Tuesday 27 March 2012

PUDING LAICI STRAWBERI

Beberapa hari ni saya diduga dengan ujian yang cukup mencabar. Sebab tu saya agak malas nak update blog. Tiada mood untuk buat itu dan ini dan kesihatan saya juga agak kurang memuaskan. Hari ni juga macam tu. Tiada perubahan. Saya kehilangan selera makan yang dulunya membuak-buak. Malam tadi pun seperti beberapa hari yang lepas, saya tidak menjamah makan malam walau secubit pun. Pagi hanya beralaskan sedikit saja sarapan. Tiada makan tengah hari kerana tiba-tiba perut terasa seperti kenyang. Oh, apa yang saya merepek nih. Baru Allah duga sedikit saya sudah seperti mahu mati sbb tiba-tiba jadi tak suka makan.

Masalah memang takkan selesai..jadi lebih baik saya teruskan hidup seperti biasa. Berserah pada yang Maha Esa kerana tiada org lain yang boleh membantu saya kala ini kecuali Allah. Saya yakin..ada rahmat Allah disebaliknya. Saya tidak tahu..saya akan laluinya saja. Mudah-mudahan tiada yang buruk menimpa.

Beberapa minggu lepas, ipar saya sekeluarga bertandang ke rumah dan ini antara menu hidangan yang saya jamu pada mereka seikhlasnya. Sebab tiada mood hari ni, jadi saya malas nak cerita panjang lebar.


Resepinya :
Sumber saya ambil dari sini. TQ!

Bahan-bahan:

600ml air
300ml sirap laici dalam tin
200ml susu cair
180gm gula
100gm buah laici - dicincang
20gm agar-agar kering - direndam sebentar

Bahan sos raspberi:

2 sudu makan jem raspberi
2 sudu makan madu
4 sudu makan air

Method:

1. Rebus agar-agar bersama air dan gula hingga semua bahan larut.
2. Kemudian tapiskan dan tuangkan kembali ke dalam periuk.
3. Tambahkan sirap laici dan juga susu cair. Biarkan mendidih dan tutup apinya.
4. Masukkan cincangan laici dan tuangkan ke dalam acuan. Sejukkan dan potong mengikut citarasa.
5. Untuk membuat sos raspberi, satukan kesemua bahan dan panaskan di atas api hingga semua bahan sebati dan pekat.
6. Tuangkan ke atas puding laici tadi.

P/s : Memandangkan saya takut mereka terkejut masa makan sbb terlalu manis (maybe), jadi saya kurangkan sukatan sos raspberi tu. Sbb tu saya punya puding ada calit-calit aje sos tu. Tapi alhamdulillah, laju mereka makan.

: Tak tau nape nama puding nih strawberi padahal guna jem raspberi. Maybe empunya resepi saja yg tau sbbnya.




Last sekali...ni yang kawan saya bagi dan nasihatkan saya amalkan surah ni waktu ditimpa kesusahan. Hanya Allah tempat kita mengadu.

Allah tidak membebankan seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. (Mereka berdoa dengan berkata): "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau mengirakan kami salah jika kami lupa atau kami tersalah. Wahai Tuhan kami ! janganlah Engkau bebankan kepada kami bebanan yang berat sebagaimana yang telah Engkau bebankan kepada orang-orang yang terdahulu daripada kami. Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang kami tidak terdaya memikulnya. dan maafkanlah kesalahan kami, serta ampunkanlah dosa kami, dan berilah rahmat kepada kami. Engkaulah Penolong kami; oleh itu, tolonglah kami untuk mencapai kemenangan terhadap kaum-kaum yang kafir". 
(Surah Al-Baqarah : 286)

Duhai hati..tabahlah dikau..

 


1 comment:

  1. gitulah idup kita...dugaan dtg dan pergi..begitulah lumrah kehidupan..

    ReplyDelete

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)