Thursday 1 March 2012

SPAGHETTI BOLOGNESE

Agak 'lemau' untuk berblogging..saya memang gitu..kejap je..hangat-hangat taik ayam...
Tapi hari nih saya nak tempek satu resepi yg saya dah try nih..mlm tadi saya masak lagi spaghetti ni..senang citer kuah merah punya..


Resepi sumber : Chikadakbiru

Bahan-bahan
500gm spageti (direbus dengan air mendidih & letak sikit minyak atau gaul dengan butter bila dah kembang)
400gm daging kisar (saya suka ayam kisar..kurang gemar daging kisar)
220gm tomato pure jenama Du Chef (boleh kurangkan sukatan ini sbb ikut tahap masamnya lidah anda..hahah)
1 botol sos spageti perasa cendawan jenama Kimball (yang ni pun..rasa2 dulu..kang masam lak)
1 tin cendawan butang - di hiris nipis
1 mangkuk kecil mixed vege
2 sudu besar serbuk oregano
3 helai daun bay
2 sudu besar serbuk lada hitam kasar
Sedikit gula
Secukup rasa garam
2 keping keju slice
1 senduk susu segar - Saya tak letak pun...tak letak pun masih ok...
2 sudu besar butter untuk menumis
1 labu bawang besar  holland - di dadukan
1 tin air (sukat tin DuChef)

Cara-cara
  • Cairkan butter dlm periuk. Masukkan bawang holland. Masak sehingga sedikit layu. Masukkan daging cincang. Masak sehingga daging bertukar warna.
  • Masukkan sos spageti kimball, Tomato Puri Duchef, 1 tin air. Masukkan Daun Bay, Serbuk oregano dan serbuk lada hitam kasar. Masukkan cendawan dan mixed Vege.
  • Masukkan susu segar dan keju . Kacau sehingga rata dan sebati.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa anda.
  • Tutup api bila kuah td sudah mendidih dan sedia dihidangkan.






2 comments:

  1. ada letak cheese ek dalam kuahnya tu? macam menarik ni. boleh cuba.

    ReplyDelete
  2. terima kasih kerana mencuba...saya baru perasan msg kat resepi ni..maafkan saya...saya tidak mahir sgt blog nih :))

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)