Tuesday 7 August 2012

Woit, Sihir Tu Dosa Besar Tau!

 
Gambar ihsan Google images


Kelmarin mak dan ayah saya datang ke rumah. Saja datang nak main-main dengan cucu katanya. Mak saya membawa bersama berita yang menyentap perasaan saya serta buat saya termenung panjang. Baru-baru ni dalam bulan Ramadhan yang mulia ni salah seorang saudara kami (saudara jauh) meninggal dunia kerana disihir orang. Alkisahnya penyakit yang dideritai selama berbulan itu tak dapat dikesan punca dan ubatnya oleh doktor. Puas berubat dan akhirnya ajal datang menjemput. Saudara saya itu (perempuan) baru saja dinaikkan pangkat dan perkara itu tidak disenangi oleh salah seorang rakan sekerja beliau. Rakan tersebut datang mengugut melalui kata-kata berbaur negatif dan ada menyebut saudara saya ini akan 'pergi'. Tidak lama kemudian, saudara saya ini jatuh sakit. Sakit yang pelik. Namun arwah sempat menceritakan hal rakannya itu kepada rakan rapatnya. Namun Allah lebih sayangkan beliau. Mudah-mudahan rohnya tenang di sana. 

Saya hairan...adakah terlalu penting harta, pengaruh dan pangkat dunia ini sehingga sanggup ketepikan hukum Allah? Saya rasa sudah ramai ustaz dan ustazah yang bercakap soal ini di TV dan sebagainya betapa perit seksaan Allah pada orang yang bermain sihir ini. Tapi masih ada lagi yang sanggup 'membunuh orang lain secara diam' sebegini. Semua ni pada saya disebabkan sentiasa timbul rasa dengki dan cemburu melihat kejayaan orang lain, melihat kebahagiaan dan kesenangan orang lain. Sedangkan diri mereka sendiri juga punya keistimewaan lain yang mereka tidak nampak, lalu sering berasa tidak bersyukur dengan apa yang ada.

Jika mangsa yang dianiayai itu telah meninggal dunia bersama sihir yang anda berikan..atau anda sendiri yang meninggal dunia terlebih dulu tanpa sempat meminta maaf...bagaimana ye? Fikir-fikirkan lah...kepuasan hati kerana berjaya membuatkan orang yang anda sakit hati tu lemah dan sakit hanya sementara saja. Itu bukanlah kemenangan sebenarnya. Kerana jika tidak sempat bertaubat..berdosa besar.

Semua orang ada perasaan cemburu, tapi gunakanlah dengan cara yang positif. Jika ada rakan yang dinaikkan pangkat/gaji atau pun anugerah..jadikanlah itu satu cabaran untuk kita juga mendapat yang serupa juga kelak tapi biarlah dengan cara yang positif. Bukannya dengan sihir atau apa jua cara yang jijik seumpamanya. 

Baginda SAW bersabda, Mafhumnya: “Sesiapa yang mendatangi bomoh atau tukang tilik, dan membenarkan (mempercayai) apa yang dikatakan oleh bomoh atau tukang tilik itu, sesungguhnya dia telah kufur terhadap apa yang diturunkan kepada Muhammad.”  (Hadith riwayat Ahmad, al-Hakim dari Abu Hurairah RA)

-wallahualam-



No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)