Tuesday 27 March 2012

PUDING LAICI STRAWBERI

Beberapa hari ni saya diduga dengan ujian yang cukup mencabar. Sebab tu saya agak malas nak update blog. Tiada mood untuk buat itu dan ini dan kesihatan saya juga agak kurang memuaskan. Hari ni juga macam tu. Tiada perubahan. Saya kehilangan selera makan yang dulunya membuak-buak. Malam tadi pun seperti beberapa hari yang lepas, saya tidak menjamah makan malam walau secubit pun. Pagi hanya beralaskan sedikit saja sarapan. Tiada makan tengah hari kerana tiba-tiba perut terasa seperti kenyang. Oh, apa yang saya merepek nih. Baru Allah duga sedikit saya sudah seperti mahu mati sbb tiba-tiba jadi tak suka makan.

Masalah memang takkan selesai..jadi lebih baik saya teruskan hidup seperti biasa. Berserah pada yang Maha Esa kerana tiada org lain yang boleh membantu saya kala ini kecuali Allah. Saya yakin..ada rahmat Allah disebaliknya. Saya tidak tahu..saya akan laluinya saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk menimpa.

Beberapa minggu lepas, ipar saya sekeluarga bertandang ke rumah dan ini antara menu hidangan yang saya jamu pada mereka seikhlasnya. Sebab tiada mood hari ni, jadi saya malas nak cerita panjang lebar.


Resepinya :
Sumber saya ambil dari sini. TQ!

Bahan-bahan:

600ml air
300ml sirap laici dalam tin
200ml susu cair
180gm gula
100gm buah laici - dicincang
20gm agar-agar kering - direndam sebentar

Bahan sos raspberi:

2 sudu makan jem raspberi
2 sudu makan madu
4 sudu makan air

Method:

1. Rebus agar-agar bersama air dan gula hingga semua bahan larut.
2. Kemudian tapiskan dan tuangkan kembali ke dalam periuk.
3. Tambahkan sirap laici dan juga susu cair. Biarkan mendidih dan tutup apinya.
4. Masukkan cincangan laici dan tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dan potong mengikut citarasa.
5. Untuk membuat sos raspberi, satukan kesemua bahan dan panaskan di atas api hingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Tuangkan ke atas puding laici tadi.

P/s : Memandangkan saya takut mereka terkejut masa makan sbb terlalu manis (maybe), jadi saya kurangkan sukatan sos raspberi tu. Sbb tu saya punya puding ada calit-calit aje sos tu. Tapi alhamdulillah, laju mereka makan.

: Tak tau nape nama puding nih strawberi padahal guna jem raspberi. Maybe empunya resepi saja yg tau sbbnya.




Last sekali...ni yang kawan saya bagi dan nasihatkan saya amalkan surah ni waktu ditimpa kesusahan. Hanya Allah tempat kita mengadu.

Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
(Surah Al-Baqarah : 286)

Duhai hati..tabahlah dikau..

 


Thursday 15 March 2012

TELUR MASIN GULAI KUNING


Hari ni dah Khamis...cepat benor masa berjalan sekarang nih. Saya kata gini sebab tension Isnin depan dah start keje balik. Tension sgt la konon tu. Ye..seronok sebenarnya berada di rumah jadi suri rumah sepenuh masa. Saya selalu berangan macam tu. Kadang-kadang saja mengusik En. Wan ckp yg saya nak berenti keje. Tapi dalam hati dibuatnya En. Wan tetiba kata "ok!", tak ke gelabah kan. Fikir juga banyak kali nak berenti nih sebenarnya. Tapi serius lah..saya mmg nak jadi suri rumah sepenuh masa aje. Cita-cita - saya nak jadi suri rumah tangga sepenuh masa. *kalo ckp cenggini kat cikgu masa sekolah2 dulu, memang kena cepuk dah ngan cikgu tu kan*

Hari nih saya masak utk tengah hari antaranya lauk Telur Masin Gulai Kuning. Resepinya saya campak-campak ikut apa yg terlintas kat kepala. Banyak kali dah buat bila ada stok telur masin kat umah. Resepinya kat bawah nih. Kalau suka boleh cuba ye. 

Bahan : (untuk skala kecil family saya)

3 - 4 biji telur masin
4 biji cili padi (boleh kurang kalau tak nak pedas sgt)
Sedikit kunyit hidup atau serbuk kunyit sbg pewarna
Santan
4 btg kacang botor/kelisa (tak ada pun tak pe, hari ni saya tak letak pun)
2 ulas bawang merah
1 asam keping

Method:
  • Mula-mula tumbuk dulu kunyit hidup.
  • Hiris bawang merah dan patah-patahkan cili padi tadi.
  • Masukkan bahan-bahan kunyit+bawang merah+cili padi dalam periuk bersama santan tanpa minyak.
  • Masukkan asam keping.
  • Biarkan mendidih sambil dikacau supaya tidak pecah minyak.
  • Masukkan telur masin sebiji demi sebiji. Jangan kacau sampai telur tu pecah.
  • Bila telur hampir keras, boleh masukkan kacang kelisa tadi.
  • Masak hingga pekat seperti yg dikehendaki. Kalau dah masin tak perlu letak garam.

Wednesday 14 March 2012

Kek Butter

Wewiittt..
Hari ni saya adalah pertama kalinya buat kek butter tau. Dulu ingat lagi masa kecik-kecik kek ini sgt glamer kalah pavlova okeh. Saya ingat time raya atau kenduri kat kampung belah mak saya, sepupu-sepupu saya yang time tu dah jadik anak dara akan buat kek ni bila raya dan saya setia berada di tepi mangkuk adunan tu tunggu hint boleh jilat sikit adunan tu mentah-mentah. Fuh! sedap ye. (^-^)

Try untuk first time..so, saya tak reti nak bajet-bajet suhu oven saya dengan betul dan anda boleh lihat terjadinya 'kegaringan' atau bhs kasarnya sedikit 'kehangusan' kat bhgn atas kek tu hahaha. Tapi rasanya walah! saya seolah-olah kembali ke zaman kecik-kecik dulu. Tambah-tambah lepas kuar oven tu saya terus ngap masa panas-panas..memang sedap. Resepinya simple aje.

Untuk makluman, penyediaan kek ini dibantu oleh anak dara saya sorang nih..bila dah masak tu terus nak potong macam kek birthday dia konon. 



nampak? berdiri atas kerusi tu..*sila jangan saman saya sebab saya berdiri kat tepi dia ek* hehehe.

Resepinya kat bawah ye. Sumber asal dari Kak Nani Rostam. Tq kak!

Bahan:
8oz majerin planta
6oz gula castor
6oz tepung naik sendiri
4 biji telur
2 sudu teh esen vanila
1/2 cawan susu pekat manis

Method:
  • Panaskan oven 180 darjah celsius
  • Lapikkan loyang dengan kertas minyak.
  • Pukul majerin dan gula kastor hingga kembang. (saya guna planta)
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji.
  • Pukul lagi.
  • Masukkan esen vanila.
  • Masukkan tepung yang sudah di ayak.
  • Gaul rata.
  • Masukkan susu pekat manis.
  • Gaul rata.
  • Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan tadi selama 30 minit atau kurang.


Okeh bebeh..nak tido!

Friday 9 March 2012

Jom Intai Dapur Orang Lain...

Ye...hari nih kita bercerita pasal dapur idaman ye. Bercakap soal rekabentuk dapur nih rasanya semua wanita ada impian gaya dapur masing-masing. Ada yang suka gaya klasik, ada pulak yang suka gaya moden, gaya ala-ala kampung melayu lah..pendek kata, dalam kepala masing-masing ada dah rekaan dapur yang terpendam atau dah berjaya dimiliki. Yang penting..dapur anda tu berasap atau tak aje..kalau dapur cantik, mahal sampai mencecah kos yang beratus ribu pun..tapi sekadar untuk hiasan aje..tak dapek mokcik nak tolong. 

Saya pun ada juga dapur idaman..ehem..ehem..nak jugak interframe. Oh, mesti lah..dapur tu umpama 'wilayah' saya. Bak kata Kak Mina kat header blog dia: http://daridapurmina.blogspot.com/ 

Dapur adalah jantung sesebuah rumah. Semangat dapur perlu dihidupkan dengan jiwa, kasih dan sayang. Tiga ramuan ini penting untuk menyedapkan masakan.

Saya sangat tertarik dengan dapur gaya country. Memang meleleh air mata lah kalau tgk dapur ala-ala macam nih. Dapur gaya inggeris, kedesaan inggeris...memang mudah buat saya teruja. Maybe saya tak dapat dok kat England, dapat feeling2 dapur macam kat England pun jadilah kan. Ok, jangan merepek.

Kata En. Wan dapur cenggini nampak sarat. Hmm...tak dinafikanlah memang kalau tak kena gaya akan nampak sarat dan semak. Nak dapur masak ke, nak wat stor nih? hmm..cenggitu lah lebih kurang. Saya suka gaya kedesaan inggeris yang tak sarat. Tapi elemen inggerisnya ada..wah..menanges baca ayat nih!

Gambar-gambar dapur yang saya letak nih semuanya bukan dapur umah saya hahaha..saya copypaste dari google images. Jadi disebabkan banyak..tiada link spesifik dapat diberi..mintamaaflahtuanlamanwebataublog. 


Yang ni ala-ala macam dapur saya design rekaan En. Wan kesayangan. Sila jangan terperanjat beruk wahai kawan-kawan kerana dapur saya yang saya hias tu tak menjadi secantik ini. Kerana maybe saya 'kerastangan'. Lebih kurang ginilah En. Wan reka buat sliding door kat tepi dapur tu untuk dia menghirup susu Anlene kegemaran sambil memandang pasu bunga tanamannya.


Alamak..terasa nak tekan butang like 100 kali untuk nih.


Yang ni pun..kemas aje...walaupun ada banyak barang...saya rasa meja pulau tu memang elemen penting kot kalau stail country nih. Tapi dapur saya tak besar mana..



Lupa mana saya amik gambar nih..tapi pernah juga ternampak dalam majalah Anjung Seri kalau tak silap. Saya suka. Like..like..huhuhu. Barang deco dia punyalah banyak. Tapi tetap nampak kemas. Ni kalau anak-anak saya masuk dapur nih..abis dah pecah kot barang-barang tu. Jadi, pendamkan dulu sampai diaorg dah akil baligh! hahaha.



opps!!! (^_^)

Tapi apa pun..semuanya memerlukan kos..betul tak? atau maybe juga kalau pandai bermain dengan benda yang sedia ada...boleh juga jadi seperti yang diidam-idamkan. Yang penting, bersyukurlah dengan apa yang kita ada sekarang. Alhamdulillah. Berangan tetap berangan..tak perlu kos..hehehe..



bye...Selamat bercuti wahai student ku! 


Thursday 8 March 2012

Saja Nak Try


Lama dah saya bercadang nak letak kek batik yang saya try buat nih dalam blog saya nih. Tapi tertangguh-tangguh sbb actually tak menjadi sangat..saya kata tak jadi sangat sbb rupanya yang tak kemas tu hahaha..tengoklah gambar...*anda sendiri boleh menilainya* (^_^)

Kek batik ni selalunya org buat guna milo kan..kan? tapi hari tu saja menjengah blog akak Melley Mey, tengok dia buat guna horlicks. Saya pun teringat lah kat rumah saya nih ada horlicks yang jarang-jarang berusik. Rasanya setengah balang pun tak jejas horlicks tu. Mula-mula beli dulu ada la si Aisyah dan Alif tu kejap-kejap minta air horlicks, kejap-kejap nak air horlicks...tapi sekarang haram mandang. Jadi saya pun tak nak le membazirkan horlicks tu, then cuba le try resepi nih. Rasanya kalau mengikut pandangan tekak saya nih (???), saya prefer lagi kek batik biasa tu (milo). Maybe sbb saya sendiri pun gilakan apa jua jenis coklat kot. Sbb yang ni rasanya lebih manis. Fatihah dan Adam mengangkut choc rice kat atas tu je. 

Jom, kalau sapa nak try..ni resepinya..cikedautttt..(cuba bersuara seperti isteri Yusry KRU Lisa Surihani) *peace*

KEK BATIK HORLICKS (sumber : Sky Blue's Kitchen)

Bahan-bahan:

6 biji telur
250gm mentega
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan gula
1 1/2 cawan horlicks
2 cawan Nestle nestum original (optional)
1 tin kecil susu pekat (388 gm)
Biskut Marie perisa coklat
Choc rice secukupnya
Dark choc secukupnya

Cara-cara :

  • Pukul gula bersama mentega sehingga kembang
  • Masukkan telur dan pukul lagi sehingga sebati
  • Masukkan susu pekat dan pukul lagi
  • Tambahkan tepung gandum, nestum dan horlicks...pukul adunan sebati
  • Masak adunan sebati dan hingga betul-betul pekat macam dodol dah masak
  • Sediakan loyang yang telah dilapisi dengan aluminium foil
  • Letak adunan rata (laipsan 1)
  • Susun biskut marie tanpa perlu dipatahkan berselang seli dengan dark choc (lapisan 2)
  • Letak adunan semula rata (lapisan 3)
  • Susun biskut marie dan kali ni boleh dipatah-patahkan berselang seli dengan dgn dark choc (lapisan 4)
  • Ulang hingga adunan abis
  • Taburkan choc rice diatasnya dan masukkan dalam peti ais sebelum dipotong
Sebelum tamat entry hari nih..saya nak ucapkan Selamat Hari Wanita ye..hari-hari pada saya adalah hari wanita sebab saya wanita..(oh, sungguh patriotik!)

daa...


Thursday 1 March 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

Agak 'lemau' untuk berblogging..saya memang gitu..kejap je..hangat-hangat taik ayam...
Tapi hari nih saya nak tempek satu resepi yg saya dah try nih..mlm tadi saya masak lagi spaghetti ni..senang citer kuah merah punya..


Resepi sumber : Chikadakbiru

Bahan-bahan
500gm spageti (direbus dengan air mendidih & letak sikit minyak atau gaul dengan butter bila dah kembang)
400gm daging kisar (saya suka ayam kisar..kurang gemar daging kisar)
220gm tomato pure jenama Du Chef (boleh kurangkan sukatan ini sbb ikut tahap masamnya lidah anda..hahah)
1 botol sos spageti perasa cendawan jenama Kimball (yang ni pun..rasa2 dulu..kang masam lak)
1 tin cendawan butang - di hiris nipis
1 mangkuk kecil mixed vege
2 sudu besar serbuk oregano
3 helai daun bay
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
Sedikit gula
Secukup rasa garam
2 keping keju slice
1 senduk susu segar - Saya tak letak pun...tak letak pun masih ok...
2 sudu besar butter untuk menumis
1 labu bawang besar  holland - di dadukan
1 tin air (sukat tin DuChef)

Cara-cara
  • Cairkan butter dlm periuk. Masukkan bawang holland. Masak sehingga sedikit layu. Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna.
  • Masukkan sos spageti kimball, Tomato Puri Duchef, 1 tin air. Masukkan Daun Bay, Serbuk oregano dan serbuk lada hitam kasar. Masukkan cendawan dan mixed Vege.
  • Masukkan susu segar dan keju . Kacau sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa anda.
  • Tutup api bila kuah td sudah mendidih dan sedia dihidangkan.