Saturday 25 February 2012

SAYUR LOBAK (SAWI) TUMIS

Resepi ni saya ambil dari sini..sini ye..


Bahan-bahannya:

Sayur lobak putih (sawi)
1/2 labu bawang besar - dihiris
2 ulas bawang putih - tumbuk
3 ulas bawang merah - tumbuk
Sedikit belacan - tumbuk
1 biji cili merah - dihiris
1 biji cili hijau - dihiris
1 kiub ikan bilis

Cara-caranya:

  • Tumis bahan tumbuk sehingga naik bau
  • Masukkan air
  • Masukkan kiub ikan bilis
  • Masukkan sayur
  • Kemudian masukkan cili merah dan cili hijau
  • Rasakan masinnya, jika ok..tutup api dan boleh hidang


 

Friday 24 February 2012

Kus Semangat!

Hati ni berdebar-debar...
Macam tengah tunggu anak bawak balik keputusan periksa..
Menang ke kalah???
Kalau menang, bos kata esok tak yah sekolah..cuti kemenangan..
Maklumlah..lawan sekolah sebelah..jiran a.k.a musuh tradisi katanya...katanyalah..
Bukan bos saya kata..org lain yg kata..
Oh, menang ke? dengar dari jauh bunyi macam akan menang..
Sekali..
Dengar budak2 sekolah sebelah menyanyi2 kat depan pagar sekolah ni..lagunya bunyi gembira..
Huk..sekolah aku kalah gamaknya..tak cuti le esok...


Tukar tajuk...




Ayam Goreng Oats... resepinya kat sini ye..

Lawan bola je tadi...kalah pun tak per..janji semangat kesukanan tu ada...jgn gaduh-gaduh hanya kerana bola..malu lah! banyak hal lagi kita boleh buat gaduh..hahaha...


Wednesday 22 February 2012

Sinetron


Sinetron ni tengah hot kat tv9..termasuklah cik abg ahkak ni pun suka tgk jugak...saya ni bukanlah penggemar sinetron. Tapi sambil-sambil tu tengok le jugak. Penat weh nak tunggu ending citer nih. Nabila nak kahwin ngan Fandy..tetiba Rino lak kahwin tipu-tipu ngan Nabila. Bima lak bahagia ngan isterinya Wulan perempuan baik-baik tapi ada rahsia besar lak..(ni sinopsis ke apa nih???). Adoi..fenin ahkak tau..ok tak hari ni tengok..4 hari kemudian baru tengok balik..hahaha..dengan harapan bila tengok 4 hari selepasnya dah dekat nak ending. Ok, jgn mengarut..

Tapi saya suka lagu tema dia..lirik dia touching huhuhuhu...sambil masak boleh nyanyi-nyanyi ye..(^_^)


Masa yang terindah
Kini semua telah berakhir
Karena kau berubah
Tak seperti dulu lagi
Sampai kapan kamu sering menyalahi hatiku
Tak pernah kau tahu begitu sakitnya aku
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan matamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta
Kau anggap diriku
Melihatku dengan sebelah matamu
Dilema untuk diriku
Mencintaimu mengerti kamu
Biarkanku bersalah di depan mukamu
Selalu kau membenarkan apa katamu
Cintamu membuatku sedih dan tak berdaya
Namunku terlanjur cinta


Sunday 19 February 2012

TELUR UDANG KERING

Baru ler boleh mengupdate serba sedikit...
Jumaat-Sabtu pi KL hantar MIL. Pastu pagi tadi lepas Subuh je bergegas ke Kem Kotaraja, Ipoh sbb jadi AJK bahagian makanan utk program kem kepimpinan student sekolah saya. On the way tu gelap gelita..ampun dok pikir macam-macam kalau tetiba entiti lain muncul hahaha.. Anak-anak saya yang super-tak-reti-duduk-diam tu pun jadi baik tetiba duduk elok-elok dalam kete. Si kakak dah mula minta dipeluk sbb takut. Saya lupa nak snap beberapa keping gambar kat sana sbb hujan tetiba turun masa majlis penutup tu & sekaligus menghancurkan harapan nak bagi anak-anak cecah air kat air terjun tepi tu. Pastu jom balik lah..tugas selesai..pi Jusco terjumpa handbag baru auwwww!!!

Jumaat sebelum bertolak ke KL sempat try menu nih..masak kelam kabut sbb En. Wan nak bertolak lepas dia balik keje. Dengan beg tak kemas lagi. Anak-anak pun lum mandi..menu ni memang penyelamat keadaan. Kredit untuk Kak Melley Mey. Boleh cuba lagi lain kali. Makan dengan roti canai pun sedap juga kot.


Resepinya : Sumber dari Sky Blue's Kitchen Melleymey

Bahan-bahan:

Beberapa biji telur (terpulang)
Udang kering secukupnya (lebih banyak lebih sedap)-di rendam dan di tumbuk kasar.
Bwg merah-dicincang
Bwg putih-dicincang
Bwg besar -dihiris nipis
Cili boh / serbuk cili 
Sedikit garam
Sedikit gula kalau perlu


Cara-cara
  1. Tumiskan bwg merah, bwg putih, bwg besar dan udang kering sehingga bangkit wanginya dan sedikit garing.
  2. Campurkan cili, gula dan garam... Masak seketika hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan sebiji telur dan biarkan seketika tanpa di gaul. Setelah kelihatan telur tu separuh masak.. barulah di kacau rata dengan bahan-bahan yg telah di tumis tadi. (guna belakang sudip). Buat begini sehingga telur habis.
  4. Hidangkan. 

 See??? senang kan? boleh ler cuba ye..


Friday 17 February 2012

TELUR MATA LEMBU BERKICAP

Salam...

Nie resepi saya dinner semalam. Resepi simple dari che Mat Gebu tersohor tu (^_^). Terima kasih ye abg Mat! Tapi resepi asalnya kuah tak banyak. Tapi utk semalam saya buat berkuah sikit coz nak padankan dgn menu lain yg tak ada kuah.

gambar adalah terketa-ketar sedikit...*peace*

Resepinya : sumber Mat Gebu 

Bahan-bahan :
4 biji telur
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
2 biji cili merah, hiris
1 batang leek, kerat pendek dan rendam hingga lembut
1/2 cekak suhun, kerat pendek dan rendam hingga lembut
4 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos tiram
1/3 cawan air
Hirisan daun bawang untuk hiasan

Method :
  • Telur digoreng mata lembu sebiji demi sebiji dan pastikan merahnya 1/2 masak (terpulang ikut citarasa anda).
  • Ketepikan dulu dan letak di pinggan hidangan.
  • Panaskan sedikit minyak menumis. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili merah hingga nai baunya. 
  • Masukkan batang leek (toskan) dan sos tiram, kacau rata dan tambah air bersama kicap manis. Kacau rata.
  • Masukkan pula suhun dan masak dengan api kecil hingga pekat. Rasa dan jika dah ok matikan api dan tuang atas telur tadi.
  • Hias dengan hirisan daun bawang. saya letak daun sup. daun bawang tak ada kat umah semalam. Pastu saja je letak hirisan daun saleri. Menghabiskan baki dalam peti ais tu.

Sunday 12 February 2012

Biskut Sante Fingers Yang Sedap

Salam...
Minggu ni saya membusy keje. Sabtu lepas pun saya keje...ada panel luar datang nak menilai saya dalam akaun..terampil ke, tak terampil ke..macam-macam hal lah. Kalau pikir pasal keje tu...memang tak abis lah. Memang tido pun lewat huhuhu..nak siapkan portfolio bagai..pukul 12 lebih baru saya masuk tido..tu pun pukul 4.30 am gitu saya dah terjaga dah risau hal keje. Tak nyempat2 nak pi keje gitu. Memang tension week betul lah minggu ni. Rumah memang tak berkisah langsung. Tetiba dengan keadaan rumah saya yang lantai dah seminggu saya tak mop..selerak sana sini, ada lak tetamu (kawan En. Wan) datang nak menghantar mesin jahit lama pemberian mak mertua saya yang dah siap dibaiki. Nanti bila-bila saya story pasal mesin jahit nih. Aiyoo sgt malu lah rumah macam kapal pecah tetiba org datang kan..time rumah elok berkemas..lantai shining sampai nampak muka sendiri (melampau lah kan), tak ada lak org nak datang. Nape..nape???? 

Actually esok (Isnin) pun saya ada interview dgn panel2 tu gak. Tapi sengaja malas nak over study walaupun hati risau giler. Biarlah...buat apa yg saya mampu je lah. Tapi yg penting lantai rumah saya dah bersih hahaha..sesapa nak datang meh la..(^_^)

Malam semalam saya buat cookies...biskut raya gitu..actually saya dah buat satu adunan dah masa cuti Maulidur Rasul hari tu. Dapat 2 balang (balang kuih raya yg biasa tu)..tapi sedap gamaknya udah settle dah cookies tu. So kebetulan anak-anak yang besar 2 org tu (Aisyah & Alif) ada kat umah kami weekend nih, saya pun suka sgtlah buat lagi cookies kegemaran nih. Memang sedap dik non oii..boleh lah cuba. Saya dapat resepi ni dari satu forum terkenal cewah..WMC lah. Masa pregnantkan Adam dulu saya suka sgt buat cookies nih. No wonder lah Adam pun mmg suka cookies nih. (Adam-tak-kisah-apa-pun-dia-tetap-ngap!!!)


Saya panggil biskut nih rupa tiada tapi rasa ada..sebab memang macam tu le bentuknya. Tapi rasa dia sedap weh. Actually dia boleh kita coatkan dengan coklat, tapi saya tak buat sbb tanpa coating pun dah memang sedap. Malam tadi tengah bakar pun si Alif dah menunggu nak makan. Berulang-ulang ke dapur mengangkut sambil main game. Sudahnya dari biasa dapat 2 balang satu adunan, mlm tadi dapat sebalang je. Se lagi dah masuk perut anak-anak. Tak sempat nak masuk balang.


Aisyah ni rajin menolong kalau bab-bab buat kuih-kek-biskut nih.



gambar tak clear coz saya malas nak amik kamera besar gedabak En. Wan untuk tgkap gambar. Time nih tengah bakar dlm oven.

Resepinyer...

Bahan:
125g (4 oz) butter - cube & softened
60g (2 oz) gula kastor
1 sudu besar condensed milk (susu sejat)
1 sudu kecil esen vanilla
1 sudu kecil baking powder *diayak
185g (6 oz) tepung *diayak
60g (2 oz) coklat masakan - dark choc, finely chopped

Cara-caranya:
  • Butter, gula, esen vanilla dan susu dipukul hingga jadi creamy. Guna senduk kayu @ wisk je.
  • Campurkan tepung dan baking powder yang dah diayak. Gaul hingga sebati.
  • Masukkan pula choc masakan tadi. Just gaul sekadar sebati je. Ala-ala gitu.
  • Paipkan atas tray dalam 7cm panjang dan muncung paip dalam 11/2 cm je agak-agak. Dia akan mengembang ye bila masak.
  • Bakar pada suhu lebih kurang 170C selama 15-20 minit dengan menggunakan api atas bawah bersama fan.
  • Dah siap...kalau rajin atau kalau sempat sebelum anak2 anda dah settlekan cookies nih..boleh lah coatkan dengan coklat masakan (150g/5 oz) yang dicampur dengan sedikit vegetable shortening (30g/10 oz) bahan ini dimasak secara double boil. Salutkan aje kat cookies tadi. Kendian, sejukkan sebelum dimasuk dalam balang kuih raya anda.

Ini biskut saya dalam balang..tadi tengok dah tinggal dalam 3 ketul je..udah hampir licin dimakan. 
Tak per, saya suka tgk diaorg makan.



Wednesday 8 February 2012

Markisa Ibu Mertuaku

Salam..
Banyak hari tak update blog. Laptop saya sedang dibaiki. Bila tiada laptop di sisi terasa macam satu benda penting lak tiada. Mujur tadi dah dapat balik laptop nih. Tak ada apa pun sgt yang nak di update. Cuti selama 4 hari pun duduk aje kat rumah. Petang Sabtu En. Wan tolong mak nya (anak-anak saya panggil nenda) bersihkan laman rumah yg dah bersemak dgn daun kering. Saya pulak tolong jaga anak hahahaha..kata ajelah tak tolong apa pun. Dok sibuk terpesona dengan buah markisa yang mak mertua saya tu tanam dah mula tumbuh dgn lebatnya. Siapa pernah makan buah markisa? saya tak pernah...actually tak tau pun apa rasanya..mak mertua kata boleh buat jus..


Tengok lah..geram betul...saya ckp kat En. Wan nak tanam dekat sebelah dapur saya tu..kami ada buat mcm grill kat bhgn atas..boleh lah kot nak tanam..cuba bayangkan...kalau dah lebat..redup je dapur saya. Tapi bila pikir balik..saya tak rajin lak nak jaga pokok tu supaya dia tumbuh cantik. Takut nanti jadi 'hutan' lak!
 Saya menggogle tadi..khasiat pokok markisa nih...

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan. Sumber adalah dari : Wikipedia


Gitulah kekdahnya hal pokok markisa nih...hehehe..



Thursday 2 February 2012

Ayam Goreng Oats

Salam semua..
Tadi sampai je rumah dari sekolah tgk jam dah pukul 3.30 ptg gitu. Saya sebenarnya dok terfikir lama dah nak try buat ayam goreng nih. Selalunya beli je Ayamas tu then goreng je terus...tapi nak mencabar lagi boleh ye try resepi nih. Sedap okeh...tadi saya masak utk utk makan malam (actually kitaorg sekeluarga biasanya makan malam tu pukul 6pm), Fatihah (anak) meratah je ayam tu. En. Wan pun alhamdulillah.. urrppp! Len kali boleh try lagi.

Actually resepi dari Kak Mas nih sedap lagi kalau guna isi ayam (paha) tu. Katanya ala-ala popcorn chicken. Ye..mmg sedap..macam tu lah rasanya. Tapi utk dinner saya nih, tak ada lah pulak paha ayam / isi yg boleh saya potong-potong. Saya guna apa yg ada kat dapur je. Kalau dah balik pun pukul 3.30 baru sampai umah..saya mmg malas lah nak singgah mana2 utk cari bahan masak. Jadi ayam saya tu bukan ayam tanpa tulang ye. 

 

Sumber : MasDuniaku

Bahan :
1 keping dada ayam @ peha ayam tanpa tulang - potong dadu
1/2 sudu kecil serbuk lada sulah
1 sudu kecil serbuk kari 
sedikit garam 
1/4 kiub ayam
1/2 biji telur  - dipukul sedikit
3/4 cawan oats
2 @ 3 sudu besar tepung kastard 
 minyak secukupnya untuk menggoreng

Cara :

Gaul ayam dengan serbuk lada sulah, kiub ayam dan serbuk kari hingga sebati. Boleh tambah garam jika perlu. Perap sebentar.

Letakkan telur yang telah dipukul sedikit tadi pada ayam yang telah diperap dan gaul sebati.

Taburkan oats pada ayam yang diperap tadi dan juga tepung kastard hingga oats dan tepung kastard melekat elok pada ayam.

Goreng dengan minyak panas hingga keemasan.

Apabila dah masak, toskan dan sedia untuk dihidang.


     

    -bahan bukti-
    (^_^)
    tengok..gigih tak mak budak nih edit gambar cenggini..hahaha..ok, nak tido..
    daa...


    Wednesday 1 February 2012

    Wordless Wednesday #2


    -Perlukahcikgubuatkejenisume?-