Friday 8 June 2012

Snow White & The Huntsman

Gambar adalah ihsan Google

Malam tadi saya dengan En. Wan berdua-duaan pegi tgk wayang...hahaha berdua-duaan gitew sebab anak-anak dah pos ke umah Mak. Cari juga wayang yang start pukul 9.00pm jadik bila habis tak la lewat sangat dalam pukul 11.00pm. Movie yang kami pilih Snow White and The Huntsman. Dah tengok ke? Best jugak le. 

Konsep movie ni sama je macam cerita Snow White versi kanak-kanak tu. Ada ibu tiri yang jahat giler, ada puteri salji yang cantik putih melepak, ada 7 orang kerdil, ada epal beracun, ada scene tido ala-ala koma gitu tapi keadaan rupa paras masih cun melecun!
Ceritanya mengisahkan bapa Snow White telah berkahwin dengan Ravenna dek kerana Ravenna ni sangat jelita. Tapi kejelitaan Ravenna ni adalah disebabkan kuasa/sihir yang dimilikinya. Malam pertama kahwin je Ravenna ni dah berjaya membunuh Raja ni dan seterusnya menguasai takhta. Hebakk mu! Snow White yang masih kecil ketika itu dikurung di menara istana sampai dia besar menjadi Snow White yang sangat cantik lakonan Kristen Stewart. Ravenna ni sangat obses kepada kecantikan okey...tak tua-tua dengan gunakan sihir yang dia ada tu. Snow White berjaya melepaskan diri dari kurungan dan mahu membalas dendam dengan bantuan si pemburu yang sangat hensem lakonan Chris Hemsworth. Berjaya atau tidak Snow White menumpaskan ibu tirinya itu anda tengoklah movie ni sendiri...hahaha sebab saya dah malas nak cerita sinopsisnya.

Part paling best pada saya lah kan, masa Snow White cuba larikan diri dari kurungan menara istana tu sampai lah dia terjun dalam laut. Part dia slide masuk lubang air tepi istana...dan terperangkap pulak dalam rimba gelap yang dahsyat. Walaupun ada part yang tak masuk akal sikit macam part tetiba si William (kawan Snow White masa kecik2) datang nak cari Snow White dari Istana Duke, boleh pula sampai dengan cepat ke kerajaan Ravenna, tapi bila dia dah jumpa Snow White dan kawan-kawan dia, lama giler weh nak sampai ke Istana Duke tu balik. Tang tu la saya confius sikit hehehe.

Okey lah...err..nak iron baju..stok 1 minggu sebab next week dah start koje!!!!





Tuesday 5 June 2012

Ayam Kicap Jintan Lada Putih

Lunch saya hari ni...
Resepi saya ambil dari blog Kak Melley Mey. Tq!

 

Resepinya :

1/2 ekor ayam - potong kecil dan bersihkan, toskan.
4 ulas bawang merah *
3 ulas bawang putih *
2 inci halia *  (bahan * ditumbuk lumat)
1 sudu besar cili kering kisar
1 sudu teh jintan manis #
1 sudu teh lada putih biji # (bahan # dikisar kering)
1 batang kulit kayu manis
2 bunga lawang
2 bunga cengkih
sedikit air
gula (optional)
garam secukup rasa
minyak masak

Campuran Sos :

3 sudu besar kicap pekat ABC
3 sudu besar kicap pekat manis biasa
2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap cair
2 sudu besar sos cili

 Sayuran :

sedikit bunga kobis (Saya pun gantikan dengan capsicum hijau)
sedikit brokoli (Saya gantikan juga dengan bawang besar macam Kak Diana buat)
1/2 batang lobak
1 biji tomato - belah 6

 Cara Memasak :

  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit secukupnya...perap 10 minit dan goreng 3/4 masak, angkat dan ketepikan.
  2. Keluarkan minyak dari kuali dan gunakan lebih kurang 3 sudu  besar lebihan minyak tadi dan tumis rempah 3 sekawan (kayu manis, lawang dan cengkih) dan diikuti bahan yang ditumbuk, kacau biar naik bau sebentar.
  3. Masukkan cili kering, lada sulah dan jintan yang dikisar tadi.
  4. Masukkan kesemua bahan sos dan kacau rata sebentar, masukkan sedikit air jika perlu.
  5. Masukkan ayam dan kacau rata sebentar.
  6. Akhir sekali masukkan sayuran, kecuali tomato.  Seimbangkan rasa.
  7. Tutup api dan masukkan tomato yang dibelah tadi, gaul rata.  Sedia untuk dihidangkan.

 

Monday 4 June 2012

Biskut Cornflakes


Resepi ni saya ambil dari blog Citarasawan. Cuma saya tambah satu sudu kecil baking powder aje. Saya ni jenis kalau raya 'biskut tunjuk' sesaja. Tapi kalau hari biasa, rajin pula nak buat biskut. (^_^)


 
Resepinya : sumber dari : Citarasawan

250gm mentega (saya guna buttercup)
150gm gula kastor
2 sudu teh esen vanilla
250gm tepung gandum (saya ayak dulu dan campur dengan 1 sudu teh baking powder)
4 cawan cornflakes diramas kasar

Caranya :
  • Putar gula dan mentega sehingga berkrim.
  • Masukkan esen vanilla dan pukul rata.
  • Masukkan tepung gandum dan cornflakes, uli hinga jadi doh.
  • Ambil satu sudu teh penuh dan atur dalam loyang yang digris dulu. Boleh juga letak dalam paper cup macam saya buat tu.
  • Bakar 180 C selama 15- 20 minit atau hingga kekuningan.
  • Simpan dalam bekas kedap udara.