Wednesday 16 May 2012

Selamat Hari Guru, Cikgu!

Mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan SELAMAT HARI GURU pada semua rakan-rakan seperjuangan. Berkhidmatlah dengan rela walau kadang-kadang hati penuh duka. Semoga khidmat yang diberi mendapat keberkatanNYA. Buat semua guru-guru serta pensyarah saya dulu..sejak tadika sehingga zaman universiti..jasamu guru tidak ku lupa.

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Terangi sekeliling dengan diri terbakar
Tak siapa yang sedar
Disaat kegelapan rela aku berkorban
Demi satu harapan

Biar masa berlari
Dan kau terus mendaki
Aku tenang disini dengan sabar menanti
Tanpa dendam dan benci
Andainya kau terjatuh terluka dan tersungkur
Kurawat biar sembuh

Aku tak kan bertanya
Apakah nanti balasannya
Setiap pengorbanan setiap pemberian
Demi satu ikatan

Keikhlasan dihati
Walaupun kau ragui
Pada suatu masa dan suatu ketika
Akan ketara jua

Biarku menjadi lilin
Memberikan cahaya
Saat kau kesepian saat kau kegelapan
Kurela menerangkan

Aku senang begini dapat terus berbakti
Dengan cara sendiri

- lagu dari Pelangi-

 

Hadiah paling bermakna yang saya terima pada hari ini, sejambak bunga dari En. Wan yang dihantar secara suprise ke sekolah saya. ilebiu...

(^-^)




No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)