Tuesday 31 July 2012

Ikan Siakap En. Wan...

 

Hari Ahad punya menu berbuka kitaorg adalah ikan siakap. Tapi saya tak tau lah nak bagi nama apa menu ni sebab saya main campak-campak sesedap lidah saya aje. Kalau En. Wan beli ikan siakap, ni le menu request dari dia. Jadi aci tak saya letak je nama Ikan Siakap En. Wan hahaha..sengal...

Sebabnya dia suka benor lauk nih. Saya kureng sket...anak-anak pun suka..kalau lengkap 6 org dalam umah tu..memang menu ni le makanan kitaorg.

Resepinya...

Ikan siakap 
Bawang besar hiris (tapi saya suka guna mesin chopper tu je)
Bawang kecil (sama mcm bawang besar)
Halia hiris
Serai yang dititik
Tomato
Cili kering
Sos tomato 
Sos tiram
Garam
Gula
Daun limau 

Caranya...

  • Goreng dulu ikan siakap..saya suka sampai garing sbb bila mkn mcm rangup aje
  • Ketepikan ikan dulu
  • Tumis segala bawang tadi bersama halia
  • Bila dah naik bau, masuk pula cili kering ikut lah kepedasan anda tapi jgn la banyak nanti jadi masak merah lak
  • Bila dah pecah minyak, masuk pula serai, sos tomato, sos tiram, sedikit air, tomato yg dibelah 4, daun limau, garam dan gula.
  • Pastu bila dah masak bolehlah siram atas ikan siakap tadi.
Bila dah namanya resepi campak-campak..saya pun tak ada lah sukatan yg tepat utk korg..ikut sukati korg lah hehehe.

*peace*




Saturday 28 July 2012

Paru Goreng Berempah

Salam ramadan...

Baru le dapat update blog...bukanle busy sangat pun. Tapi macam malas2 je nak menaip. Ni le dugaan puasa-puasa ni kot (^_^)

Hari ni saya berbuka masak paru. Resepi menggoogle hahaha. Dah dua kali buat resepi nih.


Resepi dari : Iza Akma

Bahan : 
1 kg paru - direbus dengan sedikit garam, toskan dan hiris nipis-nipis
sedikit cuka
garam dan gula secukup rasa
minyak masak secukupnya

Bahan tumbuk :
1/2 sudu besar biji ketumbar
1/2 sudu besar biji jintan manis
1/2 sudu besar biji jintan putih
1/2 inci kunyit hidup

Bahan kisar :
12 tangkai cili kering
3 tangkai cili merah
20 ulas bawang merah

Caranya :
  • Gaulkan paru yang nipis dengan bahan tumbuk dan sedikit garam. Perapkan dalam setengah jam. Goreng hingga garing.
  • keluarkan minyak g oreng, tinggalkan anggaran 1/2 cawan. Tumis bahan kisar sehingga wangi dan garing, perisakan dengan garam, gula dan sedikit cuka.
  • Bila hampir kering masukkan paru, balik-balikkan hingga sebati.
  • Hidangkan

Okey..sedap tau. Cubalah!


Thursday 19 July 2012

Kengkawan, Tengok Nih Supaya Handbag Coach Anda Tidak Diragut!


Tadi jalan-jalan blogwalking..(jalan-jalan/blogwalking ???)

Terjumpa ini kat blog ini 

Pastu tergelak sorang-sorang...padan muka ko peragut, nak mencuri last-last kene penyek!

Yang kelakarnya cuba tgk gambar dlm step 4 tu...pompuan kartun tu siap nyanyi2 lagi..confident!

Tapi bagus gak idea nih...hahaha...

Mari beramai-ramai kita cari tali macam gambo tu kat kedai!






Wednesday 18 July 2012

Jomlah Join Giveaway Dari Si Manis Lizahanum!

Salam Alaykum...

Pendekkan cerita..

Adik manis dari blog Sweet Lizahanum ada buat GA dan saya adalah pertama kali dalam sejarah hidup nak join GA nih.

Syarat penyertaannya sgt lah mudah..disebabkan ini 1st time, jadik saya baca syarat tu macam mudah aje dan oh, saya nak join lah. Tapi tak taulah pulak kot2 salah faham baca..sekali silap arrr..(^_^)

Begini...



Syarat-syarat yang  Mudah & Senang :

1).Follower dan bukan follower ( nanti bole follow ) bole turut serta

2).Buat n3 tentang giveaway ini di blog masing2 dan linkkan  dekat komen n3 ini.Kalo tak bole komen,tinggalkan jejak dekat ruangan chat...jgn lupa tinggalkan link untuk dijejaki balik.

3).6 + 3 orang pemenang GA ini dipilih dengan cabutan undi.....CABUT dan MENANG (ikut penyertaan yer)

4).Bermula 17/7/2012(4.00pm) hingga 31/7/2012 (12.00 am)


HADIAH-HADIAHNYA:
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
"
Dan inilah sebahagian hadiah yang nilainya tak  SEBERAPA, yang  akan saya bagi pada kengkawan yang bertuah.Moga kita sama2 beroleh keberkatan di bulan ramadhan nanti....Amin...


Kitab suci Al-Quran- 3 naskah + 3 mini Al- Quran (akan ditambah ikut penyertaan yg dtg)
Yasin Al- Mathurat -6 naskah 
Manzil- -6 naskah
Doa Harian- 6 naskah
Penunjuk Al Quran- 3 keping(setiap keping ada 3 btg)

Dan InsyaAllah,sekiranya penyertaan ramai dari target saya yg asal....saya akan tambah lagi hadiah seperti di atas atau apa juga hadiah yang sesuai yg saya rasa ikhlas/terbaik untuk di hadiahkan pada anda yang bertuah itu.




dan juga tudung BAWAL AIDIJUMA seperti :




5 helai TUDUNG AJ