Monday 9 April 2012

Beriadah Di Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh

Assalamualaikum...

Saya anak jati Ipoh. Memang saya lahir, membesar, sekolah, kerja, kahwin, saya lahirkan anak pulak, sekolahkan anak semua kat Ipoh. Tapi adalah selingan dalam hidup saya tu posting di Sabah beberapa tahun kemudian belajar di universiti di negeri lain. Tapi kebanyakannya rencah hidup saya di tanah ini lah..Ipoh!.

Hari ni saya dengan bangganya nak memperkenalkan satu tempat yang mungkin ramai dah tahu terutamanya orang Ipoh sendiri akan satu tempat yang diberi nama Taman Rekreasi Gunung Lang. Dah lama sangat tak buat karangan atau assignment so, ayat pun dah jadi ke laut. Tempat ni memang terkenal di kalangan photographer. Kalau gambar outdoor kahwin tu memang suka sangat lah deme buat kat sini. Sebab ada tasik, berlatar belakangkan gunung batu kapur..landskap pun cantik..nak-nak pulak pengantin pun pandai posing, memang walah la beb!. Tapi zaman saya kahwin dulu tak ada lagi benda-benda cenggini, bergambo la ko depan pelamin atau atas katil pengantin tu.

Pagi semalam untuk kali keberapanya kami sekeluarga menghabiskan pagi hujung minggu kami bersama mak dan ayah saya di sana. Nak tepati janji pada anak-anak yang dok claim nak naik bot kat tasik tu. Sampai pagi sebab tak nak anak-anak kepanasan kat tepi tasik tu. Tapi sayangnya tertangguh dek kerana pemandu bot idak sampai2 lagi. Maka bila matahari dah nak naik la baru kami dapat naik bot..huhuhu. 

Taman Rekreasi Gunung Lang terletak di Jalan Kuala Kangsar bersebelahan dengan Lebuh Raya Utara Selatan. Gunung Lang berlatarbelakangkan pemandangan semulajadi yang terdiri daripada hamparan bukit batu kapur dan tasik yang menjadi daya tarikan utama pengunjung dari dalam mahu pun luar negeri. Pembangunan seluas 28 hektar ini melibatkan kerjasama di antara Majlis Bandaraya Ipoh dan Jabatan Lanskap Negara pada tahun 1999. Daya tarikan utama taman ini ialah hamparan bukit batu kapur dan tasik yang belum diterokai. Taman Rekreasi ini dirasmikan oleh Sultan Perak, Sultan Azlan Shah pada .

Proses pembangunan baru telah dibuat melalui pembinaan fasa kedua taman tersebut. Pelbagai usaha telah diambil bagi mengindahkan lagi Taman Rekreasi Gunung Lang, di antaranya ialah dengan menggabungkan kecantikan semulajadi serta menerapkan unsur-unsur moden dan tradisional. Di laluan utamanya di sepanjang taman tersebut terdapat pelbagai jenis bunga bougainvilleas yang berwarna-warni. Apa yang menarik, terdapat 85 spesis heliconia yang diimport khas daripada negara luar.

Tumbuh-tumbuhan berbau harum yang terdapat di sini telah memberikan aroma terapi di sepanjang laluan pejalan kaki. Antara pengalaman yang tidak dapat dilupakan adalah pengunjung harus menaiki bot mengelilingi tasik bekas tapak lombong tersebut sebelum tiba ke kawasan taman .

Tasiknya pula dipenuhi pelbagai jenis ikan selain daripada haiwan reptilia seperti cicak dan ular. Bukit di taman tersebut dihiasi dengan flora dan fauna semulajadi dan sekali sekala pada waktu petang pengunjung boleh melihat monyet, burung dan sekiranya bernasib baik boleh terserempak dengan burung helang. Apa yang menarik, tumbuhan seperti orkid dan pokok buah-buahan tempatan telah dilabel mengikut nama masing-masing.
Sumber : Majlis Bandaraya Ipoh


Peta ihsan Google


Harga tiket untuk naik bot  macam ni lah...murah je kan??? berbaloi bak kata En. Wan.




Tarikan utama antaranya bagi makan ikan sampai ikan jadi gemuks! Bawalah roti atau makanan ikan jadi boleh buat amal jariah dah. (^_^)


Bot yang membawa kami..tapi ada sebuah aje semalam..jenuh lah pakcik tu mengangkut bertrip2 pegi dan balik.


 View dari jeti pergi ...



Get ready dengan safety jaket...walaupun jarak dari tebing sini ke tebing sana tu dekat aje..tapi harus pentingkan ciri-ciri keselamatan. First time pakaikan Adam dan Fatihah safety jaket ni, jadi diaorg agak excited terlebih.


Nampak tak pelangi tu???? subhanallah...




okey..dah sampai kat tebing sebelah sana..ada apa ye??? Sila lihat gambar-gambar di bawah yang hampir kesemuanya tanpa caption..hahaha penulis dah malas.

 


Sini jeti tebing sebelah sinun..hehehe

 





 



 

 

Masa ni En. Wan dan Alif panjat menara dan tangkap gambar kami dari atas tu.



Ada sangkar (sangkar ke orang panggil??) arnab, burung unta, rusa, ayam dan banyak lagi le..tak larat nak jalan sampai habis. Kena banyak bersenam bagi lain kali kuat kaki dan jantung untuk meronda lagi.




 

 

Tetiba ada rumah tradisonal Perak nih kat tengah2 hutan nih..replika aje..



 



 

Okey, yang ni dah nak balik. Jalan keluar la kiranya..


Best tak? tu le pasal kot tempat ni photographer suka. Pengantin suka. Pengantin lama pun suka.  Tapi ada le beberapa perkara yang saya nak sentuh kat sini kan. Maybe pihak yang bertanggungjawab boleh betulkan nanti. Macam yang saya tengok lah, kayu pelantar kat jeti tu macam dah nak reput dan dinding pelantarnya ada yang rongak. Kalau anak-anak kecik saiz anak-anak saya tu ngam-ngam aje boleh terjatuh dalam tasik tu masa tengok ikan. Diaorang apa tau. Excited terlebih kan..kita lah kena berwaspada pegang atau dukung kuat-kuat supaya selamat. Tapi part kebersihan memang ok sbb masa kami pergi tu pun ada pekerja yang sedang membersihkan kawasan tu. Kalau sesapa belum datang sini lagi..boleh la datang singgah sini. Bawa kamera okeh!.

3 comments:

  1. Cantiknyaa.. taman rekreasi.. taman lang nie yer..

    ReplyDelete
  2. saya suggest uolls datang sini...kalau suka tgk landskap menarik.

    ReplyDelete
  3. SubhanAllah cantik tempatnya. Tringin nak pergi satu hari nnti. Thanks for info.

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)