Wednesday 9 May 2012

Jangan Buang Anak

Assalamualaikum...
Bersawang...lama tak taip entry hehehe. Tadi masa breakfast, minum2 nescafe sambil baca suratkhabar online saya tersentap bila terbaca ini. Meh sini saya copypaste kan, (sumber : myMetro)

Bayi dibuang diseret anjing

 

IPOH: Seorang bayi lelaki yang dicampak berhampiran kawasan perumahan Anjung Bercham Indah, di sini, terselamat daripada menjadi ‘hidangan’ sekumpulan anjing liar yang menggigit dan menyeretnya, tengah malam semalam.
Dalam kejadian jam 12 pagi itu, mangsa yang baru dilahirkan kurang seminggu terselamat apabila tangisannya didengari penduduk kawasan perumahan itu yang segera menyelamatkannya.

Ketika ditemui, bayi seberat 2.4 kilogram itu dibalut dengan kain putih sebelum diletakkan dalam plastik oleh individu yang dipercayai berniat mahu membunuhnya. Saksi kejadian, Tan Swee Kong, 50-an, yang juga Pengerusi Rukun Tetangga Bercham berkata, dia mulanya terserempak seekor anjing dewasa menyeret plastik.

Bagaimanapun, katanya, dia yang menyangka plastik itu berisi sampah terkejut apabila terdengar tangisan bayi sebelum menghalau anjing liar berkenaan.

“Saya membuka plastik itu sebelum menemui seorang bayi lelaki yang hanya dibalut kain putih.


“Saya yakin beberapa anjing liar sudah menyeret bungkusan berisi bayi itu dari lokasi lain sebelum ia sampai di hadapan rumah saya berdasarkan kesan darah yang ditemui di jalan,” katanya ketika ditemui di wad kanak-kanak Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini, semalam.


Turut sama melawat bayi itu ialah Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan dan Hal Ehwal Bukan Islam Perak, Datuk Dr Mah Hang Soon.

“Orang yang membuang bayi ini lebih hina daripada binatang dan perbuatan ini amat tidak berperikemanusiaan,” katanya.

Sementara itu, Dr Mah berkata, bayi berkenaan kini berada dalam keadaan stabil walaupun mengalami kesan luka dan sudah menerima rawatan pakar kanak-kanak HRPB.


Kejam kan??? sangat tidak berperikemanusiaan! Nasib baik la baby tu dah stabil. Kalau tak...memang lah. Saya pelik lah..tergamaknya buang bayi yang tidak tahu erti hidup tu lagi kat tepi jalan. Pastu lak..anjing datang gigit-gigit..cakar bayi tu. Sedih sangat. Kalau tidak mahu sekalipun bayi itu, janganlah sekejam ini. Fikirlah cara lain yang tidak membahayakan bayi itu. Wallahualam kita tidak tahu status bayi ini..dibuang atas sebab lahir dari hubungan terlarang atau mungkin terjadi sesuatu peristiwa yang menyebabkan bayi ini jadi macam ni..itu hanya Allah saja yg tahu. Tapi jika benar datang dari hubungan yang di luar perkahwinan, saya marah kerana kenapa masa melakukan perkara tersebut kamu tidak terfikir hal ini? bahawa hubungan itu akan membenihkan hasil? wa..statement aku dah macam kaunselor pastu senang-senang pulak ko buang dia macam tu aje. Berdosa besor weh!

Anak tu sikit pun tak berdosa. Dia berhak diberi peluang untuk hidup sebagaimana kamu dulu. Tak kah terbit rasa belas tatkala kamu mendengar tangisan pertama anak tu? Orang lain sudah berkahwin bertahun-tahun tapi tidak dikurniakan anak, bersyukurlah kamu diberi nikmat menjadi seorang ibu dan jika rasa tidak mampu menjaga bayi itu sekalipun, serahlah pada pihak yang sepatutnya. Macam baru-baru ni saya ada terbaca dalam Berita Harian tentang Pusat perlindungan bayi yang diwujudkan oleh KPJ Ipoh. Tiada cctv diletakkan berhampiran jika kamu tidak mahu dilihat. Beroperasi 24 jam dan kamu boleh datang tengah-tengah malam buta juga jika rasa malu dilihat. Saya tidaklah menggalakkan pembuangan bayi malah menentang keras tapi pada saya Pusat Perlindungan bayi seumpama ini boleh menghalang daripada individu yang tidak bertanggungjawab daripada membuang bayi mereka di tong sampah, tepi jalan dll sehingga menyebabkan bayi itu menjadi makanan binatang. 



 

-semua gambar di atas adalah ihsan Google images-

Cuba tengok gambar-gambar baby kat atas nih, comel tak?? comel kan...rasa nak cium-cium je cubit-cubit pipi tu. Saya sedih lah bila setiap kali terbaca artikel berita kes buang bayi nih. Dunia dah hampir kiamat agaknya bila ibu yang mengandungkan dengan penuh susah payah, melahirkan dengan penuh kesakitan (walaupun kadang-kadang rasa pelik bila terbaca ada yang terbersalin dalam toilet seorang diri tanpa ada yang mengesyaki) senang-senang je campak bayi tu dalam plastik nak buang. Ini manusia weh..bukan nasi basi!

Hmm...fikir-fikir kan lah...wallahualam..

SELAMAT HARI IBU PADA SEMUA IBU-IBU YANG TIDAK MEMBUANG ANAKNYA...




1 comment:

  1. Sye benci dgn org yg suka membuang bayi mcm buang sampah.. Org ni x de perasaan agaknya.. Kat dunia maybe ko terlepas, dekat sana jgn mimpi..... Azab menanti!

    Maaf.. Sye emosi.. ^___^

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)