Friday 21 December 2012

Selamat Tinggal Rumah Lama...

Assalamulaikum...salam Jumaat penghulu segala hari (^-^)

Minggu lepas kami secara rasminya sudah berpindah ke rumah baru...dan secara rasminya rumah lama kami telah bertukar kunci kepada pemilik baru huhuhu (sedih tapi gembira, jadi apakah?)

Rumah lama kami banyak nostalgia...walaupun kami tinggal kat situ dalam 2 tahun aje tapi banyak kenangan suka dan duka buat kami. Actually ini merupakan rumah kedua kami. Mula-mula kahwin dulu, En. Wan angkut saya ke apartment milik beliau. Saya sempat berpantangkan anak sulung di sana. Seronok kat sana...kenangan sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dengan saya yang baru bertatih menjadi seorang isteri. Walaupun apartment tu kecil, tapi saya gembira. Kemudian bila bilangan ahli keluarga bertambah, kami beli pula rumah ini...rumah teres dua tingkat lot tengah. Masa beli rumah ni, saya sedang sarat mengandungkan Adam. Masa berpindah, memang tak banyak yang boleh saya tolong sebab sedang menunggu hari. Bila Adam lahir, saya berpantang di rumah ini dan kenangan dijaga suami tersayang sambil dibantu emak saya. Beliau yang menyediakan air panas untuk saya mandi setiap pagi, panaskan tungku dan menyediakan makanan saya (En. Wan akan masak ikan kerisi yang dibakar untuk saya hampir setiap hari masa berpantang dulu hahaha) dan memandikan Adam sebelum bergerak ke pejabat. Kemudian, emak akan take over pula sampai En. Wan pulang pejabat. Kenangan tu.

Saya sayang rumah ni...tapi biasalah, kehendak manusia ni ada macam-macam dan akhirnya rumah ini sudah bertukar pemilik. Jadi, sebelum rumah lama kami itu bertukar wajah sebab dengar-dengarnya pemilik baru nak renovate lain..dan saya snap beberapa keping gambar buat kenangan. Oh, kenangan sedang perut membuyung tu saya gigih mengekor En. Wan memilih tiles, sinki, kepala paip, cat, lampu kipas supaya kena pada mata kami (err...mata saya sebenarnya hehehe).

Gambar-gambar ni...setelah kami angkut semua barang dan perkakas ke rumah baru..rumah ni sudah kosong.

 

Hall....

 

Entrance...

 

Ruang tengok tv kegemaran kami sekeluarga...tempat lepak...

 

Dari sini dah boleh nampak laluan ke dapur saya

 

My kitchen...tempat paling sentimental buat saya...kat tepi sliding door tu kami buat sedikit ruang untuk letak pokok-pokok macam daun pandan, daun kunyit, gantung pokok orkid pemberian emak saya dan emak mertua. Masa masak, terasa tiupan angin luar walaupun rumah ni lot tengah. Malah, dapur saya sentiasa cerah dengan sinaran mentari. Ini idea En. Wan yang paling saya suka. Tapi sayangnya, pakcik owner baru nak pecahkan dinding ni katanya sebab dia nak besarkan lagi dapur ni. 


Masa nak buat kabinet dapur ni, saya terlupa mengambil kira warna tiles dan warna coklat pada kabinet tu buat spoil sikit hehehe..

Sinki dan kalau nampak pintu warna hitam tu adalah pintu belakang (keluar)..so, saya tak letak tong sampah dekat dalam dapur untuk elakkan semut dan lalat datang. Saya letak tong sampah kat bahagian luar yang kami letak pokok tu. Nak letak kat luar rumah ada kucing dan anjing jiran lagi le haru. 

 

Wall sticker yang kami tampal kat laluan tangga. Beli kat belakang Lock In aje >>>sebut loken (orang Ipoh tau le ni)


Bilik air...



Selamat tinggal rumah nostalgia...semoga perpindahan kami ke rumah baru ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Amin...



Sunday 2 December 2012

Sofa L Shape vs Sofa 3+2+1

Saya dan suami (En. Wan) memang kerap berbeza pendapat dalam banyak perkara. Ye, umpama air oren bergas dengan nescafe panas hahaha. Segala aspek lah samada aspek pendidikan anak-anak hinggalah hiasan rumah. Makanan kegemaran dan juga cara berfikir kami selalunya berbeza. Suami saya tak suka kek coklat, tapi saya gila kek coklat. Suami saya suka kek cheese, tapi saya paling tak suka kek cheese. Tapi alhamdulillah, dengan segala perbezaan itu perkahwinan kami bertahan sehingga sekarang. Saya kira 'penawar'nya ialah dek kerana sikap beralah saya kot..eceh! (tangan di dada, mata ke atas).

Mungkin saya tidak sembangkan sangat kat blog ni bahawa kami dalam proses pindah rumah. Rumah yang kami beli ni rumah lama yang kami renovate semula hampir 90%. Insya Allah, dalam minggu hadapan dah boleh masuk rumah baru tu. Masa beli rumah ni pun saya dan suami berdebat juga, sebab saya mahu rumah baru yang dibangunkan oleh pemaju. Kalau kat Ipoh ni macam area Botani ke, Meru Raya ke...tapi suami pula lebih suka rumah lama (taman perumahan rumah baru kami ni ramai pakcik makcik sudah pencen rasanya) sebab menurutnya rumah lama besar dan luas. Susah nak dapat rumah luas seperti yang kami dapat sekarang (teres dua tingkat) dengan harga bawah RM200 ribu dan end lot pula. Suami pula suka xperesikan idea yang dia ada dengan design corak jubin, kat mana nak letak bilik air dan sebagainya. Pendek kata, sepanjang proses renovation rumah kami tu, suami umpama Eric Leong gayanya hahaha. Berbeza dengan saya, saya suka perkara yang simple dan tak semak kepala..beli rumah baru dan terima apa yang pemaju buatkan dan deco lah sendiri seperti yang diidamkan. Mudah kan..tapi di Ipoh, memang rumah teres dua tingkat end/corner lot rata-rata RM200 ribu ke atas dan akhirnya seperti biasa, saya beralah dan suami saya menangkan hahaha.

Dalam usaha memiliki rumah yang selesa tu insya Allah, saya dan suami mula berangan memiliki sofa baru. Misi kami bermula dengan meninjau kedai demi kedai dengan harapan dapat beli sofa baru dengan bajet yang kami ada. Tiba di kedai, saya dari awal sudah berangan-angan dan sudah plan mahu sofa 3+2+1 dan saya mahu sofa fabrik. Sebab ruang tamu saya luas tapi ada tiang seri di tengahnya. Suami pula mahu sofa L shape dan kulit sebab katanya sekarang sudah moden, orang pakai L shape dan sempat lagi perli saya "kuno lah awak ni sofa 3+2+1 zaman dulu je pakai". Cis! sentap I tau. Akhirnya, misi mencari sofa baru turut tersentap dan kami pulang dengan tangan kosong sebab masing-masing nak juga sofa yang dikehendaki hahaha.
 
Sofa idaman suamiku...(imej ehsan google)

 

Sofa idaman kalbu ku...(imej ehsan google)



Wednesday 28 November 2012

Kitaorang Tengok Wayang 6D

Assalamualaikum...

Abaikan sakit hati tak dapat upload gambar macam biasa. Saya menggoogle..memang lah jumpa blogger yang dah berjaya selesaikan problem ni. Antaranya akak ni tapi kena create email lain (gmail). Walau kena create gmail, tapi alhamdulillah dah settle. Thanks lah cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com . Keluar jugak lah peluh jantan I nih membuatnya. Setakat blog biasa-biasa macam saya ni, manalah banyak sgt saya upload gambar. Hmm...patah hatiku....huhuhu...

Ehem...

Ingat tak entri saya pasal Perpustakaan Raja Tun Uda dulu? Saya ada cerita pasal wayang 6D yang ada kat sana kan? kan? Hari tu kan saya dapat lah bawa anak-anak dan anak-anak sedara pegi tengok kehebatan wayang 6D tu. 

Saya pendekkan cerita :

Saya pergi start movie pukul 10.30 pagi. Maybe sebab hari ni Jumaat, org pun tak ramai lah.  Saya dan bebudak tu 5 org (En. Wan jaga anak kecik kat kereta) dengan 2 org gadis manis tak kenal je dalam tu. En. Wan pernah tgk dah movie 6D masa dia ke Singapore dulu.

Bayar RM10 seorang. Budak kecik dilarang masuk, pompuan mengandung jangan cuba masuk kang tercicir lak anak tu hahaha, org ada yg sakit jantung pun toksah masuk, trauma/gayat melampau pun dilarang masuk.

Wayang tu 15 minit aje. Masuk dalam tu kena pakai spek mata khas, duduk kat kerusi yang disediakan dan pakai seat belt. 

Pastu baca Bismillah, mengucap banyak2 sebelum start!


Pintu masuk 


Anak-anak buah yang sedang menunggu turn...tak lama pun...kami yg datang awal..

 

bukan sebab saja nak bergaya dengan kacamata 60an, tapi nak tgk wayang 6D pakai lah nih..

 



 

Duduk diam-diam dengan tenang...pakai seatbelt kalau tak ko terpelanting kot...



Refleksi :

Cerita/wayang yang ditayangkan adalah main roller coster. Jadi, perasaan dan debaran memang macam naik roller coster lah. Kalau coster tu menjunam ke bawah, seolah-olah real naik roller coster menjunam ke bawah di samping efek angin dan kerusi yang bergoyang-goyang. Tu sebab kalau takut, jangan tengok wayang 6D. Kecuali diaorg tayang cerita cinta muahahaha..


ok bye!!!







Friday 23 November 2012

Tak Boleh Upload Gambar Kat Blog !!!!

Sedang bergembira dan bersemangat nak update blog dengan gambar...tetiba keluar ayat ini :

whoops! you have run out of space. Purchase more storage.

Adoi..tersentap semangat.

Apasal dalam dunia ni semua nak guna duit? Cer bagi free sket...

Sekarang tengah nak study cara nak selesaikan masalah saya ni. Takkan nak delete gambar dalam picasa web album kot. Sayanglah nak delete. Penat upload dulu.

Ok, nak study cara nak upload gambar dalam blog secara free.

bye!

Tuesday 20 November 2012

Cukupkah Sekadar Doa?

Assalamualaikum...

Sekarang ni paling meruntun jiwa bila tengok berita kat TV. Memang menyumpah lah saya kat tentera Israel terkutuk tu. Saya sedih terutamanya bila melihat anak-anak kecil jadi mangsa korban. Memang kurang ajar betul lah. Tadi menggoogle lah baca artikel-artikel dari blogger lain tentang kisah Palestine dibedil Israel sekarang nih, akhirnya yang menarik perhatian saya ialah ini :

Sumber dari : http://www.ilmi-islam.com

Seantero dunia hari ini maklum akan ujian yang diturunkan Allah Ta’ala buat umat Islam di Gaza, Palestin. Berjuta-juta peluru oleh pihak Israel menghujani bumi Gaza dan limpahan darah turut membasahi bumi para anbiya’ itu. Para mujahidin ramai yang gugur sebagai para syuhada’. Namun, masih ada usaha supaya saudara di Palestin diselamatkan dan masih belum terlambat untuk melakukannya. Saat saudara seaqidah sedang diuji di sana, jutaan umat Islam di sini menghadiahkan doa buat mereka. Benar bahawa Israel menyerang mereka menggunakan senjata, namun, mereka lupa bahawa kita yang merupakan saudara seaqidah kepada mangsa yang dikejami turut menyerang mereka. Melalui apa? Melalui doa. Bukankah doa itu senjata mukmin?
 “Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya, orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir ayat 60)
Walaubagaimanapun, tidaklah hanya doa semata yang harus ditembak buat saudara seaqidah kita di sana. Sedangkan dalam Al-Quran, telah Allah katakan:
“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)
Setiap doa harus diiringi dengan usaha. Seperti hendak menduduki peperiksaan, bukankah kita akan berusaha sehabis baik dahulu dengan membaca buku, mengulangkaji pelajaran, berjumpa para guru, bertanyakan apa yang tidak faham serta berjuang habis-habisan supaya kita faham akan ilmu yang kita pelajari. Kemudian, kita berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan ketika menjawab kertas peperiksaan. Akhirnya, dengan usaha yang baik itu, doa dimakbulkan lalu mendapat keputusan yang cemerlang. Lihat. Takdir buat kita akan berubah mengikut keadaan bagaimana kita mengubahnya melalui usaha dalam kehidupan seharian kita. Jelas bahawa usaha mendahului doa. Dan sekarang, soal diri kita. “Apakah cukup dengan sekadar berdoa buat saudara Islam kita di bumi Palestin sana?”
Justeru, apa yang harus dilakukan sekarang? Baiklah. Sebelum itu, mari kita renungkan bersama kisah di bawah ini.
Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. Ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di masjid,” kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “Kenapa?” Dia pun menjawab “Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.” Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.” Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan ramai yang masih tidur. Jika solat subuh boleh ditunaikan, maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan. Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam boleh meninggalkan solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka Allah SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.
Sedarkah kita tentang hal ini? Bangunlah dari lena. Ini bukan gurauan, namun kenyataan. Kenyataan ini yang harus kita sebagai umat Islam hadapi. Inilah usaha yang harus kita semua lakukan selain hanya berdoa semata. Berusahalah menunaikan solat secukup waktu. Bermula dari Subuh hinggalah Isyak. Dan yang paling diutamakan adalah solat subuh berjemaah. Tidak rugi wahai saudaraku semua jika kita melakukan solat subuh berjemaah. Yang penting, hati perlu cekal dan kuat berlawan dengan nafsu.

Saya copypaste yang ni aje. Ada panjang lagi artikelnya korang boleh pegi website tu terus untuk baca ye. Tapi dari kejauhan ini kita hanya mampu berdoa saja untuk mereka dan marilah kita meramaikan jemaah solat Subuh di masjid/surau.



Tembok Gaza















 -gambar ihsan google-

Saturday 17 November 2012

Mari Minum Petang Dengan Cucur Jagung


Saya kekenyangan makan kenduri tadi. 

Pergi kenduri lalu terjumpa saudara yang sama-sama main masak-masak dengan saya kecik-kecik dulu.

Dulu dia biasa-biasa aje, masa zaman sekolah pun dia biasa-biasa aje. 

Tapi tadi setelah sekian lama tak jumpa setelah sama-sama sudah beranak pinak, saya terkejut tengok perubahan ketara pada diri dia. Wah, ohsem! dia semakin cantik gaya ala-ala personaliti TV3 gitew...memang cantik walaupun sudah ada anak dan umur pun sudah menginjak pertengahan 30-an (Ya Allah, aku sudah pertengahan 30-an.. *nanges*)

Last time saya jumpa dia masa dia kahwin dengan bisnesman hebat. Masa tu dia pun kerja kat syarikat korporat bla bla bla. Tapi tadi saya memang terpaku lah sebab kagum dengan kepandaian dia menjaga rupa paras dan bentuk badan. Eh, apa rahsia ko ye? kagum betul aku. Jeles huhuhu..stress huhuhu...

Jadi, terlampau kagum sampai sekarang rasa nak diet tak mau makan...jadi, lepas ni hanya nak makan cucur jagung ni je. Ok, melampau dah ni.


Resepi dari Kak Nannie. (alamak, sori lah saya dah tak jumpa link ke blog tu). TQ kak! saya cuba resepi akak ni.

Bahan :

2 cawan tepung gandum
3 batang jagung
1 biji bawang besar (saya potong dadu)
2 genggam ikan bilis (saya kisar kering halus)
1 biji telur
2 cawan air
garam 

* untuk kesan rangup. boleh tambah sedikit soda bikabornat
* Boleh letak udang segar juga

Cara-caranya :

Campur semua bahan tadi dan gaul rata. Gorengkan.

 



Jemputlah makan ye...




Dapur Omputih

Jam dinding sudah menunjukkan angka 2 pagi . Cewah...ayat pertama macam nak buat cerpen seram. Sebenarnya saya tak leh tido. Pukul 8.30 tadi saya dah bawa Adam dan Fatihah naik bilik tido. Jadi dengan saya terlelap sama lah. Sedar-sedar je masa cik abg masuk bilik, udah tgh malam dan saya masih belum solat Isyak. Apalagi, bangun balik la. Perut pun rasa lapar, jadi cari benda segera yang boleh dimakan...wakaka saya goreng daging burger DUA KEPING! ngap...pastu terus mata segar bugar.
Nak pulak laptop dengan broadband ada atas meja. Macam saja minta saya online tengah-tengah malam pagi ni. Saya menggoogle dengan perkataan 'my kitchen' kat bahagian images. Saja je sebab aura nak pindah rumah cuti ni. Oh ye, saya beli umah baru. Umah tu bukan rumah baru bina oleh pemaju. Tapi kami beli dari owner lama dan renovate lah apa yang patut. Ikut suka hati dengan bajet kami yang tak seberapa ni. Bila dah tukar jubin, pecah dinding dan sebagainya...banyak jugalah simpanan yang dah terkeluar. Yang nak masyukk punya lah susah kannnn...tapi syukur alhamdulillah dalam usia belum lagi masuk 40 kami sudah ada rumah sendiri seperti yang kami idamkan. Insya Allah dalam tempoh cuti akhir tahun ni kami berpindah dan bye bye rumah lama yang sudah kami jualkan pada sorang uncle geng surau En. Wan. Wah...geng surau giteww..
Oh, hasil dari google tadi saya terjumpa lah dapur gaya omputih. Saya ni penggemar cerita omputih walaupun BI saya hampeh juga kadang kala. Cerita melayu saya kureng sikit. Apa kaitan lak ni padahal nak cerita pasal dapur omputih. Kalau tengok Desperate Housewives cer korang tengok dapur diaorang, saya sukaaa... Memang lah nampak berserabut dengan banyak kelengkapan dapur digantung tapi pada saya itu memang sifat dapur. Kita masak hari-hari. Kalau saya lah, masak sarapan, pastu masak utk lunch, tetiba teringin cucur bawang petang-petang... masuk dapur lagi. Tak ke memang dapur lah duniaku huhuhu. Kalau dapur yang saya tengok lapang je atas slap kabinet tu..macam tak logik lak. Diaorang sorok tang mana perkakas dan rempah ratus segala..sehingga kini rasa misteri hahaha. Tapi, kalau dapur terlampau berserabut sangat pun saya tak berkenan.
Ni saya jumpa kat blog omputih nih, biasalah dapur omputih ni ada yang suka main dengan warna garang. pastu banyak lah pinggan mangkuk serta teko enamel kat situ. Tapi bila tengok balik, ala-ala Ikea punya konsep dapur.






Cuci mata boleh la..tapi saya maybe cuba letakbarang yang penting-penting je dan senang nak capai kat atas slap kabinet tu.
Tapi yang penting macam mana pun dapur ko...mesti bersih lah kan...

Eh, saya jumpa gambar-gambar ni kat blog ni.

Bye...stress nya tak mengantuk2 lagi nih...huwaaa..stress!



Thursday 15 November 2012

Kek Kukus Lapis Masam Manis

Salam Maal Hijrah semua...

Hari ni saya buat kek lapis. Sebenarnya hari tu masa jumpa kawan En. Wan, secara bergurau En. Wan cakap lah kat kawan dia yang saya tau buat kek lapis sambil kenyit-kenyit mata kat I. Cis, ni saja je nak cabar saya sebenarnya sebab saya dah lama sangat tak buat kek lapis ni since kahwin lagi. Dolu-dolu time muda remaja ada lah jugak buat kek lapis tapi saya ni tak rajin lah nak ratakan kek tu line dia kurus-kurus je cantik macam pakar-pakar kek buat. Resepi kek masa tu saya dapat dari kawan kat Sabah nama Kak Yan. Dia memang jaguh di dapur antara kami semua la. Asal raya je memang saya akan buat. Kalau malas nak lapis, saya buat jadi kek corak zebra pastu kukus. Dasar pemalas aku ni. Kertas resepi kek tu yang saya tulis tangan sekarang entah kemana, maybe dah secara tak sengaja ter 'tereban' (loghat Perak yg maksudnya udah kena buang/campak) masa pindah rumah dulu.

Akhirnya, baru-baru ni masa menjenguk blog Kak Diana @ Melly Mey  terjumpa lah resepi Kek Lapis Masam Manis ni. Konon-konon nak membuktikan pada suami ku itu bahawa aku pernah buat kek lapis la...bukan tipu punya.

 

walaupun rupa paras I tak jelita..tapi I sedap ye..err, kek tu.



Resepinya kredit utk Kak Melley Mey .


Bahan :

5 biji telur
2 cawan biskut Cream Crackers yang telah di kisar halus
3/4 cawan gula halus
1 cawan mentega
1/2 tin kecil ( yang 388g tu yer ) susu krimer manis. Kak Melley guna Cap Junjung, saya guna cap Teko.
1 tsp esen vanilla
1 tsp baking powder
 Haw Flakes secukupnya Saya beli yang bulat-bulat 10 ketul RM0.90 kat kedai tempat saya
Pewarna hijau, merah dan kuning Saya 2 kaler ajer


** Untuk sukatan cawan.. Besar cawan yg di pakai = cawan tu bila di isi dengan air ..1 cawan = 7 oz air. 

Cara-cara
  1. Didihkan air kukusan sebelum mengukus kek dan tutup penutup pengukus dengan aluminium foil semasa mengukus kek.
  2. Mentega dan gula di putar sehingga kembang.
  3. Kemudian masukkan telur dan putar lagi
  4. Campurkan baking powder dan putar. Masukkan pula susu krimer manis dan putar sebati.
  5. Setelah itu.. masukkan biskut kisar dan esen vanilla. Putar hingga adunan sebati.
  6. Bahagikan adunan kepada 3 bahagian. Warnakan setiap bahagian dengan warna yang berbeza.
  7. Ambil sedikit adunan merah.. ratakan di atas tin pembakar yang telah di lapis dengan aluminium foil. Kukus sehingga masak. Setelah adunan merah masak.. cucuk beberapa lubang dengan lidi. Tekan secara lembut dengan sudu plastik.
  8. Lapis dengan haw flakes dan lapis lagi di atasnya dengan warna kuning. Buat begini sehingga adunan habis.
  9. Masuk peti ais boleh tahan lama dan lagi sedap.



Wednesday 14 November 2012

Laksa Sarawak

Assalamualaikum bloggers dan pembaca blog saya ni..

Kelmarin sajalah buat makan-makan ajak famili saya datang umah dan kebetulan juga bapa saudara sebelah En. Wan nak datang rumah ambil opah. So, pagi-pagi En. Wan request lah saya masakkan laksa sarawak. Actually saya tak pernah gemar pun laksa sarawak ni walaupun pernah tinggal kat Sabah bertahun-tahun dan banyak kali berkursus di Sarawak. Seingat saya first time makan masa beli kat bazar ramadhan di Sabah dulu. Pastu terus tak suka sebab rasanya ala-ala macam herba org dalam pantang gitew....

Tapi bila kahwin, ada mak kepada sorang kawan En. Wan ni kalau raya atau apa-apa majlis kat rumah dia mesti ada laksa sarawak. Menariknya, laksa sarawak dia sangat lah sedap! serius sedap. Bila tanya-tanya, dia guna pes segera yang dibeli online. Pastu ada lah dia ckp masuk itu ini sikit nak kasi sedap lagi.

Raya Aidiladha hari tu En. Wan pesan kat sorang kawan dia yang kebetulan nak ke Sarawak, sekali dia beli sampai 4 peket pes laksa sarawak Hj. Manan. Tq lah...jenuh saya mencari resepi melayan tekak suami.

So, tak rugi berkongsi imu yang tak seberapa nih...ini lah laksa sarawak I..hehehe

 

Resepinya boleh dapat dari peket pes Hj. Manan. Tapi saya ambil dari Kak MaDiHaA

Bahan Untuk Kuah Laksa
1 peket (200g) perencah laksa sarawak Hj Manan

500 gm udang segar ~ dicuci bersih tapi jangan buang kulitnya 

1 ketul dada ayam / boleh gantikan dengan kiub ayam 

2 batang serai ~ diketuk

500 ml santan atau guna santan kotak 400 ml + 100 ml air

2 liter air biasa

garam secukup rasa


Bahan2 Tambahan Lain

1 peket meehon (400 - 500 gm) ~ dicelur hingga lembut & tos

Taugeh secukupnya ~ dicelur sebentar

Daun ketumbar ~ untuk hiasan

4 biji telur ~ dijadikan telur dadar, digulung & hiris 

beberapa biji limau kasturi ~ dibelah 2 & buang biji


Bahan2 Sambal

5 biji cili merah

6 biji cili padi

sedikit belacan


Cara2

1. Jerang 2 liter air bersama2 dengan 1 ketul dada ayam tadi. Tunggu hingga ayam masak. Masukkan pula udang bersama2 dengan kulitnya dan biarkan hingga udang masak. Angkat isi ayam & udang lalu toskan. Ketepikan & tunggu hingga ayam & udang sejuk.

2. Sementara itu.. dalam air rebusan ayam & udang tadi.. masukkan serai yg diketuk serta perencah laksa sarawak Hj. Manan tadi. Kacau rata.

3. Biar hingga kuah mendidih. Masukkan pula garam & santan***. Kacau sentiasa hingga kuah masak. Rasakan kuahnya biar secukup rasa. Tutupkan api.

4. Isi ayam rebus tadi disiat2kan halus2 & kopek kulit udang dan letakkan berasingan semasa menghidang.

5. Sediakan pula sambal dengan menumbuk semua bahan2 sambal.


Cara Menghidang Laksa Sarawak

1. Hidangkan meehun yg dicelur tadi bersama2 dengan isi ayam, isi udang, telur dadar yg dihiris, taugeh yg dicelur dan curahkan kuah laksa secukupnya.

2. Taburkan dengan daun ketumbar, sambal belacan & perahkan limau kasturi. Sedia utk dimakan.

*** Saya tambah sikit santan tadi dengan sedikit susu cair dan masuk juga 1/2 kiub ayam knorr walaupun sudah ada ayam. 





 

pes iteww...(^-^)


Tuesday 6 November 2012

Bila-bila Masa Saja Nikmat Hidup Boleh Ditarik Balik

Assalamualaikum...

Background baru...tukar lagi kan...vintage le sangat konon...saya suka tak kisah le kan. Hari ni hari kedua SPM. Alkisahnya saya menggantikan kawan yang sedang cuti bersalin sebagai setiausaha SPM sekolah. Mula-mula macam senang je kot tugas ni sebab kawan saya tu dah settle banyak dah sebelum dia bersalin. Tapi alamak aih...dapat ketua pengawas yang fussy (pompuan biasa la kan...) dan garang grrr...terus saya jadi stress. Huwaaa..stress sungguh. Tapi tak pelah, saya anggap ni ujian serta kafarah kot untuk saya.

Bersembang pasal SPM ni saya nak cerita sesuatu kat uolss..last week saya dapat berita melalui FB yang student saya SPM tahun lepas telah terlantar di hospital kerana kanser saraf. Kata ibunya sudah stage 3. Saya dan dia agak rapat jugalah sebab 2 tahun saya mengajar di kelasnya. Budaknya pun baik. Bukanlah jenis bermasalah nak huha sana huha sini. Tapi tu lah kan, yang baik ni lah yang Allah sayang. Jadi hebatlah dugaannya. Saya dan kawan-kawan pergilah melawat beliau di hospital. Mula-mula sampai tu saya terkedu+sedih bila melihat keadaan beliau. Saya tahan air mata supaya tidak menitis sebab tak mahu ibunya juga sedih dan patah semangat. Seolah-olah bukan dia budak lelaki yang pernah saya lihat dulu.

Bila melihat semua ni buat saya tersedar bahawa semua yang ada pada kita sekarang ni adalah bersifat sementara. Kesihatan, kecantikan dan keupayaan kita, bila-bila masa saja boleh ditarik balik. Kalau semalam kita cergas dan sihat, belum tentu hari ini dan akan datang kita kekal begitu. Senang cerita, pengajarannya janganlah sombong dengan apa yang kita miliki.

Saya berdoa agar pelajar saya itu sihat semula dan dia kuat semangat apatah lagi dalam menghadapi proses kimoterapi itu. Itu je pun yang mampu saya lakukan untuk dia disaat-saat genting ni. 

 

gambar ihsan google images


 

Sunday 4 November 2012

Gulai Terung Ikan Masin Tumis Darat

Assalamualaikum..

Perlu mengupdate dengan cepat serta 'berukband' saya yang slow ntah kenapa maybe sebab sekarang tgh hujan. Ada kena mengena ke tak hujan dengan tahap kelajuan 'berukband' saya nih. O...bila dah slow pandai lah nak beruk beruk kan benda tu ye.

Pagi tadi saya ke pasar dan akhirnya beli lah terung bulat dengan ikan masin yang saya tak tau nama apa ikan talang or whatever lah. Asalkan dia ikan masin hahaha.

Lalu balik ke rumah test power kesedapan gulai kari yg di tumis darat nih. Sumber resepi dari


sila kira berapa terung yang ada dalam gulai saya ni...(^-^)


1/2 ekor ikan talang masin yang sedang - di kerat kerat
2 biji terung - (akak guna terung bulat) di belah 4 dan di tengah terung di belah x putus
2 sb kari ikan
1/2 cawan santan pekat
air secukupnya
sedikit garam

masukkan ikan masin yang di kerat ke dalam periuk. di ikuti dengan serbuk kari, santan, air secukupnya lalu di jerangkan di atas api hingga mendidih. masukkan terung dan garam.*(hati hati sebab ikan masin dah masin). masak hingga terung empuk. tutup api dan ketepikan. 

sementara tunggu mendidih sediakan bahan untuk di tumis seperti berikut :-
1 biji bawang besar - di mayang
1 st rempah campur
2 tangkai daun kari
sedikit minyak menumis
* 1 ulas bawang putih }jika suka
* sedikit halia            }

 panaskan minyak di dalam kuali tumiskan semua bahan hingga wangi. bila dah kekuningan angkat kuali lalu di dicurahkan semua ke dalam periuk tadi bersama dengan minyaknya sekali.
lalu tutuplah periuk lebih kurang 5 minit.
setelah itu buka tutup periuk, kacaukan sebati gulai tumis darat ini hingga sebati.
bolehlah di hidangkan.
ok..saya copy bulat-bulat je dari blog tu hahaha...mengantuk sangat nih...
Tapi..ni memang sedap dan memang bertambah nasi saya makan tadi.

Wednesday 12 September 2012

Sakan Renovate

Assalamualaikum...

Pulang dari sekolah kebiasaannya saya terus bergegas menyalin pakaian dan ke dapur. Itu rutin saya kerana apa-apa hal pun saya perlu sediakan makanan untuk suami bila dia pulang dari pejabat nanti. Bukan perlu masak yang hebat sangat pun, sekadar dua menu pun sudah memadai untuk dinner kami (makna dinner bagi saya dan suami adalah makan mlm dalam pukul 6 -7pm).

Jiran sebelah rumah saya sedang rancak renovate rumah. Hampir 90% rumah beliau dalam proses pengubahsuaian. Sedang leka memasak tu saya terkejut dengan bunyi baldi jatuh di tepi dapur rumah saya. Terkejut jugak bila terpandang bancuhan simen yang bersepah atas lantai dan dinding serta tingkap dapur saya. Adik (adik atau abang entahlah..) kontraktor yang buat kerja tu lekas-lekas menjerit "kak, nanti saya cuci lepas ni" tanpa meminta maaf. Saya yang tak mahu bising-bising kerana ketika itu suami tiada di rumah menggangguk aje lah. Saya teruskan kerja sehinggalah suami pulang dari pejabat. Simen yang tumpah semakin mengeras, tapi adik kontraktor tu tak juga-juga datang. Akhirnya suami yang bersihkan kerana takut simen tu keras dan tak boleh ditanggalkan lagi.

Terasa macam nak minta jiran sebelah ganti cat semula kerana banyak kerosakan berlaku pada rumah kami sejak kerja-kerja pengubahsuaian rumah jiran tu dibuat. Tu belum lagi 'penderaan emosi' yang kami terpaksa harungi kerana kontraktor tersebut buat kerja hingga lebih pukul 6 petang. Kadang-kadang lajak sampai ke malam. Malah, hari cuti Sabtu dan Ahad pun mereka bekerja juga. Memang sepanjang tempoh ini saya dan keluarga terpaksa dengar bunyi orang menggerudi dan menukul.

Saya juga pernah renovate rumah dulu, tapi suami memang letakkan syarat kerja-kerja tu mesti dihentikan sehingga pukul 5 petang sebab menghormati jiran yang kebanyakannnya sudah pulang dari kerja. Begitu juga pada weekend dan public holiday. Mahu membina tembok pagar pun kami bertanya persetujuan jiran jika membabitkan rumah mereka.

Saya tidak salahkan jiran saya dalam hal ini..bukan salah beliau pun. Apatah lagi jiran ini jiran baru saya. Tapi sepatutnya kontraktor tersebut perlu lebih berhati-hati dalam kerja-kerja yang dilakukan. Kalau kerja yang dibuat teliti dan hasilnya cantik, pasti ramai lagi pelanggan yang akan meminta khidmat. Kalau buat kerja kasar dan tidak peka pada hak orang lain, kami pun tak rekomen kan mereka pada orang lain. Betul tak? fikir-fikirkan lah.

wallahualam..

 

Alhamdulillah...kalut-kalut pun ini je lah yang dapat saya sediakan untuk dinner kami.
Bergedil (resepi dah pernah bagi), Sayur kacang buncis ditumis dengan daging, Gulai lemak telur masin (resepi pernah tempek kat sini) dan sosej untuk anak-anak. 


Saturday 1 September 2012

Muffin Coklat Untuk Jamuan Hari Raya

Apa la tajuk...jenuh pikir ini yang keluar..

Makanya entry kali ini lebih banyak gambar dari cerita berjela. 

Hari Khamis lepas kelab guru dan staff sekolah saya buat jamuan raya. 

Kitaorang makan-makan tengah hari. Juadah tambahan masing-masing dipersilakan bawa dari rumah atau kedai untuk banyakkan lagi juadah kat meja tu.

Yang bestnya masak-masak lemang juga. Lemang sangat sedap dan lembut.

Saya bawa muffin coklat. Senang nak buat muffin ni.





 


Ini muffin coklat yang saya buat...