Friday 31 August 2012

Wow, Ini Sangat Menarik!


keratan akhbar BH Rabu, 29 Ogos 2012
Menarik tak? kalau yang gemar memasak memang suka..macam budak tadika dapat buku mewarna baru beli. Apa lagi la org2 yang suka makan macam saya nih hehehe. Seronok kan kalau kita dapat belajar resepi lama-lama org dulu-dulu. Org dulu-dulu kalau memasak memang sedap walaupun kelengkapan di dapur tak lah lengkap dan canggih macam zaman kita sekarang. Segalanya ada 'pembantu', nak uli doh buat karipap pun sekarang dah ada mesin. Betul tak? saya ingat lagi pada arwah Mak Tok saya (side ayah di Penang), kalau dia masak...hmm...memang sedap. Kalau raya-raya ni saya teringat ketupat daun palas arwah dan juga biskut Arab yang arwah buat. Tanpa bantuan okeh. Kalau yang menolong pun arwah Tok Wan aje lah. Tapi arwah memang teliti dan pembersih masa menyediakan makanan. Ketelitian tu bak kata Mak saya sampai lunch pun dah boleh lajak sampai pukul 2 ptg hahaha, Sebab arwah memang giling cili sendiri dan memang lama menghabiskan masa di dapur, Tapi hasilnya memang tiada tandingan hingga kini. 

Saya masih ingat arwah pernah ajar saya masak Pucuk Ubi Masak Lemak. Arwah suruh saya tumbuk guna lesung segala cili dan kunyit hidup tu sampai la jadi lumat macam yg dia mahukan. Selagi tak kuning dan lumat macam yang dia mahu, saya kena tumbuk lagi. Bila saya dah letak santan semua, arwah pun masuk dapur semula nak tengok hasil yang saya masak tu..sudahnya nak tau apa arwah kata? "hang masak dah jadi macam kari!" (maksud arwah saya letak santan terlebih) huhuhu nanges la kan...punya la lama nak masak satu menu tu je pun. Teliti weh. Buku resepi arwah dengan tulisan tangan jawi arwah masih ada saya simpan di rumah Mak saya. Sangat nostalgia dan sangat bernilai pada saya. Walaupun sukatan resepi tu ada yang saya tak faham dan belum lagi ambik kira bab merangkak-rangkak nak baca tulisan jawi arwah tu hahaha tapi insyaAllah saya akan simpan buat kenangan.

Sembang balik pasal buku Nostalgia Medan Selera ni, apa yang saya faham ialah merupakan sebuah naskah masakan pada tahun 1950-an oleh penulis asal iaitu Allahyarham Ahmad Yaakub Al-Johori yang diberi nafas baru dengan penyusunan semula oleh tujuh orang cucu beliau. Penyusunan baru termasuklah menggunakan sistem ukuran metrik yang sesuai dengan generasi sekarang. Kalau berminat uolls boleh lah ke laman web ini www.medanselera.shakespot.net dan buku ini dijual dengan harga RM130.00 (termasuk kos penghantaran seluruh Malaysia) dengan pelbagai resepi dalam buku setebal 216 muka surat. Boleh beli secara online di laman web tersebut. Okeh!

SELAMAT HARI KEBANGSAAN!

1 comment:

  1. weeeeee tak leh tgok kalau bab makanan neh. lemah sungguh! huhuhu

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)