Friday 22 February 2013

Mari bersarapan : Roti Sardin Goreng

 

Assalamualaikum...salam Jumaat penghulu segala hari...

Nak tayang breakfast yang sempat saya buat pagi ni. Roti aje..hari Senin roti, Selasa roti, Rabu roti, Khamis pun roti, Jumaat roti jugaa...hahaha..minggu ni minggu roti dan makanlah sampai nak muntah..

Kali ni Roti Sardin Goreng. Makan panas panas memang sedap.

Saya malas nak taip semula resepinya..jadi uolls bolehlah singgah kat blog ini ye..

Tq!

 



Thursday 21 February 2013

I-City kat Ipoh?

Ipoh bandaraya mati kata kawan saya suatu ketika dulu...

Malam-malam pukul 10 dah sunyi sepi...

Saya yang memang anak jati Ipoh ni tergelak...ye lah, kalau banding dengan Kolumpo nun memang lah matik kan..hehehe..

Tapi sekarang sudah banyak berubah ( I cakap ni dengan niat tiada unsur politik bhahaha.. ) Supermarket dulu paling glamer masa kecik-kecik dulu Super Kinta tu jelah.  Mak dan Ayah saya bawa kami adik beradik cari baju raya hahaha. 

Pastu ingat lagi depan tu ada Glory (pastu jadi Yik Fong)..atas Glory tu ada kuda mainan bila masuk duit dia bergerak hahaha.

Seingat saya lah...(^-^)

Pastu barulah Jusco naik..Tesco..Lost World Tambun..Gerbang Malam..aisehhh.(^-^)

Sekarang Ipoh dah ada I-City tau..gelakla..gelakla...

Serius memang ada..Mula-mula saya sedar kewujudan I-City Ipoh ni masa En. Wan ajak secara bergurau dgn anak-anak lepas kitaorg balik bersuka ria dari I-City Shah Alam dulu.."esok ayah bawa pi I-City lagi"  Saya ingat dia main-main..rupanya esok malam tu memang dia bawa kami jalan-jalan kat I-City Ipoh ni. 

Sebenarnya I-City kat Ipoh ni bukan macam sehebat I-City kat Shah Alam tu. Tak...jauh beza kemeriahannya..dipanggil I-City sebab lokasinya di tebing Sungai Kinta dan berdepan dengan Hotel Kinta River Front. Kawasan di situ dibangunkan dengan limpahan lampu neon dan sungai yang kotor dulu dah bersih dan ada deretan pelbagai kedai yang bakal dimajukan lagi..(ok, dah macam orang politik dah I gebang ni hahaha).

Sekarang dah jadi macam tempat lepak malam-malam untuk warga Ipoh pulak.

Malam tadi kitaorang jalan-jalan lagi kat sana. Kali ni bawa MIL pula. 

So, saya yang malas bersiap bagai cuma berbaju kelawar (kaftan) dan sarung cardigan je pi sana.




 

Kalau weekend lagi ramai tau...naik jambatan pun sesak..jgn roboh udah le...

 

Yang ni salah satu dari deretan kedai yang diaorg buat mini muzium 'Palong Tin Museum'. Dalam ni ada gambar-gambar lama sejarah bijih timah kat Ipoh ni. Masuk tak perlu bayor yong. Buat masa sekarang free je.




Setiap kali nak snap gambar dua permata saya ni..sure gambar blur pasal tak duduk diam.

 

Peminat sejarah lama macam I ni memang suka belek-belek..tapi saya tak sempat meneliti malam tadi pasal En. Wan round satu pusingan then keluar..tsk..tsk..tsk..



 

Lepas ronda-ronda En. Wan ajak kitaorang minum-minum jus mangga dan makan kebab arab satu restoran depan I-city ni. Restoran tu namanya Hadramout Paradise. Not bad sudah dua kali makan di sini tapi tekak saya tekak ala-ala lasagna-speghetti-steak so, berlagak lidah omputih agak kureng lah sikit nak makan dengan penuh berselera.



 

Bukti saya pergi sana pakai kaftan tido je hahaha.. 

Tapi, yang saya dah rasa tak bestnya sedih bila tengok dalam deretan kedai/premis yang bakal dibuka tu dah ada 2-3 yang berunsurkan pub (saya rasalah...) sebab malam tadi kitaorang dtg dalam pukul 9 lebih gitu so melalak-lalak lah muzik kuat macam kat disco dan berkelip-kelip papan tanda tertera Carlsberg dan Tiger serta kelihatan remaja muda riang gembira macam baru nak mulakan hari. Leceh betullah..lama kelamaan jadi sarang maksiat jika tidak dibendung. Asal tujuan untuk tempat riadah seisi keluarga jadi ke lain pulak nanti. 

Wallahualam...






Wednesday 13 February 2013

Demi Masa

Pernah tak dalam satu hari tu uolls rasa tak cukup masa?

Banyak perkara nak dibuat tapi macam tak sempat.

Ye lah...macam situasi saya hari ni.

Hari ni saya cuti tau. Seminggu lagi. Isnin depan baru start kerja.

Saya plan dalam hati...

Hari ni nak sapu sampah kat luar...

Nak mop lantai...

Nak cuci jamban...

Nak pegi jumpa tailor potong jubah baru beli kat Shah Alam yang labuh meleret tu...

Nak make up blog...tukar header baru ke...bosan dah header yang ada ni...

Nak update e-splg...tarikh tutup dah dekat...

Nak buat lasagna..dah lama rasa nak buat sendiri...

Pendek kata macam-macam lah saya punya rancangan hari ni...

Tapi semua tu tinggal rancangan kebanyakkannya.

Sedih tau...cepat je sedar-sedar dah pukul 4 ptg.

Cepat benor masa berlalu kan..

"Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." (Surah Al'Asr)

Eceh..


 

Ni menu ayam saya lunch tadi.

Saya kehabisan stok serai, kiub ayam, tomato...

So memang menderhaka 60 darjah resepi abg Mat Gebu ni. Mintak maaf lah ye abg Mat. 

Resepi Ayam Burma ni dah jadi ayam apa lah pulak.

Nak tengok resepi sebenar boleh terjah sini.











Wednesday 30 January 2013

Baru nak merasa...


Ini penangan kerja sampai pukul 5 nih...lama tak update blog. Masuk dapur pun dah jarang-jarang..tsk..tsk..tsk..

Saya dah lama dok usha-usha durian crepe ni. Berlambak resepi ek kat dlm internet nih. Siap ada yg buat video kat you tube lagi. Memang dok berhajat nak try buat sendiri. Tapi  durian pun tak ada. Akhirnya saya beli. Satu bekas plastik tu ada dlm 5-6 ketul RM10. Tapi seyes memang sedap! 

Sekian..


Wednesday 16 January 2013

Merlin, terima kasih kerana menceriakan tv saya.



-ehsan You Tube-

Habis dah kan...sedih pulak tu..tak puas hati sungguh. Actually masa episod akhir tu ditayangkan, saya tak dapat tengok. Tidurkan anak dengan mak dia pun terlena sekali sampai ke subuh. Sudahnya saya bertanya rakan kat tempat kerja esoknya. Bila member tu cakap Arthur mati..terus sedih. Ntah apa-apa lah..penat tengok citer ni bertahun-tahun mati pulak hero aku. Saya suka watak Arthur tu berbanding Merlin. Tapi bila Merlin tak mati, at least saya puas hati jugalah hehehe. Yang penting Morgana tak hidup balik udahle. Kalau tak, mahu ada season 6 pulak kot (sekali mmg ada...(^-^)

Cerita Merlin ni memang berjaya buat saya ternanti2. Kalau tak tgk kat tv, saya akan tgk semula kat internet. Lepas ni sunyi la pulak kan Merlin dah abis.



Saturday 5 January 2013

Tempahan Muffin

Hari tu kan saya sangat berbesar hati....

Berbesar hati sebab ada kawan En. Wan tempah muffin coklat kat saya utk dia hadiahkan pada suami dia...

Sempena birthday suami ke-36 katanya...

Jadi dia tempah 36 biji dekat saya...

Sekali dengan bungkusan letak dlm bakul...

Saya pun suka...

Memang suka sangat buat benda ni...

Tapi risau juga kalau-kalau tak sedap kan...

Ye lah...org bayar kita kan...bukan kita saja kasi dia rasa...

Mesti mahu buat yg terbaeekkk...

Jadi inilah hasilnya...

Tq Kak Salina...


Kalau kawan-kawan terdekat nak oder..boleh contact saya ye...