Masa Hari Guru hari tu kan ada seorang kawan ni bawa laksam masa buat potluck. Sedapnya la dan saya kagum macam mana la kawan saya ni boleh masak laksam gulung tu banyak-banyak untuk jamu satu kolej.
Bukannya apa, saya ni baru masak untuk satu keluarga pun dah rasa lamanya nak siap hehe. ;p
Tapi dek kerana tak puas makan saya decide nak buat laksam sempena cuti sekolah kali ni.
Saya ni memang jenis yang suka laksam. Memang masa potluck hari tu pun lepas nampak laksam terus tinggal menu lain dan serbu laksam. Jadi agak kerap la masak laksam. Memang suka sangat laksam la weh..
Resepi laksam kali ini saya ambil dari Azie Kitchen. Alhamdulillah menjadi cuma ada yang saya tak follow sangat sebab nak ikut citarasa sendiri.
yang penting selera saya ikan mesti banyak dlm kuah tu...
Resepinya:
3 cawan tepung
beras
1/2 cawan tepung
gandum
5 cawan air suam
(3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk
garam
Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus
ambik isi dan kisar
1/2 kg santan
pekat
1 gelas air utk
tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)
Dikisar :
10 ulas bawang
merah
2 ulas bawang
putih
1 inci
halia
2 btg serai -
ketuk (yang ni saya tak letak pun)
1 sk serbuk lada
hitam
3 keping asam
keping
Garam
Gula secukup
rasa.
Satukan semua
bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan
garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih
pekat, masukkan sedikit air panas.
Bezanya saya letak juga daun kesum dalam kuah dan kisar bahan kisar tadi bersama sedikit belacan.
Ulam
Kacang
panjang
Daun kesum
Timun
batang
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis
Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula
Kisar kesemua
bahan di atas
Bahan lain
Belacan
Garam
Sebelum ni saya kukus guna periuk kukus yang biasa tp satu halnya bila nak basuh nak menyimpan semula dalam kabinet agak leceh, so saya try kukus guna periuk ajaib ni dan alhamdulillah tak ada problem.
Masak sendiri lagi puas hati..makan la berulang kali pun tak pe.