Monday 9 June 2014

LAKSAM

Masa Hari Guru hari tu kan ada seorang kawan ni bawa laksam masa buat potluck. Sedapnya la dan saya kagum macam mana la kawan saya ni boleh masak laksam gulung tu banyak-banyak untuk jamu satu kolej. 

Bukannya apa, saya ni baru masak untuk satu keluarga pun dah rasa lamanya nak siap hehe. ;p

Tapi dek kerana tak puas makan saya decide nak buat laksam sempena cuti sekolah kali ni.

Saya ni memang jenis yang suka laksam. Memang masa potluck hari tu pun lepas nampak laksam terus tinggal menu lain dan serbu laksam. Jadi agak kerap la masak laksam. Memang suka sangat laksam la weh..

Resepi laksam kali ini saya ambil dari Azie Kitchen. Alhamdulillah menjadi cuma ada yang saya tak follow sangat sebab nak ikut citarasa sendiri.


 yang penting selera saya ikan mesti banyak dlm kuah tu...

Resepinya: 

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam 

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar :
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk (yang ni saya tak letak pun)
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Bezanya saya letak juga daun kesum dalam kuah dan kisar bahan kisar tadi bersama sedikit belacan. 

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam



Sebelum ni saya kukus guna periuk kukus yang biasa tp satu halnya bila nak basuh nak menyimpan semula dalam kabinet agak leceh, so saya try kukus guna periuk ajaib ni dan alhamdulillah tak ada problem.




 

Masak sendiri lagi puas hati..makan la berulang kali pun tak pe.



Friday 6 June 2014

SEMPERIT SUSU

Assalamualaikum semua..

Ni kiranya entry pertama saya bagi tahun 2014 lah kan. Sayang le pulak bila alamat blog yang dulu tak boleh dipakai lagi. Macam tu lah saya, banyak benda yang saya buat kejap je bersemangatnya. Habis dah senarai follower yang lama-lama tu. Tapi mujur juga saya sempat save entry lama dulu sebelum delete blog lama. So, bila saya bina yang ini saya just import blog saja lah. 

Saya berharap dengan usia yang makin meningkat ni pengisian dalam blog saya ni memberi manfaat kepada pembaca yang sudi singgah. Manalah tahu dengan izin Allah, ilmu yang saya share dalam blog ni boleh beri sedikit bekalan pahala pada saya jika sudah tiada nanti. 

Tetiba sedih pulak.. :)

Okey lah, hari ni saya nak share satu biskut yang sangat femes ni. Kalau hari raya biskut ni mesti ada. Ada yang panggil biskut Dahlia..ada yang panggil Semperit. 

Actually ni first time saya buat biskut ni..tapi makannya dah banyak kali lah. Cuti sekolah baru-baru ni permintaan anak saya supaya kami buat aktiviti membaking dan mengkokies ni macam selalu. Ye lah..nak berjalan-jalan ayah deme sibuk. So ini je lah aktiviti kami.

Resepinya saya ambil dari blog reenkhan 


250gm buttercup
1/2 tin susu pekat (saya guna jenama Gold Coin)
100gm tepung ubi
450gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

- Buttercup dan susu pekat dipukul sehingga sebati tapi jangan pukul lama sangat nanti biskut tu kembang.
- Saya masukkan juga esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung dan tepung ubi yang telah diayak sedikit demi sedikit.
- Masukkan dalam acuan. Terpulang lah tapi saya guna acuan buat tart je. Kak Reen dia guna acuan semperit pecah 15. Naik sangat cantik.
- Bakar pada suhu 150c dalam 15-20 minit. Guna api bawah saja. Ini terpulang pada oven masing-masing sbb klu oven saya dia cepat garing so saya rendahkan suhu dan cepatkan sikit masa tu.

Kesimpulannya, saya tak puas hati sangat cubaan pertama saya ni. Saya nak try buat lagi guna acuan lain pula lain kali. 



Friday 22 February 2013

Mari bersarapan : Roti Sardin Goreng

 

Assalamualaikum...salam Jumaat penghulu segala hari...

Nak tayang breakfast yang sempat saya buat pagi ni. Roti aje..hari Senin roti, Selasa roti, Rabu roti, Khamis pun roti, Jumaat roti jugaa...hahaha..minggu ni minggu roti dan makanlah sampai nak muntah..

Kali ni Roti Sardin Goreng. Makan panas panas memang sedap.

Saya malas nak taip semula resepinya..jadi uolls bolehlah singgah kat blog ini ye..

Tq!

 



Thursday 21 February 2013

I-City kat Ipoh?

Ipoh bandaraya mati kata kawan saya suatu ketika dulu...

Malam-malam pukul 10 dah sunyi sepi...

Saya yang memang anak jati Ipoh ni tergelak...ye lah, kalau banding dengan Kolumpo nun memang lah matik kan..hehehe..

Tapi sekarang sudah banyak berubah ( I cakap ni dengan niat tiada unsur politik bhahaha.. ) Supermarket dulu paling glamer masa kecik-kecik dulu Super Kinta tu jelah.  Mak dan Ayah saya bawa kami adik beradik cari baju raya hahaha. 

Pastu ingat lagi depan tu ada Glory (pastu jadi Yik Fong)..atas Glory tu ada kuda mainan bila masuk duit dia bergerak hahaha.

Seingat saya lah...(^-^)

Pastu barulah Jusco naik..Tesco..Lost World Tambun..Gerbang Malam..aisehhh.(^-^)

Sekarang Ipoh dah ada I-City tau..gelakla..gelakla...

Serius memang ada..Mula-mula saya sedar kewujudan I-City Ipoh ni masa En. Wan ajak secara bergurau dgn anak-anak lepas kitaorg balik bersuka ria dari I-City Shah Alam dulu.."esok ayah bawa pi I-City lagi"  Saya ingat dia main-main..rupanya esok malam tu memang dia bawa kami jalan-jalan kat I-City Ipoh ni. 

Sebenarnya I-City kat Ipoh ni bukan macam sehebat I-City kat Shah Alam tu. Tak...jauh beza kemeriahannya..dipanggil I-City sebab lokasinya di tebing Sungai Kinta dan berdepan dengan Hotel Kinta River Front. Kawasan di situ dibangunkan dengan limpahan lampu neon dan sungai yang kotor dulu dah bersih dan ada deretan pelbagai kedai yang bakal dimajukan lagi..(ok, dah macam orang politik dah I gebang ni hahaha).

Sekarang dah jadi macam tempat lepak malam-malam untuk warga Ipoh pulak.

Malam tadi kitaorang jalan-jalan lagi kat sana. Kali ni bawa MIL pula. 

So, saya yang malas bersiap bagai cuma berbaju kelawar (kaftan) dan sarung cardigan je pi sana.




 

Kalau weekend lagi ramai tau...naik jambatan pun sesak..jgn roboh udah le...

 

Yang ni salah satu dari deretan kedai yang diaorg buat mini muzium 'Palong Tin Museum'. Dalam ni ada gambar-gambar lama sejarah bijih timah kat Ipoh ni. Masuk tak perlu bayor yong. Buat masa sekarang free je.




Setiap kali nak snap gambar dua permata saya ni..sure gambar blur pasal tak duduk diam.

 

Peminat sejarah lama macam I ni memang suka belek-belek..tapi saya tak sempat meneliti malam tadi pasal En. Wan round satu pusingan then keluar..tsk..tsk..tsk..



 

Lepas ronda-ronda En. Wan ajak kitaorang minum-minum jus mangga dan makan kebab arab satu restoran depan I-city ni. Restoran tu namanya Hadramout Paradise. Not bad sudah dua kali makan di sini tapi tekak saya tekak ala-ala lasagna-speghetti-steak so, berlagak lidah omputih agak kureng lah sikit nak makan dengan penuh berselera.



 

Bukti saya pergi sana pakai kaftan tido je hahaha.. 

Tapi, yang saya dah rasa tak bestnya sedih bila tengok dalam deretan kedai/premis yang bakal dibuka tu dah ada 2-3 yang berunsurkan pub (saya rasalah...) sebab malam tadi kitaorang dtg dalam pukul 9 lebih gitu so melalak-lalak lah muzik kuat macam kat disco dan berkelip-kelip papan tanda tertera Carlsberg dan Tiger serta kelihatan remaja muda riang gembira macam baru nak mulakan hari. Leceh betullah..lama kelamaan jadi sarang maksiat jika tidak dibendung. Asal tujuan untuk tempat riadah seisi keluarga jadi ke lain pulak nanti. 

Wallahualam...






Wednesday 13 February 2013

Demi Masa

Pernah tak dalam satu hari tu uolls rasa tak cukup masa?

Banyak perkara nak dibuat tapi macam tak sempat.

Ye lah...macam situasi saya hari ni.

Hari ni saya cuti tau. Seminggu lagi. Isnin depan baru start kerja.

Saya plan dalam hati...

Hari ni nak sapu sampah kat luar...

Nak mop lantai...

Nak cuci jamban...

Nak pegi jumpa tailor potong jubah baru beli kat Shah Alam yang labuh meleret tu...

Nak make up blog...tukar header baru ke...bosan dah header yang ada ni...

Nak update e-splg...tarikh tutup dah dekat...

Nak buat lasagna..dah lama rasa nak buat sendiri...

Pendek kata macam-macam lah saya punya rancangan hari ni...

Tapi semua tu tinggal rancangan kebanyakkannya.

Sedih tau...cepat je sedar-sedar dah pukul 4 ptg.

Cepat benor masa berlalu kan..

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al'Asr)

Eceh..


 

Ni menu ayam saya lunch tadi.

Saya kehabisan stok serai, kiub ayam, tomato...

So memang menderhaka 60 darjah resepi abg Mat Gebu ni. Mintak maaf lah ye abg Mat. 

Resepi Ayam Burma ni dah jadi ayam apa lah pulak.

Nak tengok resepi sebenar boleh terjah sini.











Wednesday 30 January 2013

Baru nak merasa...


Ini penangan kerja sampai pukul 5 nih...lama tak update blog. Masuk dapur pun dah jarang-jarang..tsk..tsk..tsk..

Saya dah lama dok usha-usha durian crepe ni. Berlambak resepi ek kat dlm internet nih. Siap ada yg buat video kat you tube lagi. Memang dok berhajat nak try buat sendiri. Tapi  durian pun tak ada. Akhirnya saya beli. Satu bekas plastik tu ada dlm 5-6 ketul RM10. Tapi seyes memang sedap! 

Sekian..