Monday 9 June 2014

LAKSAM

Masa Hari Guru hari tu kan ada seorang kawan ni bawa laksam masa buat potluck. Sedapnya la dan saya kagum macam mana la kawan saya ni boleh masak laksam gulung tu banyak-banyak untuk jamu satu kolej. 

Bukannya apa, saya ni baru masak untuk satu keluarga pun dah rasa lamanya nak siap hehe. ;p

Tapi dek kerana tak puas makan saya decide nak buat laksam sempena cuti sekolah kali ni.

Saya ni memang jenis yang suka laksam. Memang masa potluck hari tu pun lepas nampak laksam terus tinggal menu lain dan serbu laksam. Jadi agak kerap la masak laksam. Memang suka sangat laksam la weh..

Resepi laksam kali ini saya ambil dari Azie Kitchen. Alhamdulillah menjadi cuma ada yang saya tak follow sangat sebab nak ikut citarasa sendiri.


 yang penting selera saya ikan mesti banyak dlm kuah tu...

Resepinya: 

3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 air mendidih + 2 air biasa)
1/2 sk garam 

Bahan Kuah
1 kg ikan - rebus ambik isi dan kisar
1/2 kg santan pekat 
1 gelas air utk tambahan (utk sesuaikan pekat/cair)

Dikisar :
10 ulas bawang merah 
2 ulas bawang putih 
1 inci halia 
2 btg serai - ketuk (yang ni saya tak letak pun)
1 sk serbuk lada hitam
3 keping asam keping 
Garam 
Gula secukup rasa.

Satukan semua bahan di atas dan masak di atas dapur sehingga mendidih dan masak. Masukkan garam dan gula. Sesuaikan rasa dan kepekatan, bolehlah diangkat. Jika terlebih pekat, masukkan sedikit air panas.
Bezanya saya letak juga daun kesum dalam kuah dan kisar bahan kisar tadi bersama sedikit belacan. 

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Sambal
Cili padi
Cuka
Garam
Gula

Kisar kesemua bahan di atas

Bahan lain
Belacan 
Garam



Sebelum ni saya kukus guna periuk kukus yang biasa tp satu halnya bila nak basuh nak menyimpan semula dalam kabinet agak leceh, so saya try kukus guna periuk ajaib ni dan alhamdulillah tak ada problem.




 

Masak sendiri lagi puas hati..makan la berulang kali pun tak pe.



Friday 6 June 2014

SEMPERIT SUSU

Assalamualaikum semua..

Ni kiranya entry pertama saya bagi tahun 2014 lah kan. Sayang le pulak bila alamat blog yang dulu tak boleh dipakai lagi. Macam tu lah saya, banyak benda yang saya buat kejap je bersemangatnya. Habis dah senarai follower yang lama-lama tu. Tapi mujur juga saya sempat save entry lama dulu sebelum delete blog lama. So, bila saya bina yang ini saya just import blog saja lah. 

Saya berharap dengan usia yang makin meningkat ni pengisian dalam blog saya ni memberi manfaat kepada pembaca yang sudi singgah. Manalah tahu dengan izin Allah, ilmu yang saya share dalam blog ni boleh beri sedikit bekalan pahala pada saya jika sudah tiada nanti. 

Tetiba sedih pulak.. :)

Okey lah, hari ni saya nak share satu biskut yang sangat femes ni. Kalau hari raya biskut ni mesti ada. Ada yang panggil biskut Dahlia..ada yang panggil Semperit. 

Actually ni first time saya buat biskut ni..tapi makannya dah banyak kali lah. Cuti sekolah baru-baru ni permintaan anak saya supaya kami buat aktiviti membaking dan mengkokies ni macam selalu. Ye lah..nak berjalan-jalan ayah deme sibuk. So ini je lah aktiviti kami.

Resepinya saya ambil dari blog reenkhan 


250gm buttercup
1/2 tin susu pekat (saya guna jenama Gold Coin)
100gm tepung ubi
450gm tepung jagung
1 sudu teh esen vanilla

Cara-cara :

- Buttercup dan susu pekat dipukul sehingga sebati tapi jangan pukul lama sangat nanti biskut tu kembang.
- Saya masukkan juga esen vanilla.
- Masukkan tepung jagung dan tepung ubi yang telah diayak sedikit demi sedikit.
- Masukkan dalam acuan. Terpulang lah tapi saya guna acuan buat tart je. Kak Reen dia guna acuan semperit pecah 15. Naik sangat cantik.
- Bakar pada suhu 150c dalam 15-20 minit. Guna api bawah saja. Ini terpulang pada oven masing-masing sbb klu oven saya dia cepat garing so saya rendahkan suhu dan cepatkan sikit masa tu.

Kesimpulannya, saya tak puas hati sangat cubaan pertama saya ni. Saya nak try buat lagi guna acuan lain pula lain kali.