Sunday 19 February 2012

TELUR UDANG KERING

Baru ler boleh mengupdate serba sedikit...
Jumaat-Sabtu pi KL hantar MIL. Pastu pagi tadi lepas Subuh je bergegas ke Kem Kotaraja, Ipoh sbb jadi AJK bahagian makanan utk program kem kepimpinan student sekolah saya. On the way tu gelap gelita..ampun dok pikir macam-macam kalau tetiba entiti lain muncul hahaha.. Anak-anak saya yang super-tak-reti-duduk-diam tu pun jadi baik tetiba duduk elok-elok dalam kete. Si kakak dah mula minta dipeluk sbb takut. Saya lupa nak snap beberapa keping gambar kat sana sbb hujan tetiba turun masa majlis penutup tu & sekaligus menghancurkan harapan nak bagi anak-anak cecah air kat air terjun tepi tu. Pastu jom balik lah..tugas selesai..pi Jusco terjumpa handbag baru auwwww!!!

Jumaat sebelum bertolak ke KL sempat try menu nih..masak kelam kabut sbb En. Wan nak bertolak lepas dia balik keje. Dengan beg tak kemas lagi. Anak-anak pun lum mandi..menu ni memang penyelamat keadaan. Kredit untuk Kak Melley Mey. Boleh cuba lagi lain kali. Makan dengan roti canai pun sedap juga kot.


Resepinya : Sumber dari Sky Blue's Kitchen Melleymey

Bahan-bahan:

Beberapa biji telur (terpulang)
Udang kering secukupnya (lebih banyak lebih sedap)-di rendam dan di tumbuk kasar.
Bwg merah-dicincang
Bwg putih-dicincang
Bwg besar -dihiris nipis
Cili boh / serbuk cili 
Sedikit garam
Sedikit gula kalau perlu


Cara-cara
  1. Tumiskan bwg merah, bwg putih, bwg besar dan udang kering sehingga bangkit wanginya dan sedikit garing.
  2. Campurkan cili, gula dan garam... Masak seketika hingga pecah minyak.
  3. Pecahkan sebiji telur dan biarkan seketika tanpa di gaul. Setelah kelihatan telur tu separuh masak.. barulah di kacau rata dengan bahan-bahan yg telah di tumis tadi. (guna belakang sudip). Buat begini sehingga telur habis.
  4. Hidangkan. 

 See??? senang kan? boleh ler cuba ye..


1 comment:

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)