Wednesday 8 February 2012

Markisa Ibu Mertuaku

Salam..
Banyak hari tak update blog. Laptop saya sedang dibaiki. Bila tiada laptop di sisi terasa macam satu benda penting lak tiada. Mujur tadi dah dapat balik laptop nih. Tak ada apa pun sgt yang nak di update. Cuti selama 4 hari pun duduk aje kat rumah. Petang Sabtu En. Wan tolong mak nya (anak-anak saya panggil nenda) bersihkan laman rumah yg dah bersemak dgn daun kering. Saya pulak tolong jaga anak hahahaha..kata ajelah tak tolong apa pun. Dok sibuk terpesona dengan buah markisa yang mak mertua saya tu tanam dah mula tumbuh dgn lebatnya. Siapa pernah makan buah markisa? saya tak pernah...actually tak tau pun apa rasanya..mak mertua kata boleh buat jus..


Tengok lah..geram betul...saya ckp kat En. Wan nak tanam dekat sebelah dapur saya tu..kami ada buat mcm grill kat bhgn atas..boleh lah kot nak tanam..cuba bayangkan...kalau dah lebat..redup je dapur saya. Tapi bila pikir balik..saya tak rajin lak nak jaga pokok tu supaya dia tumbuh cantik. Takut nanti jadi 'hutan' lak!
 Saya menggogle tadi..khasiat pokok markisa nih...

Pokok Markisa atau juga dikenali sebagai buah susu, merupakan sejenis pokok yang menjalar bagi mendapatkan cahaya matahari. Buahnya yang rasa sedikit masam dan manis boleh dimakan begitu sahaja ataupun dijadikan minuman. Kini terdapat jus markisa dijual di pasar raya atau kedai-kedai.
Pokok markisa ini terdapat di kebanyakan negara-negara tropika dan sub-tropika terutama di Australia, India, Kenya, New Zealand dan Hawaii. Markisa ditanam secara komersil di negara-negara berkenaan. Dua varieti yang biasa ditanam untuk tujuan ini ialah markisa berkulit warna kuning (Passiflora edulis f.flvicarpa) dan buah markisa berkulit warna ungu (Passiflora edulis sim).
Terdapat dua jenis markisa, satu berwarna kuning yang tumbuh di dataran tinggi dan satu lagi berwarna ungu. Walau bagaimanapun, rasa kedua-dua jenis ini adalah sama sahaja. Varieti kuning didapati lebih sesuai ditanam di Malaysia kerana boleh mengeluarkan hasil yang lebih tinggi berbanding varieti ungu. Varieti kuning ini telah dibawa ke Malaysia dari Australia dan Hawaii pada tahun 1960-an. Markisa ialah tanaman saka yang menjalar. Buah markisa mengeluarkan sulur paut dari pangkal daun. Bentuk daunnya bulat membujur dan rata di tepi.
Di Malaysia, markisa dari varieti kuning mula menghasilkan buah dalam jangka masa 5-6 bulan selepas tempoh penanaman dan jangka hayat pokok adalah lebih kurang 3 tahun. Lebih kurang 74 hari selepas pendebungaan, bunga akan menjadi buah yang bujur berukuran kira-kira 7 cm dan 6 cm dan mempunyai berat dalam lingkungan 8 g. Buah ini manis serta mempunyai rasa dan bau yang sedap apabila ranum.
Buah markisa boleh didapati sepanjang tahun tetapi puncak pengeluarannya ialah di antara bulan Disember hingga Januari dan Julai hingga Ogos. Indeks kematangan komersil untuk buah markisa adalah apabila buah tersebut jatuh dari tangkainya secara semulajadi. Maka barulah buah markisa tersebut boleh dituai. Ini selalunya berlaku selepas 75 hari selepas proses pendebungaan.
Buah markisa ungu sesuai dimakan mentah manakala buah markisa kuning pula sesuai digunakan untuk penghasilan jus. Pulpa markisa boleh dijadikan jem, agar-agar, perasa ataupun campuran kepada yoghurt dan aiskrim. Selain mempunyai citarasa dan aroma yang unik, jus markisa merupakan sumber yang kaya dengan pro-vitamin A, vitamin C, niasin, dan riboflavin. Ia boleh dijadikan komponen untuk minuman sirap, kek, roti dan susu. Kulit buah markisa pula boleh dijadikan makanan ternakan. Sumber adalah dari : Wikipedia


Gitulah kekdahnya hal pokok markisa nih...hehehe..



2 comments:

  1. seriusly first time aku tgk buah ni..slalu dok minum jus jer..huhu..

    ReplyDelete
  2. belum pernah lagi minum jusnyer..rasa apa ye?Geram tgk merimbun gitu.

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)