Friday 27 January 2012

Ayam Goreng Kunyit


Salam semua...

Saya berada dlm mood yg sedih dan kecewa pada hari ini. Saya ni pulak bukan jenis boleh lepaskan perasaan melalui tulih2 cenggini. Kalau lah saya boleh luahkan isi hati saya ni melalui tulisan...maybe kuranglah sikit beban kesedihan saya nih. Eceh, hahaha...(tgk, saya kata sedih..tapi saya hahaha jugak..kan bagus saya nih..sedih kupendam sendiri) -lol!-

Hari ni saya cuma masak..tauge tumis letak kicap (ni bukan nama resepi..tak komersial lgsung kalau nama resepi cenggini hahaha). Saya mmg suka betullah kalau masak simple-simple macam tu. Pastu ada juga saya masak ayam goreng kunyit nih. Resepi asal dari blog Kak Nani Rostam kita tu. Aiyoo..saya sgt suka lah baca blog beliau. Sbb saya kagum dgn bakat memasak yg beliau ada. Pastu rumah pun cantik je dihias. Anak-anak pun pandai. Saya kagum mcm mana beliau boleh siapkan tempahan kek lah, biskut raya lah..mengasuh 'budak demok' yang comel tu lagi. Adeh..kalau saya maybe belum ada kekuatan super woman macam tu. Tapi, kek strawberry coklat Kak Nani tu mmg saya terliuq sungguh. Dulu ada rasa nak order se..tapi jauh sgt lak kalau nak menghantarnya. 

Berbalik pada citer ayam goreng kunyit nih..(eh, ko kata ko sedih hari ni..apahal pnjang ko sembang??-ok, satu terapi utk hilangkan sedih lah konon). Saya suka masakan nih..sbb senang. Jumpa resepi nih bila selalu baca blog Kak Nani. Kata pembaca setia kan..kan..

Tapi hari nih saya tak ada kacang panjang, jadi saya saja bereksperimen sendiri letak lah batang seleri Wonderpet suka makan tu. Dengan harapan suami akan makan berulang-ulang nggeeee..

Resepinya :

Isi ayam dipotong kecil-kecil
Kacang panjang 
1 biji bawang besar Holland dihiris
3 ulas bawang putih dihiris
5 biji cili padi (saya letak cabai merah) dihiris
1 batang serai diketuk
1 sudu teh kunyit
1 sudu besar sos ikan
1 sudu teh gula
1 sudu makan cuka 
garam secukup rasa

Caranya :

  • Gaul isi ayam tadi dengan kunyit, gula dan sos ikan.
  • Perap sekejap, kemudian goreng sehingga kekuningan.
  • Ketepikan dulu ayam tadi.
  • Tumis bawang-bawang segala, serai, cili padi/cabai merah.
  • Masuk semula ayam tadi dan kacang panjang.
  • Letak garam dan cuka.
  • Siap untuk dihidang.



Kalau susah hati macam nih..dapat buat biskut raya sebalang pun best jugak ek??? Pastu makan sambil tgk tv..waa...kus semangat! (berangannnnn je lah..malas!)

Tuesday 24 January 2012

TUMIS LABU AIR

Salam..

Saya ni tak pernah beli labu air..tak pandai nak masak apa dgn labu air. Tetiba semalam (cewah, boleh tetiba lak!) terbeli le pulak tanpa merancang nak masak apa dgn labu air tu. Menggoogle resepi akhirnya terjumpa yg paling simple dan bahan pun hampir kesemua ada di dapur saya kecuali ikan bilis dan fucuk mmg tak ada lah. Tapi saya gantikan ikan bilis dgn kiub ikan bilis Knorr dan mujur lah ada suun lebihan buat lontong dulu. Jadilah..itupun tak taulah licin ke idak menu tgh hari saya nih nanti.

Sumber asal resepi dari blog Kak Nannie. Thanks akak ye!.


BAHAN-BAHAN :

2 biji buah labu air- di kupas kulit luar yang keras dan dipotong
1 biji bawang merah
1 ulas bawang putih
Sedikit ikan bilis-dibasuh
1 batang serai -dititik
2 peket campuran suun+fucuk
1 sudu besar sos tiram
air secukupnya
Garam secukup rasa

CARA MEMASAK :
  • Panaskan sedikit minyak dalam periuk dan tumis semua bawang sampai menjadi layu, kemudian masukkan semua ikan bilis dan kacau sehingga terbit bau wangi, kacau semua bahan seterusnya boleh la dimasukkan semua air dan serai. Masukkan sos tiram dan semua labu air dan kacau semua bahan bila labu hampir masak baru la di masukkan suun dan fucuk.
  • Masukkan garam secukup rasa. Kacau sayur labu ni dan bila fucuk dah masak boleh la ditutup api dapur.
Sekian, terima kasih. (^_^)

Monday 23 January 2012

Ikan Mabong Masak Asam

Salam...
Pagi tadi bangun tido je terus pi pasar..hajat hati nak cari batang leek..nak try satu resepi ni..(kalau jadi saya story ye). Tapi, sayang seribu kali sayang hahaha..batang leek nya enggak ada. Sayuran ni biasanya bangsa cina yg suka letak dlm masakan diaorg, sah-sah sampai je pasar..penjual cina semua tutup kedai. Jumpa kailan..cari lak ikan masin..hmm..menu kita hari ni la. 

Balik umah saya terpandang daun kesum saya tanam dah nyawa-nyawa ikan..mmg tak ada can nak idup nih. Hari tu pun mak saya tolong semai dulu kat umah dia pun idup kejap je bila sampai ke umah ni. Saya pun cabut semua sekali ngan akar-akarnya..kebetulan lak tadi ada beli daun bawang ngan daun sup..try untuk kali kedua tanam kat tepi dapur tu. Hari tu idup subur...tapi selalu sgt dipetik buat masak..merajuk lak tak nak tumbuh dah. 

Dok kemas-kemas pokok2 kat laman umah tu (perkara yang jarang sgt saya buat lah hahaha..) selalu yg rajin siram pokok bunga daun depan umah saya tu En. Wan je lah. Saya ni time2 macam ni lah baru terpandang dan nak letak baja, cantas itu ini. Tapi pokok-pokok sayur kat tepi dapur saya tu mmg saya sayang..dapat perhatian lebih la konon haha. Tapi mati jugak at last. Dasar tangan keras!.

Sedar-sedar tgk jam saya masuk dapur pukul 11. Tu yg malas nih kalau dah start buat keje mcm tu. Over kau..

Buka peti ais capai ikan mabong..dok pikir lah apa nak masak nih..akhirnya...


IKAN MABONG MASAK ASAM

Bahan :
3 ekor ikan mabong
1 labu bawang besar dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
1 cm halia dihiris
4 biji cili padi dibelah panjang (ikut kepedasan anda)
sedikit kunyit
air asam jawa
garam

Method :
  • Lumur ikan dengan kunyit dan garam. Goreng seperti biasa dan asingkan dulu
  • Tumis bawang besar, bawang putih dan halia.
  • Masukkan cili padi dan air asam jawa. Kalau terlebih masam, masukkan air supaya rasa masam tu sesuai.
  • Masukkan sedikit saja serbuk kunyit. Letakkan garam.
  • Masukkan ikan kedalamnya.
  • Hidangkan.
Saya masak juga kailan ikan masin..resepi tak yah le ye..biasa dah org masak..tgk gambo aje.


Bye!

Friday 20 January 2012

Ayam Ala Bali

Salam semua...

Menu apa masak mlm tadi? cewah..ayat dah mcm chef program masak2 lak..(^_^). Actually dapur saya dah banyak hari tak berasap ni..tapi semalam berasap le balik. Saya memblogwalking kat blog akak Melley Mey..terjumpa satu resepi ayam ni. Ayam Ala Bali..wah..tak pernah gi Bali boleh merasai kesedapan ayamnya di sini. Tidak perlu bersusah payah menempah tiket Air Asia mahupun MAS semata-mata ingin makan ayam kat sana kerana di sini sudah ada ayam yang ala-ala kat sana..wah..asyik!!!


Sumber asal : Sky Blue's Kitchen 


Bahan
950 gm ayam yang telah dibuang kulitnya dan dipotong kecil
1 inci halia (dihiris)
1/2 inci lengkuas (dihiris)
2 batang serai (dihiris menyerong)
2 - 3 helai daun limau purut (dimayang / dicarik)
Serbuk kunyit
Garam
Minyak untuk menggoreng


Bahan Kisar
10 ulas bawang merah
6 ulas bawang putih
6 tangkai cili kering (saya letak cili kisar je terus)

Bahan A
2 tbsp ABC soy sauce
2 tbsp sos tomato Maggi
2 tbsp sos cili Maggi
1 tsp perencah pati ayam Tumix
Gula merah secukup rasa (tak banyak pun saya letak)
Garam jika perlu


Method
  1. Lumurkan ayam dengan serbuk kunyit dan garam.
  2. Panaskan minyak yang banyak, goreng ayam sehingga masak tapi jangan terlalu kering.. Angkat dan toskan.. Ketepikan.
  3. Dalam kuali yang lain.. panaskan sedikit minyak dan tumis bahan² kisar hingga terbit aromanya.
  4. Kemudian masukkan halia dan lengkuas.. Tumis lagi hingga pecah minyak.
  5. Masukkan serai serta daun limau purut dan tumis lagi seketika hingga wangi.
  6. Tambahkan bahan A dan gaul rata.
  7. Setelah mendidih dan sedikit pekat (tapi mlm tadi saya buat agak berkuah) bolehlah dimasukkan ayam goreng tadi dan gaul rata.
  8. Masak seketika dan sesuaikan rasa.
  9. Sedia untuk dihidang.

Thursday 19 January 2012

Masih Selamatkah Kita?

 Rasanya dah ramai yang baca ni..tapi saya baru baca. Mengambil kesempatan untuk meletakkan di blog saya dengan harapan ada kawan-kawan lain yang akan membacanya juga. Bukannya apa..saya tersentuh dengan luahan hati Wardina ni. Sumber saya ambil dari blog ini. Sila klik jika suka.

Rumah saya juga pernah diceroboh dulu. Masa tu kami baru pindah. Pencuri masuk melalui siling. Siling dipecahkan, tapak kasut merata-rata termasuk di dinding dan di bilik solat. Celaka! (maaf, ayat begini paling sesuai untuk orang yang tak takutkan hukum Allah). Mujur kami sekeluarga tiada di rumah ketika itu, Tapi sayalah orang pertama yang pulang ke rumah dan terkejut dengan kejadian itu. 

Memang...sampai sekarang pun saya masih trauma walaupun berada di siang hari di dalam rumah. Jika di rumah tempat berteduh sendiri pun kita rasa tidak selamat..ke mana lagi tempat selamat untuk kita? Mungkin pihak berwajib perlu ambil langkah sesuatu yang lebih berkesan untuk menangani perompak, pencuri dan seangkatan dengannya. Kita sepatutnya rasa selamat berada di negara tanah air kita sendiri. Jangan nanti pemilik rumah terkurung di dalam rumah sendiri (dek kerana pintu, tingkap, siling dll bergrill)..tetapi penjahat di luar bebas sebebasnya. 

Ini luahan hati Wardina. Saya antara peminat setia beliau..huhuhu...

Selimut saya terbuka! Dibuka! Ya ALLAH, seorang lelaki bertopeng menyuruh saya diam, “SHHHHHH” katanya. “Barang kemas mana?” “Barang kemas mana?” dia bertanya. Tersedar saya, ini bukan mimpi lagi, rumah saya dimasuki pencuri! Saya cuba tenangkan hati dan menyorok muka dan tubuh saya.





Kemudian saya cuba jawab dengan yakin, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak ada barang kemas.” Yang ada pada saya hanya cincin arwah tinggalan nenek saya. Dengan berat hati saya membukanya, “Ini saja yang ada, cincin nenek saya, nah ambil” balas saya.



“Saya memang tak suka barang kemas, tak pakai barang kemas” kata saya lagi, cuba meyakinkan manusia ini bahawa rumah ini sememangnya tiada apa yang dicarinya. Seribu satu perasaan dan sejuta lagi penyataan memecut laju di dalam minda. Kenapa? Bagaimana? Apa akan terjadi? Mana anak-anak saya? Siapa mereka? Mahu apa? Adakah saya akan diapa-apakan?



Cincin belah rotan dengan tiga butir berlian kecil, mungkin tiada nilai yang tinggi, namun itulah peringatan asal usul dan ‘memori’ jati diri ini.



Separuh daripada diri saya. Tidak tinggi dengan nilai harga tetapi tinggi dengan nilai jiwa. Cincin arwah Dorris Irene Wilmot yang dipakai ketika perkahwinannya dulu.



Namun sebagaimana memori indah itu akan kekal de­ngan izinNya, memori ngeri ini juga akan terus tersemat dalam diri. Seperti pita video buruk yang rosak, gambaran kejadian berputar dan berputar kembali dalam ingatan saya.




Adakala bulu roma saya naik kembali, tangan dan tubuh bergetar sendiri. Wajah mereka kini sering mengganggu dan menghantui saya. Saya pasti, ia mengambil masa untuk dilupakan.



Bukan lupa sepenuhnya, namun lupakan ketakutan dan mencari kekuatan kembali. Takut, resah, gelisah dan beribu perasaan lain, bercampur seperti dicampurinya rencah di dalam kuali. Akhirnya, saya mengucap syukur Alhamdulillah. ALLAH mahu membersihkan kami.



“Syukur Ya ALLAH” “Alhamdulillah” dan “Innalillah” bermain di bibir sejak pagi.



Saya terfikir, siapakah dia insan ini, sehingga sanggup berbuat begini? Mencuri demi wang ringgit semata-mata.



Ketika dipukul Ikhwan di kaki dan kepala, mereka berkata, “Saya tak kacau orang, saya tak kacau orang” dalam loghat Indonesianya. Ikhwan memberi amaran kepada mereka, “Jangan sentuh isteri saya”, “Jangan kacau anak saya”.



Ikhwan dikejutkan ketika sedang menemani Imran yang demam di kamar birunya. Diikatnya tangan suami tercinta. Setelah Ikhwan menjerit, mengharapkan ada yang mendengar, saya kemudian tergamam ketika perompak itu berkata, “Sini, sini” cuba membuka selimut saya.





Di saat itu, saya berjanji pada diri, sekiranya orang ini cuba mengapa-apakan saya, saya akan bermati-matian hingga nafas terakhir, mempertahankan maruah saya. Saya juga wanita Aceh, darah pejuang mengalir dalam badan saya.



Anak-anak saya? Di mana mereka? Saya tertanya-tanya. Saya beri dan letakkan keselamatan diri mereka kepada ALLAH sepenuhnya. Saya yakin mereka selamat. Doa saya setiap lepas solat adalah supaya ALLAH memelihara mereka.



“Imran!!!” jerit saya, tanpa membuka cadar. Ikhwan masuk bersama Imran ke kamar saya. Saya pegang badan panas Imran, dia masih demam, dan Imran terus teresak-esak dalam pelukan saya.



“Naughty man, Ummi” kata Imran pada saya. “Dia hit ayah Imran” katanya. “Imran tak de sword, Imran” katanya. ALLAH, sucinya anak ini. Belum mengerti apa-apa pun. Ini bukan filem atau kartun anakku. ‘Sword’ Imran tak akan mungkin membantu. Saya tiba-tiba merasakan Ikhwan duduk di kaki saya. Alhamdulillah, kami semua ada bersama.




Sekali lagi selimut saya ditarik, seorang lagi lelaki bertopeng bertanya, “barang kemas mana?” Ikhwan berkata, “Jangan sentuh dia, dia tak ada tudung” MasyaALLAH, begitulah suami saya menjaga kehormatan saya. Dalam saat ini pun dia tidak mahu sesiapa pun melihat ‘hak’nya. Saya amat berbesar hati ketika itu.



Kasihanilah saya dan dia. Janganlah buat begitu lagi ya? Peliharalah aib orang lain supaya aib anda dan keluarga juga dijaga. Percayalah janji ALLAH itu benar, ini bukan janji manusia.



Sekali lagi saya menjawab, membalas pertanyaan perompak ini, “Saya tak pakai barang kemas, saya tak suka barang kemas” Ikhwan mengalih perhatiannya kepada laci di hadapan.



Secara tiba-tiba, terdengar motor pak jaga di luar rumah saya. Perompak menyuruh kami diam. Tidak lama selepas itu, mereka beredar. Rupanya Farah anak gadis Pak Fauzi Marzuki, jiran belakang saya ternampak kelibat penyamun ini dari jendelanya. dan siapakah yang menggerakkannya untuk nampak rasanya? Ya benar! ALLAH SWT.



Yang masih trauma,

WARDINA
Wallahualam..Allah saja yang boleh membalas perbuatan jahat mereka.

Wednesday 18 January 2012

Wordless Wednesday #1

Hari Rabu tanpa kata-kata...


Sudah datang..mari makan limau ramai-ramai sambil kita gosip2..(eh, terkata-kata lak..)


Monday 9 January 2012

Apam Ice Cream Soda


gambar diambil guna handphone cap ayam aje..jadi tak berapa nak elok...
ok, cap ayam2 pun dah banyak berbakti tau huhuhu...

Malam ni saya buat apam nih..hari tu teringin nak buat lagi..masuk ni dah 3x lah saya buat apam nih...tp malam ni entah nape saya rasa apam saya ni tak berapa nak menjadi sgt lah. Esok plan nak bawak pi sekolah sbb nampak En. Wan cam tak pandang sangat apam nih huhuhu...Tapi actually apam ni sedap...cuma kesilapan teknikal kat mana entah huhuhu (apsal aku banyak nanges huhuhu ni???)

Tadi rasa kelakar lak masa nak buat apam nih..tu le org ilmu memasak ni tak banyak mana..saya buka peti ais..cari le ovalette..sekali tak ada...yg saya nampak cuma sponge cake stabilizer baki saya buat kek dulu. Aiyak..! ate camner? warna dah sama...adoi..takpelah..saya letak lah jugak..konfiden lah konon. Saja google tadi...beza dua benda ni..sekali...amik nih..

Ovalette (atau juga dikenali sebagai sponge cake stabilizer atau Quick 75) adalah sejenis bahan penstabil atau emulsifier.

Apa itu emulsifier atau pengemulsi/penstabil?

Pengemulsi, dalam bahasa mudah, adalah satu bahan yang membantu proses menyatukan dua bahan lain yang secara biasanya tidak boleh bercampur. Pengemulsi menyatukan lemak (minyak) dan cecair, lesitin soya merupakan pengemulsi yang biasa. Kuning telur yang kaya dengan lesitin fosfolipid (lecithin phospoholipid) merupakan satu pengemulsi/penstabil yang semulajadi. [citation] [citation]

Ovalette berbentuk pes atau pekatan berwarna kuning dan boleh didapati di kedai menjual bahan-bahan kek. Ia selalu digunakan untuk membuat kek span dan kek-kek yang menggunakan telur sebagai bahan untuk melembutkan kek. Ovalette juga kadang-kadang digunakan dalam membuat kek lapis sarawak dan apam. Sifatnya yang berasid akan membantu telur dalam kek itu naik (rise) dan memerangkap lebih udara dengan lebih cepat.
Sumber adalah menggogle..dari blog ini..klik lorrr..

Hahaha..lawak tak2?? Tu ler..ilmu kat dapur pun kena ada oi..rupanya sama fungsinya..nasib baik memang konfiden letak jugak tadi..(^-^)

Ni resepi apam ni...saya dah lupa lah saya amik dari mana..saya print je dulu..

3 cawan tepung gandum
4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
1 cawan ice cream soda
1 sudu teh esen rose / strawberry
Pewarna
1 sudu teh ovalette

  • Pukul telur, gula, ovalette hingga kembang
  • Masukkan tepung dan kacau sebati
  • Masukkan ice cream soda dan esen rose. Kacau sebati
  • Bahagikan adunan kepada 2 warna pilihan
  • Letak adunan berselang seli supaya menjadi marble.
  • Kukus dalam loyang selama 40 minit. Kalau guna cup lagi cantekk..kukus 15-20 minit. Kalau mengukus, balut penutup kukus dengan aluminium foil supaya air tak menitis ke adunan.

Tuesday 3 January 2012

Ayam Masak Padang


Salam...

Saya baru je lepas lunch ni..hari ni saya try satu masakan dari blog Dj Dayang Jack..ni kes blogwalking la nih. Alih-alih tengok ayam ada..semua bahan ada kecuali serai je saya elek. En. Wan ada tanam serai hari tu..tak sampai ati nak kerat lagi serai tu..baru nak idup..itupun saya dok tenung serai tu..idup ke idak ko ni ha? Takpe lah kot serai tak ada..malas nak pi kedai kalau kat umah tinggal kami bertiga je nih. Kang start kete..semua kena ikut..karang dari nak beli serai je..dah macam-macam hero heroin saya ni mintak bawa balik. Kiranya Ayam Masak Padang saya ni saya buat tanpa serai..tapi saya ganti lah dengan daun kunyit saya rincih-rincih dalam tu. Maybe bukan Masak Padang ye ibu-ibu..dah jadi lain kot..asal ado..hahaha. En. Wan pun tak balik lunch hari ni..membusy katanya huk huk huk..makanlah ku sorang-sorang tgh hari ni. (^ -^)

Resepi sat lagi naa..nak citer esok saya dah start keje..si Fatihah dan Adam pun dah saya tukarkan ke taska baru. Saya risau juga ni takut diaorg menangis lak kat tempat baru..suasana baru..biasanya kat taska lama, ada ibu (nama panggilan diaorg panggil pengasuh taska tu)..kat taska baru ni entahlah macam mana pulak. Saja tukar sbb Fatihah dah 3 tahun..Adam nak masuk 2 tahun, saya nak masukkan diaorg kat taska yang ada belajar-belajar lebih sikit. Bukan setakat nyanyi2..nari2 je..kalau dah boleh mengeja pun alhamdulillah. Harap dioarg boleh sesuai lah dan selamat kat taska baru tu..yang penting word selamat tu. Risau..huhu sungguh risau.

Panjang saya sembang hari ni..layan resepi lah ye..kalau nak yang asal ada kat link atas tu. Klik aje. Tapi resepi blog saya ni pun saya copy dari blog Kak Dj Dayang Jack tu. Rasanya sedap. Memang kalau ada lemang..terangkat! sedar-sedar dah sampai Padang!.

Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong ikut suka)
  • 300 ml santan (boleh tambah atau kurang)
  • 100 ml susu cair
  • garam dan sedikit gula
  • 1 batang serai (diketuk)
  • 2 keping asam gelugur
Bahan-bahan kisar :
  • 6 tangkai cili merah (dibuang biji)
  • 1 labu bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 1/2 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 2 batang serai
  • sedikit kunyit hidup
  • 10 biji cili api

Cara-cara :
  1. Panaskan sedikit minyak di dlm periuk. Tumis serai dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau.
  2. Masukkan ayam dan sedikit air. Biarkan ia mendidih sebentar.
  3. Masukkan santan dan susu cair. Akhir sekali masukkan garam, sedikit gula dan asam gelugur. Kacau dan biarkan ia sampai masak.
  4. Hidangkan.

p/s : Selamat kembali bekerja cikgu-cikgu semua ye...Jika bukan cikgu pun..selamat menguruskan anak-anak yang akan ke sekolah esok!. Doakan terbaik buat mereka!

Monday 2 January 2012

Tomyam Putih

Salam uolls!
2012 dah kan..semalam seharian saya di hospial Taiping menziarah bapa mertua sakit. Saya doakan kesihatan beliau kembali sembuh lah. Rasa sedih jugalah bila tengok beliau yang dulunya gemuk juga..tup-tup dah kurus sangat..kurus sangatlah dek kerana sakit.

Tengah hari ni saya masak tomyam. Resepi dari seorang kawan kat sekolah...saya dah 3 kali dah masak tomyam guna resepi dia ni. Guna air basuhan beras..ha...jgn tak tau..ingat air basuhan beras boleh taruk kat muka atau siram pokok je ke? buat tomyam pun boleh bah..haha dah lama tak ckp Sabah. Cenggini, kalo rasa-rasa mual nak letak air basuhan beras yang pertama tu..jgn le..cam saya ni saya amik air basuhan beras yang dah keberapa kali dah..3 dan seterusnya kira ok lah. Saya tanya gak kawan saya tu apasal guna air tu..dia kata resepi ni dia dapat dari member Thai dia..diaorg kata lebih sedap. Tapi kalo time tu ko tgh masuk Master Chef, ko masak tomyam..jgn lak mengagau carik beras nak basuh dulu pulak..tak dapek la den nak nolong.

Meh layan gambar dulu..tomyam hari ni ada sedikit merah sbb saya letak pes tomyam yang saya beli kat Hatyai dulu. Tapi resepi asal dari Shahrir (kawan saya tu..) tak perlu letak sebarang pes pun.


Resepinya..

Air basuhan beras (tamyam ni tak pakai air biasa)
3 batang serai diketuk
1-2 biji bawang Holland dihiris
2 ulas bawang putih diketuk
1 1/2 inci lengkuas diketuk
Sedikit halia diketuk juga
3 helai daun limau purut
1 biji buah tomato dibelah 4
Air perahan limau nipis
Cili padi (mengikut kepedasan masing-masing) diketuk juga
Garam
Gula
Ayam atau seafood pilihan hati

Method:
  • Masuk semua bahan dalam periuk. Rebus tanpa minyak ye.
  • Air perahan limau nipis dan cili padi tu perlu diseimbangkan rasa masam dan pedasnya, baru lah sedap.
Itu je..senang tak? cubalah..