Thursday 12 April 2012

Ayam Masak Kicap Nenas Ala Chef Wan

Hari tu lunch kat umah mak saya. Then dijamu dengan masak kicap nih. Mak siap mention lagi "ni resepi Chef Wan tau" wah....nak try buat kat umah lah. Meh sini resepi! cewah...

Mula-mula...

 

Jeng jeng jeng...

Resepi ni kerat dari Harian Metro (Rabu, 4 April 2012)

Okeh..ni resepinya ye..

12 ketul ayam (dipotong kecil)
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu besar air asam jawa
minyak masak
85 gram kismis
1/3 cawan kicap
 1 sudu besar sos tiram
1 cawan air
1 biji lada benggala hijau
 daun pandan
1/2 biji nanas (dipotong dadu)
sedikit daun ketumbar (dihiris)
* pes pedas :
15 tangkai cili kering
10 biji bawang merah
4 biji bawang putih
2 cm halia
2 cm lengkuas

Cara-caranya :

  • Perap ayam seketika dgn sedikit sos tiram, kunyit dan garam
  • Goreng seperuh masak
  • Panaskan minyak, tumis pes pedas* tadi hingga naik bau
  • Masukkan lada benggala dan nanas, masak seketika
  • Masukkan kicap, sos tiram serta garam, gaulkan
  • Masukkan kismis untuk menambah rasa
  • Masukkan air, air asam jawa serta garam, biarkan hingga mendidih seketika
  • Masukkan ayam yang sudah digoreng dan biar seketika
  • Boleh hidang.
Ni versi saya lunch semalam...

 
-apasal Chef Wan masak lagi cantik hasilnya??? huhuhu-





 






2 comments:

  1. As'salam Cikgu Ila

    Bolehlah k.ct mencuba nanti, nampak sangat menarik. Di tabah anak2 memang mengemari menu ayam berbanding ikan bila dirumah. dah semestinya ayam adalah juadah anak2 seharian...hihi

    Terima kasih berkongsi resipi ya :)

    ReplyDelete
  2. Sure boleh Kak Ct..saya pun amik dari org lain juga.

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)