Friday 30 December 2011

Selamat Datang 2012


Salam semua..
Sedar tak sedar kita sudah makin menghampiri tahun 2012. Masya Allah..cepatnya ye masa berlalu. Rasa macam baru je sangat lagi saya menempuh 2011 dengan pelbagai suka dan duka. Baru tadi saya pulang dari mesyuarat pertama guru di sekolah. Biasalah, dah diberi senarai tugas untuk saya pikul sepanjang 2012 nanti. Sebagaimana saya, tidak kisah berat atau susah pun tugas tu atau terasa ada yang lain bakal duduk bergoyang kaki, insya Allah saya akan cuba melaksanakan tugas-tugas tu dengan baik. 

2011...saya selalunya menempuh tahun baru tanpa azam yang terperinci untuk dicapai. Apa yang penting, saya mahu jadi lebih baik dari dulu. Itulah azam saya setiap tahun. Jadi, maybe disebabkan itu..bila ditanya adakah azam saya pada 2011 telah tercapai, entahlah. Cuma secara peribadi, saya telah berjaya melakukan beberapa perubahan positif dalam diri saya. Alhamdulillah. Oh, kenangan paling manis 2011 sewaktu saya menunaikan umrah bersama suami tercinta pada bulan Mac hari tu. Alhamdulillah syukur. Mudah-mudahan jika ada rezeki saya dapat lagi menjadi tetamu Allah pada 2012 kelak.

2012..mudah-mudahan membawa kebahagiaan kepada saya dan keluarga. Mudah-mudahan murah rezeki kami pada 2012 dan seterusnya. Semoga perkara-perkara yang manis saja yang akan saya tempuh kelak. Insya Allah. Azam? Saya mahu jadi diri saya yang lebih baik dari 2011!

Salam ukhuwah dari kami 


No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)