Sunday 2 December 2012

Sofa L Shape vs Sofa 3+2+1

Saya dan suami (En. Wan) memang kerap berbeza pendapat dalam banyak perkara. Ye, umpama air oren bergas dengan nescafe panas hahaha. Segala aspek lah samada aspek pendidikan anak-anak hinggalah hiasan rumah. Makanan kegemaran dan juga cara berfikir kami selalunya berbeza. Suami saya tak suka kek coklat, tapi saya gila kek coklat. Suami saya suka kek cheese, tapi saya paling tak suka kek cheese. Tapi alhamdulillah, dengan segala perbezaan itu perkahwinan kami bertahan sehingga sekarang. Saya kira 'penawar'nya ialah dek kerana sikap beralah saya kot..eceh! (tangan di dada, mata ke atas).

Mungkin saya tidak sembangkan sangat kat blog ni bahawa kami dalam proses pindah rumah. Rumah yang kami beli ni rumah lama yang kami renovate semula hampir 90%. Insya Allah, dalam minggu hadapan dah boleh masuk rumah baru tu. Masa beli rumah ni pun saya dan suami berdebat juga, sebab saya mahu rumah baru yang dibangunkan oleh pemaju. Kalau kat Ipoh ni macam area Botani ke, Meru Raya ke...tapi suami pula lebih suka rumah lama (taman perumahan rumah baru kami ni ramai pakcik makcik sudah pencen rasanya) sebab menurutnya rumah lama besar dan luas. Susah nak dapat rumah luas seperti yang kami dapat sekarang (teres dua tingkat) dengan harga bawah RM200 ribu dan end lot pula. Suami pula suka xperesikan idea yang dia ada dengan design corak jubin, kat mana nak letak bilik air dan sebagainya. Pendek kata, sepanjang proses renovation rumah kami tu, suami umpama Eric Leong gayanya hahaha. Berbeza dengan saya, saya suka perkara yang simple dan tak semak kepala..beli rumah baru dan terima apa yang pemaju buatkan dan deco lah sendiri seperti yang diidamkan. Mudah kan..tapi di Ipoh, memang rumah teres dua tingkat end/corner lot rata-rata RM200 ribu ke atas dan akhirnya seperti biasa, saya beralah dan suami saya menangkan hahaha.

Dalam usaha memiliki rumah yang selesa tu insya Allah, saya dan suami mula berangan memiliki sofa baru. Misi kami bermula dengan meninjau kedai demi kedai dengan harapan dapat beli sofa baru dengan bajet yang kami ada. Tiba di kedai, saya dari awal sudah berangan-angan dan sudah plan mahu sofa 3+2+1 dan saya mahu sofa fabrik. Sebab ruang tamu saya luas tapi ada tiang seri di tengahnya. Suami pula mahu sofa L shape dan kulit sebab katanya sekarang sudah moden, orang pakai L shape dan sempat lagi perli saya "kuno lah awak ni sofa 3+2+1 zaman dulu je pakai". Cis! sentap I tau. Akhirnya, misi mencari sofa baru turut tersentap dan kami pulang dengan tangan kosong sebab masing-masing nak juga sofa yang dikehendaki hahaha.
 
Sofa idaman suamiku...(imej ehsan google)

 

Sofa idaman kalbu ku...(imej ehsan google)



No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)