Friday 21 December 2012

Selamat Tinggal Rumah Lama...

Assalamulaikum...salam Jumaat penghulu segala hari (^-^)

Minggu lepas kami secara rasminya sudah berpindah ke rumah baru...dan secara rasminya rumah lama kami telah bertukar kunci kepada pemilik baru huhuhu (sedih tapi gembira, jadi apakah?)

Rumah lama kami banyak nostalgia...walaupun kami tinggal kat situ dalam 2 tahun aje tapi banyak kenangan suka dan duka buat kami. Actually ini merupakan rumah kedua kami. Mula-mula kahwin dulu, En. Wan angkut saya ke apartment milik beliau. Saya sempat berpantangkan anak sulung di sana. Seronok kat sana...kenangan sebagai pasangan yang baru mendirikan rumahtangga dengan saya yang baru bertatih menjadi seorang isteri. Walaupun apartment tu kecil, tapi saya gembira. Kemudian bila bilangan ahli keluarga bertambah, kami beli pula rumah ini...rumah teres dua tingkat lot tengah. Masa beli rumah ni, saya sedang sarat mengandungkan Adam. Masa berpindah, memang tak banyak yang boleh saya tolong sebab sedang menunggu hari. Bila Adam lahir, saya berpantang di rumah ini dan kenangan dijaga suami tersayang sambil dibantu emak saya. Beliau yang menyediakan air panas untuk saya mandi setiap pagi, panaskan tungku dan menyediakan makanan saya (En. Wan akan masak ikan kerisi yang dibakar untuk saya hampir setiap hari masa berpantang dulu hahaha) dan memandikan Adam sebelum bergerak ke pejabat. Kemudian, emak akan take over pula sampai En. Wan pulang pejabat. Kenangan tu.

Saya sayang rumah ni...tapi biasalah, kehendak manusia ni ada macam-macam dan akhirnya rumah ini sudah bertukar pemilik. Jadi, sebelum rumah lama kami itu bertukar wajah sebab dengar-dengarnya pemilik baru nak renovate lain..dan saya snap beberapa keping gambar buat kenangan. Oh, kenangan sedang perut membuyung tu saya gigih mengekor En. Wan memilih tiles, sinki, kepala paip, cat, lampu kipas supaya kena pada mata kami (err...mata saya sebenarnya hehehe).

Gambar-gambar ni...setelah kami angkut semua barang dan perkakas ke rumah baru..rumah ni sudah kosong.

 

Hall....

 

Entrance...

 

Ruang tengok tv kegemaran kami sekeluarga...tempat lepak...

 

Dari sini dah boleh nampak laluan ke dapur saya

 

My kitchen...tempat paling sentimental buat saya...kat tepi sliding door tu kami buat sedikit ruang untuk letak pokok-pokok macam daun pandan, daun kunyit, gantung pokok orkid pemberian emak saya dan emak mertua. Masa masak, terasa tiupan angin luar walaupun rumah ni lot tengah. Malah, dapur saya sentiasa cerah dengan sinaran mentari. Ini idea En. Wan yang paling saya suka. Tapi sayangnya, pakcik owner baru nak pecahkan dinding ni katanya sebab dia nak besarkan lagi dapur ni. 


Masa nak buat kabinet dapur ni, saya terlupa mengambil kira warna tiles dan warna coklat pada kabinet tu buat spoil sikit hehehe..

Sinki dan kalau nampak pintu warna hitam tu adalah pintu belakang (keluar)..so, saya tak letak tong sampah dekat dalam dapur untuk elakkan semut dan lalat datang. Saya letak tong sampah kat bahagian luar yang kami letak pokok tu. Nak letak kat luar rumah ada kucing dan anjing jiran lagi le haru. 

 

Wall sticker yang kami tampal kat laluan tangga. Beli kat belakang Lock In aje >>>sebut loken (orang Ipoh tau le ni)


Bilik air...



Selamat tinggal rumah nostalgia...semoga perpindahan kami ke rumah baru ini memberi keberkatan dan kebahagiaan buat kami sekeluarga. Amin...



No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)