Thursday 24 November 2011

SUP SUUN YG FUHH!!!

Salam...
Tengok gambar dulu ye...

 fresh dari oven periuk...kalo bab presentation hidangan mmg saya failed. 
Asal En. Wan tak komen udah le.

Resepi asalnya saya ambil dari blog jintanmanis ni. Ini antara blog yg saya suka cuba resepi2 dalamnya. Untuk org rumah yang baru bertatih dlm masak memasak ni mmg antara sumber resepinya dari internet lah. (Pecah rahsia aku mmg tak reti masak!)

Kalau nak try resepi asal jintanmanis..leh klik link atas tu. Untuk yg saya masak ni saya letak je apa yg ada kat rumah hari ni. Jadi banyak yg saya ubah ikut kesesuaian bahan yg saya ada.

1 ulas bawang putih
1/4 biji bawang besar atau 3 ulas bawang merah
1 - 2 biji kentang (dipotong beberapa bahagian)
sedikit suun (rendam seketika)
sedikit fucuk (rendam seketika)
1 kiub ikan bilis knorr
garam
air

Cara-caranya

1. Cincang atau hiris halus segala jenis bawang tadi, kemudian panaskan sedikit minyak masak (saya guna minyak masak conola & sunflower oil Naturel - konon nak kurang kolestrol..kononnya) dan  tumis  bahan tadi sehingga naik bau dan agak garing, Masukkan kiub ikan bilis dan selepas itu masukkan air.
2. Setelah mendidih baru masukkan kentang. Masak sehingga kentang empuk, baru masuk suun dan fucuk.
3. Kemudian kalau rasa nak masin, masukkan garam. Lagi best letak daun sup. Saya daun sup hari ni elek..

Fucuk tu jgn banyak sgt la..sbb dari pemerhatian saya la..kalau bnyak dia akan menspoilkan sup tu sbb mengembang dengan jayanya.

No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)