamu Allah pada 2012 kelak.

2012..mudah-mudahan membawa kebahagiaan kepada saya dan keluarga. Mudah-mudahan murah rezeki kami pada 2012 dan seterusnya. Semoga perkara-perkara yang manis saja yang akan saya tempuh kelak. Insya Allah. Azam? Saya mahu jadi diri saya yang lebih baik dari 2011!

Salam ukhuwah dari kami 


Thursday 29 December 2011

Tart Telur

Hari tu kan saya ada citer yang saya teringin sgt nak buat tart telur kan..kan? So, mlm tadi dgn gigih dan komitednya saya pun mengetart lah..sebenarnya saya segan jugak nak buat sbb mil (mak mertua) saya ada dtg rumah mlm tadi. Ayo..sangat seganlah kalau tak jadi tart tu. Beriya-iya dok dapur lama-lama mengetart..tetiba tak jadik. Last-last saya buat jugak..sbb pikir kalau tunggu siang nih..mmg hero saya suka sangatlah tgk ummi dia pegang penimbang tu..kang tak pasal-pasal buat sekerat jalan.


Tart telur saya...saya ketepikan rasa segan terhadap mil dan dengan bangganya menghidangkannya tart telur ni untuk breakfast pagi ni. Tapi ada sedikit pelik bila dia terpaksa makan guna sudu sbb tart tu tak boleh ditanggalkan dari acuannya! hahaha..'pitam'!

Filling tart (kastard) nampak berketul-berketul adalah bukan disebabkan teknik fotografi ye...tapi disebabkan saya tak ikut step yg betul iaitu jgn mencium anak ketika dia masuk dapur dan meninggalkan periuk kastard yg mmg perlu dikacau selalu tanpa henti.

Resepi asal saya amik kat sini..sila klik untuk lihat hasil sebenar dari yg pakar..hahaha..

Bahan untuk crust (kulit tart) :
250 gm tepung superfine / rose
120 gm mentega (tapi saya guna buttercup)
40 gm gula kastor
1 biji kuning telur
esen vanilla (ni saya yg tambah)

Bahan untuk kastard :
250 ml susu cair / sejat
2 biji telur
60 gm gula kastor
1 sudu teh tepung kastard
1/4 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning (tapi saya tak letak pun)

Cara membuat crust :
  • Pukul mentega / butter & gula kastor hingga sebati dengan menggunakan senduk kayu.
  • Masukkan telur, gaul rata.
  • Masukkan pula tepung rose sedikit demi sedikit dan uli hingga menjadi doh yang lembut.
  • Rehatkan dulu doh selama lebih kurang 20minit.
  • Tekan sedikit doh kedalam acuan tart, trim bahagian atasnya supaya kemas dan cucuk dasar dengan garpu.
  • Bakar separuh masak dalam oven yang dipanaskan dulu selama 8-10 minit dengan suhu 160C.

Cara membuat kastard :
  • Satukan semua bahan, whisk kan hingga rata dan tapis.
  • Masuk dalam periuk dan masak hingga berbuih ditepi periuk, sentiasa kacau supaya tidak berketul.
  • Masuk dalam jug kecil bermuncung dan tuang dalam kulit tart tadi.
  • Hati-hati supaya kastard tidak termasuk dalam celah-celah kulit & acuan.
  • Bakar semula 20 -25 minit dengan suhu 150C.




Tuesday 27 December 2011

Nak Ituuuuu

Salam..
Sejak akhir-akhir ni saya adalah sangat mengidamkan sejenis kuih ni..hehehe. Bukan...o..bukan sebab saya dah ehem-ehem mengidam-ngidam nih. Orang tak ehem-ehem pun ada gak ngidam-ngidam tau. Saya pernah try buat sekali duluu...tapi tak menjadi. Hancus! sedey nyer tak terkata. Tak tau lah sbb suhu oven tak betuii ke..salah uli ke...

Kali ni saya menggoogle lagi..saya nak cuba jugak buat kuih nih sampai jadi. Banyak resepi saya jumpa. Cuma jadi tak jadi je. Bahan saya dah beli. Tinggal nak buat je..Ya Allah, semoga saya ada kekuatan nak buat kuih ni lagi sekali.

Doakan ye...

Doakan kuih nih menjadi...

Doakan saya menguli dengan penuh kasih sayang...

Kuih yang saya nak try masak sangat-sangat nih...





Gambar sumber ihsan pokcik google

Tart telur!


Friday 23 December 2011

Bergedil

Bergedil

Antara menu saya lunch hari ni..bergedil. Kalau beli kat luar nih..kalu bergedil saiz besar ni mau dah kena RM1 sebiji nih. Bagus buat sendiri kan..makan lak kalau ada soto...huissh..terangkat mak! Senang jer tuan-tuan dan puan-puan..mula-mula ambil kertas dan pen ye...salin..(hahaha mcm le ko sorg je tau buat bergedil Pn. Ila oi..)

Saya punya resepi ni main taruk-taruk campak-campak jer..camner cenggitu? tak der sukatan tepat, main kejap-kejap rasa..tak cukup itu..tambah..tak cukup ini tambah kemudian lak.mmg tak pro saya nih.

Resepinya : (sementara anak tgh tido nih...tido ye sayang-sayangku..lama sikit ummi main internet muahaaha!)
  • Kentang..dalam 5 biji yang besar tu..
  • Lada sulah
  • Lada hitam yang ditumbuk
  • Bawang goreng..tak pun goreng sekejap bawang merah tu tapi jgn le garing sangat sbb nanti nak goreng lagi dgn bergedil.
  • Kalau ada isi ayam atau daging cincang lagi bagus..toskan airnya ye...
  • Garam
  • Daun sup
  • Daun bawang
  • Telur
Potong kentang secara dadu besar dan goreng hingga bertukar keemasan.

Gaul dengan garam masa tengah panas-panas tu.

Then, lenyek/tumbuk kentang tadi guna lesung batu sampai boleh jadi doh.

Masukkan adunan kentang tadi dalam bekas lain, masukkan lada sulah, lada hitam.

Masukkan isi daging atau ayam..pastikan airnya betul-betul dah ditos. Nanti bergedil tu pecah.

Gaul sekali dengan bawang goreng, hirisan daun sup dan daun bawang.

Gaul sampai sebati dan jadi satu doh. Saya kalau time nih nak tau bergedil tu dah sedap ke tak..saya rasa sikit mesti adunan tu ada rasa cam 'cikedis'..tau tak 'cikedis' tu apa? ala..cam jajan tu..kalau tak, tambah le apa yg patut ok.

Ambil adunan tadi tu sikit..buat bulat sebesar yang kita suka.

Celup dengan telur..dan gorengkan dalam minyak panas. Make sure minyak tu betul-betul panas ye, kalau tak nanti dia pecah. Guna api perlahan dan jgn goreng lama sgt. Agak-agak ler..




Geramnya kenapa linkwithin saya tak mo keluar? Ada sesapa leh bantu? huhuhu...

Thursday 22 December 2011

Serawa Durian atau Bubur Durian?

Serawa Durian
Assalamualaikum..
Ni cerita durian lagi..pernah makan serawa durian tak? Kalau kat tempat saya ni kitaorg panggil serawa durian. Tapi nama komersial dia..(eceh..komersial tu..) bubur durian..pengat durian pun ada kot..

Kalau mak mertua saya buat..kaler dia kaler gula kabung..gula melaka..gula gerek tu. Tapi saya ni dah diajar mak saya kaler putih ni. Guna gula biasa je. Tak kisar ler...asal rasa sedap. Makan lak dengan roti..huish...mak mertua suami lalu pun tak sedor..

Resepinya..senang sangat weh..
Mula-mula durian mentah tu di tanggalkan-tangalkan isinya..tapi jgn buang biji dia ye..lepas tu masuk dalam periuk. Masukkan santan, gula pasir dan secubit garam. Kacau rata dan tunggu hingga masak. Senang kan...?

Ini sup untuk lunch..tgk gambar je ler...

daa.....

Tuesday 20 December 2011

Asam Pedas Tempoyak

Salam..terima kasih ye pada yang sudi menjengah blog saya ni..terima kasih yg sudi jadi follower. Kelam kabut saya nak post juga entri hari nih..ni time anak2 tgh tido siang ni, apalagi...jom...

Hari tu kan..mak ayah saya datang rumah bawa durian..durian dari kampung..fresh lagi..tapi yg tak menahan tu siap ada satu tupperware tempoyak mak sedara saya bagi. Mula-mula macam tak nak lah..sbb nanti peti ais berbau..ko..sombong benor..ate kata org Perak..

Meh, saya tunjuk asam pedas tempoyak saya nih..lunch hari nih..

Asam Pedas Tempoyak, Tempoyak, Gulai Tempoyak
Masa ni tengah masak lagi...
Resepinya..tumbuk bawang merah dalam 3 biji, sedikit belacan dan kunyit hidup. Masukkan bahan tumbuk tadi dalam periuk. Masukkan cili kisar (ikut kepedasan ye). Saya buat dalam 3 sudu. Kemudian masuk serai yang dititik, daun kesum, dan bahan utama tempoyak. Boleh juga letak asam keping kalau rasa tempyak tu tak masam sangat. Masukkan ikan. Masukkan air, timun jika ada, garam dan perasa. Tunggu hingga masak dan boleh dihidangkan.

Menaip secara tanpa bullet..hahaha..laju-laju coz anak saya dah bangun..jumpa lagi!

Monday 19 December 2011

Oh, Prince Arthur...Ko Buat Aku Tido Pukul 12

Merlin
Gambar adalah Google

Dia dah datang balik...saya mmg suka tengok cerita nih...sapa suka juga silalah angkat tangan! Saya suka Prince Arthur tu..sapa suka juga sila angkat tangan lagi sekali...hahaha. Merlin musim ke-4 dah ko..saya dulu tengok dari masa Lady Morgana yang cun tu menjelma jadi monster ke apa ntah dulu..sampai lah hari tu tgk musim 4 nih kuasa dia dah makin bertambah.

Actually saya jarang tgk tv...tp kalau yang saya suka tu..saya follow la. Sanggup tu tido lambat hahaha. Hari tu episod hari Jumaat saya tgk dah. Best. Tp Merlin ditayangkan pada hari Ahad, pukul 10.30 mlm - 12 tgh mlm. Jumpa di depan tv masing-masing ye..
daa..

Sunday 18 December 2011

SPAGHETTI CARBONARA BERSOS CENDAWAN

spaghetti carbonara, spaghetti

Biasa makan spaghetti mesti kuah merah kan...saya selak punya selak resepi blog org lain..jumpa satu resepi spaghetti ni. Memang sedap. Hari ni dapat request dari anak-anak nak mkn spaghetti nih. Jom, saya share kan resepi yang bukan ciptaan saya nih..tp saya dah banyak kali buat di dapur..mmg kegemaran. Resepi ni saya dapat dari blog Mrs. AGS ni.

Resepinya...

Bahan-bahan :
1 labu bawang besar (hiris dadu halus)
3 ulas bawang putih (dihiris)
Cendawan tiram / kembang / butang (ikut suka)
250gm daging kisar (saya suka lagi guna ayam kisar)
Garam secukup rasa
1 sudu besar lada hitam
1/2 kiub ayam knorr
1 tin sos cendawan prego carbonara
 (biasanya tin biru tu) 

Cara-caranya :
  • Panaskan minyak dan tumis bawang besar dan bawang putih
  • Masukkan daging dan gaul hingga rata dan separuh masak
  • Masukkan pula lada hitam dan garam
  • Masukkan pula sos cendawan tadi dan gaul, jika pekat sangat tambahkan air
  • Masukkan cendawan dan kiub ayam dan gaul hingga masak

Saturday 17 December 2011

Coklat Ni Saya Yang Masak Tau!

homemade coklat, homemade chocolate, gambar coklat

Salam... 
Hari ni ntah kali keberapa saya buat homemade coklat ni. Minggu lepas saya buat untuk hantaran kahwin anak sepupu. Sebagai pengganti saya tak dapat hadir ke majlis perkahwinan nya tu. Saya cuma reti buat guna coklat compound. Senang jer...ahaks!. Belajar pun dari meng google. Intai blog sana..intai blog sini...alhamdulillah..reti jugak. Anak-anak mmg suka. Kali ni saya letak badam dalam coklat ni.

Insya Allah saya nak belajar dan try buat coklat guna coklat conventure pulak lepas nih. Baru le mencabar kewibawaanku!.


Thursday 15 December 2011

Sayang anak kan...


Kek birthday untuk anak dara saya. ---->> Mak anak saya bikin hahaha. Resepinya :

1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1@1/2 cawan minyak jagung
1/2 cawan susu pekat
1/4 cawan tepung gandum
3 biji telur
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil soda bikabornat
1 sudu kecil esen vanilla

  • Campurkan serbuk koko, gula, susu cair, susu pekat dan minyak jagung dalam periuk.
  • Kacau perlahan dgn api sederhana dan masak hingga sebati.
  • Angkat dan ketepikan seketika.
  • Pukul telur hingga kembang bersama dengan esen vanilla dan masukkan dalam bahan yang dimasak tadi.
  • Gaul rata adunan dan masukkan pula tepung gandum yang diayak dulu bersama serbuk penaik dan soda bikabornat sedikit demi sedikit.
  • Gaul hingga sebati.
  • Masukkan adunan dan kukus dalam tempoh 1 jam 45 minit lebih kurang la.
Selamat Hari Lahir ke-3 tahun sayang ku Fatihah..semoga jadi anak yang solehah.