Monday 28 November 2011

Ikan Cencaru Sumbat Sambal

'
Selamat malam semua...baru dapat nak pegang laptop..meng update dengan hujan renyai di luar sana..anak-anak pun dah tido. Lepas update entry  ni mmg nak zzz...
Actually ni menu saya kelmarin. Dulu saya tak suka ikan cencaru ni..kalau ikan ni lah..mmg saya tolak jauh pinggan lauk tu hahaha. Tp sejak beberapa minggu ni En. Wan suka sgt beli ikan ni..nak tak nak saya kena belajar jugalah apa-apa resepi yang berkaitan dgn cencaru ni. Terjumpa resepi ni dekat blog Jaja'Z ni. Tq..resepi yang sedap!

Resepinya...(maaf, saya ambil dari blog Jaja'Z je ni)

2 ekor ikan cencaru,disiang dan dibelah dibahagian belakangnya
15 biji cili kering (yg ni saya tukar kepada cabai merah..dalam anggaran 4 biji dan saya tumbuk)
3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
sedikit belacan
2 sudu air pati asam jawa (saya tukar guna sos tomato ikut stail mak saya pula hehe)
sedikit gula dan garam
kunyit serbuk
Sedikit air
serbuk perisa
minyak untuk menggoreng

Cara menyediakan:
1. Gaulkan ikan yang telah disiang dan dibelah belakang dengan
sedikit garam dan serbuk kunyit
2. Kisar halus cili kering,bawang merah, bawang putih,belacan
dan sedikit air ..(saya tumbuk semua bahan-bahan ni..termasuk cabai. air asam jawa saya tak letak pun)
3. Tumis tanpa minyak semua bahan2 yang telah dikisar tadi dan
tambahkan pati air asam jawa, gula, garam dan serbuk perisa. (saya tumis juga sesudu cili kisar sampai pecah minyak)
4. Biarkan bahan2 kisar tadi tu masak sehingga betul2 kering
dengan menggunakan api yang kecil.
5. Bila sudah kering, sejukkan seketika sebelum disumbatkan 
ke belakang ikan cencaru kita tadi..
6. Akhir sekali goreng ikan sehingga betul2 garing

Tips dari Jaja'Z..jgn menggoreng dengan minyak yg banyak hingga menenggelamkan sambal tadi mmg betul..ni tips utk elak sambal tu hangit..


Last sbl saya nak masuk beradu ni...gambar semalam dkt kampung kait buah pulasan...



Friday 25 November 2011

Bawal Goreng Bersos

Salam...

Antara menu untuk lunch saya hari ini...


 Resepinya sangat simple...

1 ekor ikan bawal
2 biji bawang besar (dihiris)
2 biji cabai merah (dihiris) ATAU 4 biji cili padi
3 sudu besar sos tiram
3 sudu besar sos tomato

1 batang serai
Serbuk kunyit
Garam
Gula
Sedikit daun sup

- Ikan dikelar dan dibersihkan
- Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam
- Goreng ikan tadi hingga garing
- Tumis bawang besar dan cabai hingga layu
- Masukkan serai
- Masukkan sos tiram, sos tomato, garam, gula dan sedikit air
- Masak hingga pecah minyak
- Tuang sos ini ke atas ikan tadi
- Hias dengan daun sup

Tadaa...simple kan? anyone can cook maa....

Thursday 24 November 2011

SUP SUUN YG FUHH!!!

Salam...
Tengok gambar dulu ye...

 fresh dari oven periuk...kalo bab presentation hidangan mmg saya failed. 
Asal En. Wan tak komen udah le.

Resepi asalnya saya ambil dari blog jintanmanis ni. Ini antara blog yg saya suka cuba resepi2 dalamnya. Untuk org rumah yang baru bertatih dlm masak memasak ni mmg antara sumber resepinya dari internet lah. (Pecah rahsia aku mmg tak reti masak!)

Kalau nak try resepi asal jintanmanis..leh klik link atas tu. Untuk yg saya masak ni saya letak je apa yg ada kat rumah hari ni. Jadi banyak yg saya ubah ikut kesesuaian bahan yg saya ada.

1 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
1 - 2 biji kentang (dipotong beberapa bahagian)
sedikit suun (rendam seketika)
sedikit fucuk (rendam seketika)
1 kiub ikan bilis knorr
garam
air

Cara-caranya

1. Cincang atau hiris halus segala jenis bawang tadi, kemudian panaskan sedikit minyak masak (saya guna minyak masak conola & sunflower oil Naturel - konon nak kurang kolestrol..kononnya) dan  tumis  bahan tadi sehingga naik bau dan agak garing, Masukkan kiub ikan bilis dan selepas itu masukkan air.
2. Setelah mendidih baru masukkan kentang. Masak sehingga kentang empuk, baru masuk suun dan fucuk.
3. Kemudian kalau rasa nak masin, masukkan garam. Lagi best letak daun sup. Saya daun sup hari ni elek..

Fucuk tu jgn banyak sgt la..sbb dari pemerhatian saya la..kalau bnyak dia akan menspoilkan sup tu sbb mengembang dengan jayanya.

Wednesday 23 November 2011

Cara Saya : Udang Goreng

Salam...
Selamat bercuti pada yg tgh bercuti mcm saya. Wah....bestnyer jadi suri rumah sepenuh masa...sekurang-kurangnya hilang lah sikit tension bekerja walaupun lebih kurang sebulan je bercuti.

Hari ni lunch En. Wan (my hubby) tak balik umah..ada banyak keje katanya. Saya pun lengah-lengahkan le memasak sbb saya sendiri jarang lunch. Selalu skip lunch kecuali cuti bersama famili atau lapar sgt atau mmg kena mkn. Td  ke pasar beli udang. Saya masak 2 lauk je hari ni (err...actually bukan HARI NI JE..boleh kata hari-hari hahaha). Udang ni saya hentam je resepinya. Asal siap. Tapi saya perasan la...SAYA PERASAN..rasanya sedap..




Resepinya...(eceh..!)

Bahan :
Udang basah sederhana besar
Kicap ikan
Tomato
Bawang besar
Bawang putih
Daun limau purut
Garam
Gula
Serbuk kunyit

Caranya:

Gaul dulu udang dengan kunyit dan garam kemudian perap kejap.
Panaskan minyak..goreng udang tadi tp jgn lama sgt..
Masukkan bawang besar dan bawang putih.
Masukkan kicap ikan dalam 1 sudu besar je.
Masukkan tomato yg dibelah empat.
Gula, garam, dan goreng sampai garing..
Bila dah nak hampir nak angkat, baru masuk daun limau purut.
siap dihidang.


kalau rasanya tak sedap bila uolls cuba..jgn marah saya..sbb tu resepi ni saya namakan UDANG GORENG ALA ILA..hehehe cara saya yg tak pakar nih..