Tuesday 20 November 2012

Cukupkah Sekadar Doa?

Assalamualaikum...

Sekarang ni paling meruntun jiwa bila tengok berita kat TV. Memang menyumpah lah saya kat tentera Israel terkutuk tu. Saya sedih terutamanya bila melihat anak-anak kecil jadi mangsa korban. Memang kurang ajar betul lah. Tadi menggoogle lah baca artikel-artikel dari blogger lain tentang kisah Palestine dibedil Israel sekarang nih, akhirnya yang menarik perhatian saya ialah ini :

Sumber dari : http://www.ilmi-islam.com

Seantero dunia hari ini maklum akan ujian yang diturunkan Allah Ta’ala buat umat Islam di Gaza, Palestin. Berjuta-juta peluru oleh pihak Israel menghujani bumi Gaza dan limpahan darah turut membasahi bumi para anbiya’ itu. Para mujahidin ramai yang gugur sebagai para syuhada’. Namun, masih ada usaha supaya saudara di Palestin diselamatkan dan masih belum terlambat untuk melakukannya. Saat saudara seaqidah sedang diuji di sana, jutaan umat Islam di sini menghadiahkan doa buat mereka. Benar bahawa Israel menyerang mereka menggunakan senjata, namun, mereka lupa bahawa kita yang merupakan saudara seaqidah kepada mangsa yang dikejami turut menyerang mereka. Melalui apa? Melalui doa. Bukankah doa itu senjata mukmin?
 “Dan Tuhanmu berfirman, “Berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya, orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina.” (Surah Ghafir ayat 60)
Walaubagaimanapun, tidaklah hanya doa semata yang harus ditembak buat saudara seaqidah kita di sana. Sedangkan dalam Al-Quran, telah Allah katakan:
“Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum sebelum mengubah keadaan diri mereka sendiri.” (Surah Ar-Ra’d ayat 11)
Setiap doa harus diiringi dengan usaha. Seperti hendak menduduki peperiksaan, bukankah kita akan berusaha sehabis baik dahulu dengan membaca buku, mengulangkaji pelajaran, berjumpa para guru, bertanyakan apa yang tidak faham serta berjuang habis-habisan supaya kita faham akan ilmu yang kita pelajari. Kemudian, kita berdoa kepada Allah supaya dipermudahkan urusan ketika menjawab kertas peperiksaan. Akhirnya, dengan usaha yang baik itu, doa dimakbulkan lalu mendapat keputusan yang cemerlang. Lihat. Takdir buat kita akan berubah mengikut keadaan bagaimana kita mengubahnya melalui usaha dalam kehidupan seharian kita. Jelas bahawa usaha mendahului doa. Dan sekarang, soal diri kita. “Apakah cukup dengan sekadar berdoa buat saudara Islam kita di bumi Palestin sana?”
Justeru, apa yang harus dilakukan sekarang? Baiklah. Sebelum itu, mari kita renungkan bersama kisah di bawah ini.
Seorang ulama besar Pakistan, Syaikh Maulana Tariq Jamil menyampaikan pengalaman dakwahnya ketika pergi dakwah di Jordania. Ketika di Jordania beliau pergi ke daerah perbatasan Jordania-Israel. Sampai di daerah perbatasan, ketika rombongannya Syaikh Maulana Tariq Jamil selesai menunaikan solat subuh disalah satu masjid di dekat perbatasan, tiba-tiba seorang tentara Israel dari luar melihat ke arah dalam masjid. Setelah melihat sebentar lalu tentara Israel itu langsung pergi. Maka Syaikh Maulana Tariq Jamil menghampiri tentara Israel itu dan bertanya apa yang dia tadi lakukan.
“Saya hanya ingin melihat berapa jumlah orang Islam yang hadir solat subuh di masjid,” kata tentara Israel itu. Syaikh Maulana Tariq Jamil sambil kehairanan bertanya “Kenapa?” Dia pun menjawab “Di dalam kitab kami (Kitab Taurat) ada tertulis “Jika diseluruh dunia jumlah orang Islam yang hadir untuk solat subuh berjemaah di masjid sama banyak dengan jumlah jemaah solat Jumat, maka saat itu Israel akan hancur.” Tetapi ketika tadi saya lihat di masjid jumlah orang Islam yang datang untuk solat subuh berjemaah masih sedikit, maka hati saya tenang, kerana umat Islam pasti tidak boleh kalahkan kami.” Mendengar pembicaraan ini Syaikh Maulana Tariq Jamil sangat kehairanan.
Seperti mana sudah ketahui bahwa solat subuh adalah solat yang paling sulit ditunaikan, kerana subuh adalah saat masih gelap, dingin dan ramai yang masih tidur. Jika solat subuh boleh ditunaikan, maka solat lainnya pastilah akan mudah ditunaikan. Sebahagian besar umat Islam tidak mengetahui pengakuan tentara Israel ini, bahawasanya Israel akan hancur jika jemaah solat subuhnya umat Islam yang hadir sebanyak solat Jumaat.
Orang Yahudi selalu berusaha dengan berbagai cara supaya umat Islam boleh meninggalkan solat 5 waktunya. Kerana orang Yahudi faham jika mana orang Islam meninggalkan solat fardhunya maka Allah SWT pasti tidak akan menolong umat Islam. Sehingga semua usaha umat Islam untuk membela Palestin selalu mengalami kegagalan.
Sedarkah kita tentang hal ini? Bangunlah dari lena. Ini bukan gurauan, namun kenyataan. Kenyataan ini yang harus kita sebagai umat Islam hadapi. Inilah usaha yang harus kita semua lakukan selain hanya berdoa semata. Berusahalah menunaikan solat secukup waktu. Bermula dari Subuh hinggalah Isyak. Dan yang paling diutamakan adalah solat subuh berjemaah. Tidak rugi wahai saudaraku semua jika kita melakukan solat subuh berjemaah. Yang penting, hati perlu cekal dan kuat berlawan dengan nafsu.

Saya copypaste yang ni aje. Ada panjang lagi artikelnya korang boleh pegi website tu terus untuk baca ye. Tapi dari kejauhan ini kita hanya mampu berdoa saja untuk mereka dan marilah kita meramaikan jemaah solat Subuh di masjid/surau.



Tembok Gaza















 -gambar ihsan google-

No comments:

Post a Comment

komen anda dialu-alukan...tp jagalah sama hati yang membacanya ;)